Sunday, November 20, 2011

:: My Muslimah Icon ::

 Assalamualaikum...
Moga kita sentiasa di bwh jagaan and pelliharaan Allah hendaknya.. Amin..

Hari ni saya tlh dijadualkan untuk menghadiri 1 majlis ilmu di International Islamic College (IIC) di sekitar Batu Caves / Sri Gombak.. Alhamdulillah, Allah mmpermudahkan perjalanan saya bila ada commity yg sudi menawarkan transport untuk ke sana.. Alhamdulillah..

Seminar bertajuk : The Making of Future Solehah Spouse II

Pertama kali saya bertemu mata, melihat tuan punya badan.. Subhanallah.. Hanya Allah sahaja yg tahu.. First time bergetar jiwa, nervous, shaking, peluh mula membasahi.. Ya Allah.. begitu kuat auranya.. Seorang wanita, penulis novel tauhid, isteri solehah dan muslimah.. Dialah Ustazah Fatimah Syarha.. Wanita muda yg amat berbakat.. Dan mampu menarik saya n mungkin lg muslimah lain untuk lebih mendekati.. Mmg saya akui, dia mmg seorang yg tertarik.. Jangan silap faham.. Untuk berdakwah, insyaAllah dia dapat n mampu menarik lg wanita2 di luar sana yg terpesong untuk kembali ke jalan yg bnr.. Biiznillah..

Wlaupun sblm ni hanya mengenali melalui emel, tp Alhamdulillah rezeki dpt bertemu ustazah hari ni..  Thanks Allah..  memang kagum dengan Ustz fatimah syarha dengan akhlak dan cinta kepada ALLAH dan Rasul amat mendalam yang ditunjukkan beliau.. Happy dapat bersalaman dgn ustazah dan bercakap walau kejap je.. Time tu xramai serbu sbb ustazah terus di bawa ke bilik khas tuk lunch.. Ingatkan da xde rezeki, tapi otw nak pi makan, tibe2 ada seorang muslimah ni bgtau ustazah ada kt bilik ini.. Apa lg, dgn shaking2 terus bukak pintu then........................

Manis n Comelnya ustazah Fatimah.. =)  Subhanallah..cute2!

Shaking2... mintak signature ustazah.. Sorry ana kacau ustazah makan =)

Now, saya sudah ada 3 buah buku ustazah.. 1 da abes khatam.. Alhamdulillah..
InsyaAllah yg lain bakal menyusul.. 
Moga buku2 ni dpt bg kekuatan n motivasi yg bkesan.. InsyaAllah.. =)

Love Note :

Seacrching by searching tuk listkan program tuk hari akan datang..
Seriously best sangat seminar hari ini.. 
Peace no war!


Wallahualam... =)


Saturday, November 19, 2011

:: Ujian Itu Nikmat, Nikmat itu Ujian ::

Assalamualaikum..wbt..
Semoga kita semua sntiasa dibawah jagaan n diredhai Allah.. InsyaAllah.. amin..

Sudah tiba hari minggu... hari yang ditunggu2.. hari Sabtu biasanya saya lbh prefer stay dalam hostel je.. Perlukan masa yg cukup terutama untuk berehat. Penat bekerja, tiada masa untuk diri sendiri.. Nak makan pn kdg2 malas.. Berat badan da mula susut.. Entah2 da turun lg 1kg jadi 48kg.. hmm.. Skrg xtaula senang sangat berat badan nk turun.. Skrg da jadi underweight.. Ya Allah.. busy sangat ke saya ni..

Untuk lupakan segala masalah diri, banyak aktivities tlh sy list kan yg akan saya penuhi hari weekend ini dan akan dtg, untuk menambahkan lg ilmu duniawi n ukhrawi dan menaikkan lg semangat n overcome segala kekurangan diri.. Semoga Allah permudahkan urusan saya walaupun kdg2 saya bergerak seorang diri untuk menjadi lebih berdikari.. Amin..

“Tiada seorang mu’min yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyaki tatau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (HR. Bukhari).

Alhamdulillah, kena terus tabah n bersabar.. Banyak masalah diri.. Masalah kerja.. Masalah............macam2 masalah.. Tapi tetap kena ingatkan pada diri sendiri bahawa Allah tidak memberi ujian n dugaan kepada hambaNya melainkan ssuai dgn kekuatan n kemampuannya untuk menerima.. Ini baru sikit untuk org praktikal cam saya, nnt kena keje OT baru la tahu cmne perasaan org betul2 bekerja.. Bagi saya seorang wanita (da tua rupanya), mmg perlukan kkuatan yg amat tinggi bila berhadapan dgn dunia kerjaya..


Kenapa? Bagi saya seorang wanita lbh2 lg saya seorg niqabis, kita kena menjaga byk benda dr segi pergaulan, komunikasi, pergerakan, dan kerja.. Perlu amat sangat menjaga benda2 ini supaya kita tidak terus hanyut, lupa and leka... Lumrah manusia juga kdg2 kita lupa menjaga semua ini, tp bila kita sedar, cepat2 beristigfar n kena la berhati2 supaya perkara sebegitu xdiulangi lg.. Sesungguhnya pakaian xmelambangkan peribadi sseorang melainkan apa yg kita zahirkan, itulah peribadi kita yg sebenarnya... Moga semua muslimah di luar sana sntiasa berhati2.. insyaAllah..

Kadang2 dalam hidup saya skrg,  mmg xlari daripada fitnah manusia.. Mungkin ini salah satu cabaran n ujian yg Allah berikan.. Manusia cepat perkatakan apa yg mereka tahu, lihat dan mendengar tanpa usul periksa atau tanya org berkenaan..  Bila fitnah ini berleluasa, maka jatuhlah maruah orang yg difitnah td.. Walau fitnah ini hanya diketahui antara 2pihak (org difitnah n org memfitnah), mungkin fitnah ini sendiri akan menyakitkan hati org yg difitnah td.. Tapi bila kita da tahu diri kita difitnah, so langkah terbaik kita kena cpt2 la bgtau perkara yg sebenar supaya tidak ada lg salah fhm. Tapi kalau lps tu xfaham lg, itu kerja antara dia n Allah saja la.. hmm faham ke tak tak tahu la. ayat skema sket skrg.. Mcm nak debate pn ada kan..? =) Tapi saya xkisah, asalkan fitnah itu saya tahu sendiri, n saya maafkan ats segala fitnah tu.. Mungkin hanya silap fhm n salah diri saya sendiri apabila kita sedang leka n silap mengatur langkah, ketika itulah ramai org sibuk memasang fitnah.. Nauzubillah..

Untuk hilangkan masalah tu, banyak benda yg saya terpaksa (sukarela) mengambil langkah.. Dulu rasa tidak kuat, tp skrg 2x ganda terasa kuat.. Alhamdulillah.. Allah tlh tunjukkan mana yg terbaik.. Kita hanya berdoa n usaha, tp Allah la yg menunjukkan kita jalan terbaik terutama melalui gerak hati.. tapi kdg2 rasa down tu still ada..


Smlm kak kat tmpt kerja ajak saya n mmber lain pergi Midvalley sempena ada expo 2nd Maternity n Children.. Malu jugak pergi sebab takut di pandang sebagai "mak org" sbb muka ni terlalu muda tuk kahwin... =) Tapi best jugak dilabel camtu sbb teringin... tunggu masa jela skrg ni ye.. Perkara yg plg best saya tgk kat expo tu kebanyakan pasangan suami isteri sibuk2 mencari keperluan tuk bakal / anak2 masing.. Begitulah pengorbanan mereka.. hanya untuk anak2.. rela habiskan jutaan ringgit..

Tibe2 rasa terharu plak.. Mcamane saya nnt kalau da berkahwin n bakal menimang cahaya mata.. Bg saya, saya hnya akan sediakan terbaik utk ulama' saya (bakal anak).. Sediakan terbaik tu bukan dr segi harta benda tp dr segi agamanya..  InsyaALLAH.. Moga dikurniakan zuriat yg soleh n solehah.. Bakal zauj juga baik dr segi agamanya.. Saya xingin meletakkan syarat tuk zauj selain agamanya. So skrg kena la berusaha menjadi wanita solehah tuk mencapai matlamat tu. Yg penting matlamat pertama ialah mencapai keredhaan Allah.. INGAT!!

Untuk menjadi muslimah solehah mmg payah.. Tapi xmustahil jika kita ada cita-cita sedemikian.. Saya masih lg belum layak digelar dgn nama itu.. Tapi dgn ada cita-cita itu, ia scara automatiknya kita akn berusaha tuk mendapatkan status WANITA SOLEHAH.. Biiznillah..

Love Note : 


Thanks to Ustazah Fatimah Syarha dgn penerbitan buku beliau "Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul".. Serba sedikit dpt memberi kekuatan betapa mulia n nikmatnya cinta itu jika kita tahu menjaga batas / syariat yg tlh ditetapkan..

InsyaAllah, walau saya telah "exciden" dgn dunia cinta kucing, tp saya akn berusaha akan membaiki segala kesilapan lalu untuk menjadi lbh matang dan berhati2.. Sungguh! ini lah kali pertama saya terpaksa berhadapan hidup keseorangan, tp saya yakin.. Pasti perancangan Allah ada hikmahnya.. Kesabaran yg kita lalui pasti membuahkan kenikmatan.. Kenikmatan yg xdapat kita gambarkan.. Kita akan merasainya sendiri.. Biarlah kita hidup secara single, tp kita kena ingat Allah sentiasa ada di sisi kita...

Teringat pula kata2 ustazah fatimah syarha.. Tahniah kerna beliau tlh mengecapi kebahagian n kenikmatan dlm rumah tangga bersama zauj nya yg merupakan seorang doktor dan juga ustaz.. Setelah beliau byk bersabar n menahan segala "mainan syaitan" di dunia kampus n universiti, akhirnya stelah tamat sahaja bljr, beliau terus dilamar n diketemukan dgn seorang lelaki hanya beberapa hari saje. Plg kagum beliau first berjumpa lelaki ini pn time diijazkabulkan tu.. Subhanallah..

Nak bercerita la sket, saya kagum dgn lelaki ini (zauj ustzah fatimah). Lelaki ini hanya bertemu family beliau saje, begini la yg patut lelaki di luar sana bertindak jika mencintai  n ingin menikahi seorang wanita solehah..

"Kalau suka jumpa lah ibubapa. Sayangnya, tiada siapa yg berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia,  kenapa nak bercinta..? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah... Aku berazam membangkitkan mereka drp kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dgn sebuah prinsip dan ketegasan..."
(petikan drp buku Pemilik Cintaku setelah Allah n Rasul)

Conclusionnya, baca la buku ini sendiri.. Beli la kat MPH or any bookstores. Sehari pn da dpt abeskan baca..  InsyaALLAH serba sedikit dpt mberikan kita gambaran betapa indahnya cinta yg dtg dari Allah..

Ada juga kawan saya sarankan saya cepat cari pengganti (bakal zauj) tuk lupakan masalah diri, tp mungkin itu pilihan kedua sbb hati ni xdpt dipaksa.. Biarlah saya bersendiri dulu.. Menunggu.. dan menunggu.. bila tiba masanya, InsyaAllah.. =) Thanks kwn2 yg byk bg support! Terharu pn ada.. Tunggu lg 1sem untuk habis belajar, lps tu baru nk fikir.. tp skrg proses masih lg mencari... =) 

Nikmat itulah ujian yang sering membuat kita alpa dan terlupa dari mana datangnya kesenangan yang dimiliki.
Namun pada hakikat sebenar, nikmat dan ujian terdapat dalam kedua2 keadaan, dan beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menjinakkan hati untuk bersyukur dan mentaati Rabbul'Izati..
Wallahualam..


Saturday, November 12, 2011

:: Jika Itu TakdirNya ::

Assalamualaikum sahabat2 saya semua =)
Sebelum mata ini tertutup, sebelum roh ini terbang.. izinkan saya share 1 artikel.. 
semoga dgn artikel ini kita memperolehi kekuatan dr Nya..
Kekuatan utk menahan diri ini.. dr terjebak segala dosa n maksiat...
Begitu juga dgn segala PENIPUAN manusia..

Allahu Akbar.. ='(

10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA ♥♥

click for enlarge

Dengarlah pesananan ini wahai sahabatku..

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta 
dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.
 Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, 
tahanlah dirimu untuk berbahagia
sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah 
asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin 
hanya PALSU, yang hakikatnya
 adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang 
terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang 
patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah
 dengan cara berdating, cukuplah sekadar 
engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu
 untuk bercinta sehingga yakin cinta 
tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,
 kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

✿Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ✿

Moga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua yang sering alpa, leka & lalai dengan mainan & nikmat dunia. Sesungguhnya iblis & syaitan laknatullah sangatlah bijak untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s..

Sesungguhya iblis pernah bersumpah :

Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka."

(Surah Shaad : 82-83)

Iblis menjawab, 
"kerana engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka & dari belakang mereka, dari kanan & dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati mereka bersyukur (taat)."

(Surah Al-A'raf : 16-17)

click for enlarge

...Love Note...

JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAIMU
Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu
Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK : )


Kita kena INGAT!!

CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I love you'
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH

Allah Taala berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Israa' : 32)

Wallahualam... =)

Thursday, November 10, 2011

:: Indahnya Ciptaan Allah ::

Assalamualaikum w.b.t... Moga kalian semua dirahmati Allah.. :)

Hari ni persamaan 15 Zulhijjah.. Bererti da 5 hari kita smua menyambut Hari Raya Korban.. MashaAllah.. besar betul fadilat / keistimewaan ketika berpuasa di bulan Zulhijjah (1-10).. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yg Allah redhai sempena berpuasa slama 9hari.. Moga segala perurusan akan dipermudahkan oleh Allah.. Aminn..

Persahabatan 1

First skali nak cerita tentang tmpt praktikal.. Ya Allah, seriously btul2 membuatkan aisyah makin matang / independent.. (slow2).. Alhamdulillah semua staff dlm opis semua baik2 n pemurah sgt.. Moga Allah sahaja balas jasa mereka.. Tiba2 rasa malas nak abes praktikal =)

Time ni saya sendiri pegi beli kek Secret Recipe ngan sorang staff tuk Cik Midah sempena besday dia... Best sangat kek! Sampaikan boss pn tambah byk kali.. =) Boss saya bertentangan ngan saya baju putih tu.. Baik sangat! =)

Persahabatan 2

Sambung part praktikal... Actually kitorang da 4 weeks bekerja OT iaitu hari Ahad bekerja n hari ni sampai malam kerja.. Walaupn penat tp happy sebab kawan2 sentiasa di sisi.. Alhamdulillah... =') Special thanks to all volunteers bdk Engine 3 org yang dtg tolong kitorang buat kerja.. Ringan sket beban tolong kitorang bdk Kaed.. 

me(adik) with kak dida (kak ngah).. kak fana(kak long) xde plak tukang amek picca.. =) in museum ye.. 

Dalam kesunyian tiba2 hari Sabtu lepas2, dapat calling dr sepupu saya Kak Mardhiyyah.. Mmg da plan tp ingatkan xjadi tp Alhamdulillah jadi jugak akhirnya.. Hari tu kitorang ke Shah Alam tuk hadiri ceramah Himpunan Satu Ummah.. Alhamdulillah kami pergi dgn xsia2.. Ramai muslimin n muslimat ke sana dan yg paling terharu ada jugak yg non muslim ke sana.. Moga mereka smua mendapat hidayah serta kebenaran di sebalik semua ni.. Aminn..

Ramai kan dtg? Alhamdulillah...

Persahabatan 3

Hari tu plan mau ke swimming pool sejak sem lepas lg last pegi.. Tp hari tu xde rezeki sbb ttup mybe terlalu lama xpegi xtau bila sepatutnya bukak n ttup.. =(  Nak pegi jogging tiba2 xde kawan plak.. Tp otw balik tu jumpa la si miow ni kat Mahallah Hafsa.. Dari jauh nmpk kucing ni skodeng saya.. Miow3 (panggil kucing tu) tibe2 dia datang.. 

Kucing ni mcm nak terkam saya je.. ni terpaksa zoom in sbb saya takut jadi mangsa kucing ni.. hehe =)

Teringat plak kat Chiko saya sebijik cam kucing ni.. cume my kucing betina n this one jantan.. =) Manja sgt kucing ni suka kena belai.. Tepuk2 sket then bagi dia tdo ats rumput.. =)

Persahabatan 4

Hari Deepavali baru2 ni oliday kan.. Sempena oliday terasa nak berjogging waktu pagi.. Sebab da biasa bangun pagi xtdo subuh, so leh la bangun bersemangat sket.. Nak tungggu petang mesti ramai plak Muslimin kat tasik Maryam.. Kdg2 rasa xde privasi bila ramai brothers dtg jog kat sini.. Jog jela sekeliling uia or stadium lg better kan.. Xkacau la sket Muslimat nk berjog.. Hmm.. So take a chance berjogging kul 7am n hakikatnya kul 8am baru start jogging with my roomate, Kak Ros.. =)

Pagi2 best jogging.. Ya Allah indah sungguh ciptaan Allah.. Slalu lupa mengucap Subhanallah.. Izinkanlah dan lembutkan lah lidah ini mengucap kata2 indah sblm bumi ini hilang berakhir..


Persahabatan 5

Balik raya baru2 ni hari terpenting saya.. iaitu saya telah diketemukan dgn sekor kucing sgt comel iaitu my new pet baby jiyoo! =) Tersangat comel ok n sgt aktif.. Actually sy lbh suka kucing yg sekor je tanpa sibling sbb scara automatiknya kucing tu akn manja! =) Seriously suka sgt si jiyoo ni.. compare ngan kucing saya 6 ekor yg lain semua ganas2.. Asyik kena cakar n gigit je.. tp i dont care.. as long all my cats still n stay kat umah saya. saya rasa tenang sgt.. Smua problems akn hilang.. this is 1 reason knp sy suka duk kt umah.. =)

sblm baby jiyoo tdo, mata xabes tgk camera.. suka btl berpicca ye.. =)

my baby jiyoo tidur.. cute sgt! is it? =)

Love Note : Sambung lah persaudaraan.. Ingin aku mengetuk pintu hatimu, betapa baginda Rasululullah SAW bersabda, "Allah memiliki 100 rahmat, 99 ditahan-Nya dan yang satu disebarkannya di muka bumi, sehingga seekor kijang mampu mengangkat kakinya untuk menyusui anak-anaknya." 

Karenanya, mereka yang dengan rasa haru penuh cinta, melindungi dan menyayangi ciptaan-Nya, niscaya akan disayangi Allah. Rasululah SAW bersabda, "Barang siapa yang menyayangi yang di bumi, ia akan disayangi oleh yang di langit." 


Demi keagungan sifat-Nya yang Maharahman, siapa pun yang sangat peduli pada keselamatan ekologi, berbuat adil,menjauhi kezaliman, teguh dengan amanah, dan dengan sukacita menebar kasih sayang, serta melindungi makhluk ciptaan-Nya. Niscaya Allah akan menolongnya walaupun mereka itu kafir. Sebaliknya, Allah tidak akan menolong orang yang berbuat zalim, khianat, dan membuat kerusakan di muka bumi, walaupun mereka mengaku Islam. Bukankah petunjuk-Nya berlaku universal untuk semua manusia?


Maka, renungkanlah firman Allah, "... berbuatlah kebaikan (ihsan) dan janganlah membuat kerusakan (fasad), karena sesungguhnya Allah tidak mencintai orang yang membuat kerusakan." (QS 28: 77).



Saturday, November 05, 2011

:: Luahan : Pilihan Hati ::


Ya Allah, PERBAIKILAH AGAMAKU..
Kerana ia adalah kendali segala urusan..
Dan perbaikilah DUNIAKU..
Yang merupakan tempat menjalani hidupku..
Perbaikilah AKHIRATKU yang merupakan tempat kembaliku..
Jadikan hidupku untuk menambah segala KEBAIKAN..
Dan jadikan MATIKU sebagai akhir dari segala keburukan..


Andai dapat aku PUTARKAN masa kembali, tentu aku akan MEMILIH untuk tidak mengenalinya..
sukar benar mahu MEMADAMKAN sebaris nama itu dari relung hati ini..mudah benar bayangannya mengganggu KEKHUSYUKKAN solatku..
terngiang-ngiang suaranya di telingaku..

DI MANA DIA yg sepatutnya berada di hatiku?

Aku hanya memerlukan MASA untuk menenangkan qalbi yang sedang sulit ini..
Ya Allah, JAGALAH hatiku ini..teguhkan IMANKU..hanya padaMu Ya Rabb ...

Love Note :  Ya Allah.. bg la saya ketenengan hati..
Saya mahu tenangkan diri..
Tibe2 saya rasa mahu keluar dari Malaysia ni..
Mahu travel ke Tanah Arab..
Mahu mencari JAWAPAN ats semua persoalan ni..
Nak tanya pada tuan badan, lambat lg.. saya mmg xde kekuatan.. ='(

Antara banyak2 pilihan, saya sudah pn membuat pilihan yg terbaik.
Kdg2 kita juga perlu melihat perspective luaran supaya kita akn nmpak siapa yg tbaik.
Supaya hati ini tidak lg terasa sakit..
Saya perlu cepat bertindak beserta dgn USAHA yg berterusan tiap2 malam..

Kdg2 timbul rasa 'kasihan' pada insan yg sblmnya..
Maybe saya kena menunggu..
Allah pasti bg jawapannya..
InsyaAllah..

Bg la saya keluar dari segala masalah ini..
Ya Allah.. ='(
Xmampu lg nak menipu diri sendiri tentang masalah hati ni..
Bagi lah saya peluang dan rezeki ke RumahMu dan terimalah aku sebagai tetamu lagi.. 
Mekah Mukarramah.. 
saya rindu akn nama itu..
Kerna DIA lah saya berubah..
saya xmahu lg hidup seperti zaman lampau..
Percepatkanlah Allah..


Aku terima dia.
.
.
.
.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...