Thursday, June 30, 2011

:: Rahsia Cinta Yang Abadi Antara Kami ::

Assalamualaikum...

Allah berfirman : "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kpd apa2 yg diingini, iaitu wanita2, anak2, harta yg banyak dan jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang2 ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tmpt kembali yang BAIK (SYURGA)." (Al Imran 3;14)



Alhamdulillah, walau hanya berlalu hanya 5 hari, malah ia cukup memberikan kesan kpd saya. Mungkin Allah mahu menilai n merancabg yg lebih terbaik bg saya. Saya hanya memikirkan yg positif walau hasutan syaitan maybe sengaja nak menaikkan amarah saya. Biarlah ia berlalu.. saya sedia memaafkn. yang pasti saya sudah KUAT! =)


Menurut ayat di atas, objek cinta manusia hanya berputar sekitar hal hal yg disebutkan dalam ayat tersebut. Lelaki menginginkan wanita n wanita menginginkan lelaki.. Tetapi yang ada di sisi Allah, jauh lebih baik dan yg lebih utama.. Walau kita sudah mengetahui hakikat sebenar ini, tp hati masih xmampu tuk menerima semata2 tuk mengikuti nafsu semata2..


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)


Alhamdulillah... jutaan byk2 terima kasih kpd Allah kerna perkenankan doa saya semasa menunaikan umrah baru2 ni.. Semakin hari semakin saya mendekatinya, mungkin sblm ni hanya mencuba tp hati xmampu mendekatinya.. Kali ni saya mencuba lg.. Cuba tuk merubahkan diri yg terbaik. Niat tuk berubah, hati kenalah istiqamah.. Tuk terbaik, baik saya dekatkan diri dgn family n berada di rumah sahaja..

Biarlah Allah yg menentukan cinta kami.. Cinta kami biarlah tuk Allah sekarang.. Mungkin sy sudah menyedari.. Cinta mmg melalaikan.. Cinta sesama manusia yg belom kekal milik kita.. Malu sgt kat Allah.. Menyatakan cinta kpd seseorg sewenang2 nya.. Mengeluarkan ayat2 cinta yg pastinya cinta sesama manusia adalah palsu kecuali cinta terhadap Allah.. Mengaibkan diri sendiri menunjukkan cinta terhadap pasangan.. Ya Allah.. malu sgt2.. Kerna Allah la kami hidup, kerna Allah la kami bersama.. Kerna Allah la kami kembali... Yang pasti kerna Allah la segala galanya..

Berilah kami yg terbaik.. terbaik dr segala aspek.. kehidupan dunya supaya kami mmbekalkan diri ni dgn ibadat2 yg blom tentu cukup tuk membawa kami ke kehidupan di akhirat pasti yg kekal abadi.. Sesungguhnya kami takut akn mati. takut akn memasuki kubur yg gelap yg belom tentu ada cahaya yg menyinari kami di sana nnt.. Ya Allah.. perbetulkan niat hati kami.. jgn kau pesongkan  kami sesudah kau memberi jalan kpd kami.. Sesungguhnya engkau tahu apa yg terbaik buat kami n kami redha segala dgn pemberianMu.. Aminn..

Carilah cinta yang sejati yang ada hanyalah padaNya
Carilah cinta yang hakiki yang hanya padanya yang Esa
Carilah cinta yang abadi yang ada hanya padaNya
Carilah kasih yang kekal selamanya yang ada hanyalah pada Tuhanmu

Didalam mencari cinta yang sejati banyaknya ranjau kan ditempuhi
didalam mendapat cinta yang hakiki banyaknya onak yang diredahi

Namun janjinya kepada hambaNya , 
tidak pernah dimungkiri dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada Tuhanmu kerna Dialah cinta hakiki..


Love Note : Xsabar nak pegi wedding my fren ex naim dlu on this saturday, dalam diam2 da nak kawin.. bestkn? daripada bising2 hebahkan cinta si bf / si gf , lbh baik diam je.. lagi sweeet n surprise mcm si ASHRAF MUSLIM!!  btw, congrate FATIHAH! =)

Wednesday, June 29, 2011

:: Jejak ke Madinah,Makkah,Brunei | Part 3 ::


Day 5 Madinah


Hari ni hari last kat Madinah.. Pagi2 lepas solat Subuh terus berciap2 n packing tuk ke Mekah plak. Sblm ke Mekah kena la pegi ziarah Makam Nabi n Raudhah plak kali kedua sebagai tanda hormat n kita nk meninggalkan Madinah.. time ni nak menangis rasa.. Yes.. I do.. Menangis kuat tp dalam hati. Mata mmg merah n berair. Alhamdulillah hari ni Allah lg skali bg kami peluang tuk solat sunat di raudah walau dgn ramainya org2 arab tolak menolak nk solat n sentuh makam nabi n khalifah kita. Bg umi solat dulu. Sy n tikah kawal org xbg org pijak kapala umi. Kat sini xkira sape smua nk pijak n langkah je. Maybe adat n culture lain2. So xbleh dipersalahkan sape2..

Kat dpn Makam Nabi n slps solat sunat terus mengangkat tangan berdoa. Berdoa tu baru sy merasakan betapa kerdilnya sy. Betapa hinanya saya di sisi Kekasih Allah. Betapa byknya dosa saya xterkira dr kecil hingga besar. Saya minta doa akn diberikan syafaat kpd saya di Akhirat kelak.. amin.. ='( Di sini sy doa habis-habisan setakat yg termampu agar Allah perkenankan impian saya.. aminn.. ='(

Selesai je terus balik n solat di hotel zohor n asar. Disebabkan da ziarah td, so xle la pegi lg ke masjid tu tuk solat. Slps packing semua siap2 tuk ke Makkah. Perjalanan ke Makkah plak jauh jugak sbb Makah sebenarnya dekat dket dr airport Jeddah.

So dlm 4,5jam jugak la.. Dlm perjalanan tu stop di Bir Ali tuk berihram sebelum melakukan tawaf umrah di Mekah. So kena miqat dulu la di masjid ni. Solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat ihram n niat skali. So bermula la Ihram. Kena jaga pantang larang dlm ihram. Semasa ihram la byk cubaan nk garu kepala la, nk sentuh lubang hidung la.. So kena beware la ye.. Langkah selamat tidoo je laa time berihram dlm bus n terukan journey ke Mekah..lama jugak.. Sblm tido perlulah kita bertalbiah "Laibaikallahummalaibaik.laibaikalasharikalakalabbaik..." start je berihram n sepanjang perjalanan ke Tanah Haram.

Sekitar pukul 7lebih.. Maybe da mgrib da time ni.. sebelum tu makan dulu.. best sgt2 makan kat sini sbb skali lg dpt makan roti arab.. hehe mujur abangah ada dpt ckp arab n pesan makan pn senang.. thank u!

My eldest brother..ARIF with Sunset =)

My lil sist n 2 brothers..abangah n arif... udah kenyang bak?

saya pn cnfuse apasal leh senyum camtu.. kenyang sgt kot. hehe

uwaaa.. licin abes.. i miss this moment so much.. Ya Allah.. =(

Makan2 kasi kenyang.. sat lg kena tawaf plak.. =)

Dlm bape jam after tu dah sampai ke Makkah. Dari jauh nmpak menara jam plg tinggi di dunia.. Hati da resah sgt2 nk pijak Tanah Haram ni. Terkenangkan dosa berlambak2 ni dgn harapan Allah ampunkan segala dosa2 kami. After baca doa masuk ke Tanah Haram n melihat bangunan2 di Makah, kami terus dibawa ke Hotel Sulaimania. Hotel ni kira2 10minit ke Masjidil Haram. So xde la jauh sgt n xperlu melintas jalan semua. Slps je makan malam n masukkan beg di bilik, kami semua terus bergerak ke Masjidil Haram tuk melakukan tawaf umrah.

Menurut keimanan umat Islam, Haram sheriff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk mencerminkan al-Baytu l-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islam mempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah.

Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain.Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail , telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah. 

Nabi bersabda bermaksud " SOLAT di masjidku ini lebih utama dari 1,000 kali solat di TEMPAT LAIN kecuali Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram LEBIH UTAMA daripada 100,000 Solat di tempat lain.  

Sekiranya kita solat 10 rakaat sahaja di Masjidil Haram, kita akan dapat pahala sebanyak 1,000,000 kali berbanding solat di Malaysia. Ianya memerlukan kita solat di sini selama 227 tahun 11 bulan.

Dlm perjalanan ke masjid tu jugak bercampur baur... Bila masuk je terus tercari cari mana kaabah tu.. ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.. Rasa kerdilnya diri bila pandang rumah Allah tu.. Semua org memandang kaabah rasa terharu.. Mahupun yg sedang solat, berzikir, wirid, bace al quran, minum air zam zam semua memandang ke arah kiblaat. Itu da cukup membuktikan besarnya kuasa Allah.. Mengalir air mata bila memandang kaabah.. 

Sebelum turun dr bus.. byk betul kete.. tp jem kejap je. tu plg best kat Mekah.. =) 


So kitorang terus ke lampu hijau tuk mulakan tawaf umrah 7pusingan.. Setiap pusingan ada doa yg tersendiri.. Buku panduan umrah sedia tergantung di leher so senang dibca n dibawa.. Ketika mula tawaf sekitar pukul 11pm ramai org tersesak2 melakukan tawaf.. Perlukan byk bersabar n kami jugak byk terpisah akibat drp rempuhan org blkg. So tinggal sy, tikah n umi je.. Yang lain maybe da ke dpn or ke blkg..Tawaf ttp dilaksanakan sehingga la abes..

Bila selesai tawaf terus menunaikan solat sunat tawaf n berdoa di Multazam.. InsyaAllah dgn izin Allah..segala doa harap Allah makbulkan.. amin..Selesai je berdoa terus minum air zamzam.. Seperti di Madinah jugak disediakan air zamzam free.. Bleh minum sehabis banyak mana n bleh bekalkan skali byk mna pn air zamzam ni.. Kebiasaan kami slalu bwk botol air tuk isi air zamzam.. So lebih senang sket bila selesai solat terus minum. Xperlu ulang alik nk amek air.. 

Multazam ialah berdoa di antara pintu kaabah n hajar aswad di sebelah kiri picca ni.. di situla antara salah 1 tmpt termakbul berdoa.. Alhamdulillah kami skali lg diberi peluang tuk berdoa di situ dgn senang skali.. yg penting kena la SABAR.. InsyaALLAH ALLAH sentiasa memberi kebaikan kepada org yg berSABAR..

Cuaca kat sini ok la sket dr Madinah.. Panas tp haba tu kurang sdikit.. Tmpt solat kat sini bercampur.. Berlandaskan pagar kecil n shelves tmpt ltk Al Quran je antara tmpt solat pmpn n lelaki. Ad sesetengah tu tmpt solat campur n bezakan dgn barisan sahaja.. Akibat tmpt solat ni terbuka, so econ xrasa sgt la. Kena la byk bersabar. Tp ada 1 tmpt baru siap sepenuhnya econ. Tp hari ke3 last baru tahu tmpt tu n sempatlah merasa.. hehe.. 

Pernah 1 hari tu rasa cam panas sgt bdn.. Habus 1 gelas air zamzam basuh muka.. Air zamzam tu plak air sejuk n ada yg suam.. Ntahla kenapa.. Maybe byk dosa hari tu xpn ujian yg Allah bg..Subuh, Zohor Asar Magrib n Isyak cuaca (haba) sama sahaja .. Byk kan bersabar.. hmm =)

Ya Allah.. aku sudah berdiri di depan rumah Mu.. Terimalah Tawaf n Taubat hambamu yg hina ini.. ya Allah.. =( sebelum tawaf, makesure air smayang still ada.. =)



Slps selesai minum air zamzam terus menunaikan SAIE sebanyak 7 pusingan jugak.. trus bergerak ke Bukit Safa melalui pintu Safa dan berdoa. Naik di atas Bukit Safa dan mengadap kearah Kaabah dan bertakbir 3 kali. Berniat untuk Saie turun menuju Bukit Marwah. Bukit Safa binaan bukit batunya tinggi jika di bandingkan dengan Bukit Marwah, binaan bukitnya hanya mendatar. Apabila memandang kearah dalam masjid Al Haram dari Bukit Safa kita boleh melihat Kaabah, tapi dari Bukit Marwah tidak dapat melihat Kaabah. Selesai 7 kali ulang alik bermakna sejauh 2,940 meter bersamaan 2.9 km. Permulaan Saie ialah berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah di kira 1 kali, dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa di kira 2 dan diulangi sehingga 7 kali. Saie berakhir di bukit Marwah.

Alhamdulillah selesai je saie betul2 penat.. Itu menunjukkan kita semua tentang Sejarah Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail yang tercari-cari sumber air snn dahaga yang teramat sangat selepas melahirkan nabi Ismail a.s. Jarak antara safa dan marwa sekitar 300-400 meter dan mungkin lebih sedikit. Sejarah itu terlakar membuktikan ketabahan seorang isteri yang ditinggalkan oleh Suaminya iaitu Nabi Ibrahim atas perintah dari Allah Taala. Siti Hajar berlari-lari sebanyak 7 pusingan di antara safa dan marwa mencari air untuk diri dan anaknya Ismail yang kehausan. Lalu Allah mensyariatkan Saie antara Safa dan Marwa bagi mengenang kembali kisah yang tersebut di atas tadi..



selepas je tawaf, kena la saie plak.. 7 pusingan jgk kiri n kanan... ramai btul malam tu time saie.. ish2.. semua da berpisah.. last2 tinggal saya n tikah je.. hehe.. utk bersaie da bleh batalkan i smayang, tp yg lain still kena jaga..


Terus bertahalul / cukur / potong sedikit rambut bg perempuan.. Alhamdulillah dah hapus sudah segala pantang larang ketika bertahalul,, Sblm mmbuang rambut tu disunatkan mmbaca doa.. Diibaratkan bahawa dgn potongan rambut tu dgn agar Allah mghapuskan dosa2 yg lampau.. Selesai je semua sekitar 3am.. Balik jap ke hotel bape minit lps tu terus azan pukul 3lbh..Terus ke masjid walau dgn penatnya melakukan tawaf umrah td. Selesai je solat subuh terus membaca Al Quran n hari tu terus balik ke Hotel tuk makan sekitar pukul 5am mcm kat Madinah jugak. Otw balik ke hotel byk sgt burubg merpati kat situ.. Best main kejar2 n bg makan klo ad beras tuk dibagi.. Suasana time subuh betul2 nikmat sgt berada di sekitar MasjidilHaram.. Sperti berada di Syurga... ALHAMDULILLAH..
Slps bersaie, tahalul / cukur.. alhamdulillah.. sudah abes pantang larang .. =)

selepas habis je tawaf umrah hampir 2,3 jam, terus balik hotel.. mengantok sgt2.. =)

berpicca sat.. =) muka mengantok! tp happy dapat tawaf.. bersemangat sgt2 demi Allah..


Love Note : Andai sy diberi peluang sekali lg ke sana, pasti saya akn buat apa yg terkurang semasa pergi dahulu.. Plg best dpt baca Quran sambil memandang kaabah.. sayu sgt hati ni.. Kalaulah dosa Allah hapuskan smua, amek la nyawa sy ketika itu.. Mybe dosa saya terlalu byk sehingga Allah bg sy peluang utk terus bertaubat n membaiki kesilapan2 yg lalu...

Tiba2 teringat 1 perkara.. saya pernah cakap dulu dlm 1 entry tp da delete.. Saya juga berniat mahu ke Mekah utk menunaikan umrah, hanya sedetik niat tu, Alhamdulillah Allah Maha Mendengar.. Allah Maha Mengetahui setiap niat yg kita lafazkn n apa yg terbaik tuk hambaNya.. Ya Allah, bagi la kami peluang tuk ke Tanah SuciMu... Amin...


Camera : by Handphones, Sony, Canon n Nikon



Tuesday, June 28, 2011

:: Peluang diberi tapi Menolak Peluang ::

Assalamualaikum...... Bersyukur ke ats kudrat Illahi masih dipanjangkan umur... =)

Alhamdulillah again sbb lg sejam nak berbuka puasa..  Da 3x my family kuar pegi KB, tp saya lebih prefer duk senyap2 kat umah.. hehe ptg ni xde keje nak buat except bg makan 6ekor kucing saya yg makin mmbesar..  So xdela borim sgt duk umah.. Tu la peluang ada, tp menolak plak.. hmm.. salah ke? xsalah sebab saya ada sebab...

Actually I got 2 jobs in a same time.. 1 in Kopitiam dpn Kbmall sepatut start last Weds.. 1 kat Plaza Kb will start on 14July.. tp dua2 saya TOLAK walau saya sendiri yg beriya2 cari.. hehe.. cari nahas nama nya tu.. Tp mesti ada sebab kn..

Sebab nya dua2 keje sampai nak malam.. Memandangkan bulan Ramadhan makin tiba, so faham2 laa.. nk kurangkan kegiatan lain waktu malam sebab kena solat terawih.. Waahh.. xsabar nak bt ibadat PUASA! 

Sebab lain >>

Ada Apa Dengan 15 July ?

1) Ada makan2 doa selamat kat umah MD.. mak MD nak pegi umrah jugak tuk bulan Ramadhan ni + tahlil tuk nenek MD.. So da janji dgn mak MD nak pegi, xsedap hati jugakla nak cancelkan.. Lgpn rezeki dtg skali je.. =) InsyaAllah hari tu jugak nak kasi all my souvenirs dr Mekkah to them.. Harap2 dapat la pegi sana..

2) Tak dapat hantar my lil sist Tikah ke Taylor's University College in Subang.. Sedih sgt2.. Luckily, dia pegi sana just buat A-level kat sana before pegi Aussie.. *sigh! Klo pegi Aussie terus confirm atah pegi anta itah tau.. hehe.. =)

3) My mum bestday 49th!! arghh!! Confirm pegi celebrate kat KL kn? huh.. Saya? Hanya di rumah bersama2 kucing2.. ='( its ok.. saya redha je tau..


Love Note : Bersabar la.. Mungkin ada hikmat.. Apa2 pn its not my final decision yet.. Mybe ada perubahan nanti.. =) InsyaAllah..


Thursday, June 23, 2011

:: Jejak ke Madinah, Makkah, Brunei | Part 2 ::


“S­esiapa kluar dr rumahnya krn hndak mengerjakan Haji/Umrah, maka dia mati, nscaya Allah mberikannya pahala org yg mgerjakan Haji/Umrah shingga hari Kiamat, dan ssiapa mati di slh satu Tanah Haram (Makkah/Madinah), dia xkn dperiksa n dhisab,bahkan dikatakan kpdnya : ‘Masuklah ke dlm Syurga’.”



 Day 3 Madinah


Hari ke 3 pagi2 lagi kena bangun awal tuk solat Subuh kat masjid. So sehari 5x solat semua kena buat kat masjid. Bukan pukul 5,6am ye cam kat Malaysia tp pukul 3am da kena bangun tuk bersiap2 solat.. Nak bangun tu susah sgt sbb penat xhilang lg. Tp berusaha gak tuk bangun. " Kena rajin la beribadat kat sini. Pahala berganda.. Stakat malas nk bangun baik xpyh dtg sini.." Ayat ni je yg selalu kuar dlm kepala kalau malas nk bangun.. hehe

Sampai2 masjid da ramai org. Mmg kena berebut la nk solat. Berjuta2 dtg sini nk solat. Sape dtg lwt mmg kena solat kat luar la. Tp usaha gak nk masuk. So hari pertama ni sedikit kekok la. Esok lusa maybe da dpt sket experience di masjid ni dr segi waktu solat camne.. jemaah solat camne n tmpt2 sekitar masjid ni.. Besarrr kott..

Lps solat semua pagi2 lg da breakfast terus balik solat dlm pukul 5am.. hehe terkejut perut mkn pagi2 buta..
Balik plak terus cari abangah.. Da sampai rupanya kat Madinah.. Pegi bilik abah xde abangah.. Pegi bilik aunties, rupanya di situ.. Salam semua dgn abangah... hehe.. lama xtgk abangah.. =) Happy jap!

Bersiap sedia nak pegi Ziarah Dlm.. Last2 pegi tukar kain sembahyang sng solat nnt di sana | Dpn Hotel

So hari ni schedule ada Ziarah Dalam.. Ziarah Dlm maksudnya lawat sekitar n dalam masjid nabawi.. termasuk makam Nabi, 4 khalifah kita, kubur2 sahabat nabi ( al-baqi'), ank nabi Fatimah, isteri2 nabi, Raudhah, tempat nabi solat n mimbar nabi n byk2 lg..

Around 8am.. da panas memancar.. so payung da mula terbuka.. =)

Bergambar dpn Babus Salam (pintu utama).. Nampak x blkg tu entrance msuk masjid. Tp lelaki je leh masuk.. | Masjid Nabawi

Bergambar dpn pintu-pintu masjid.. Hebat betul material yg diorang guna.. Adakah itu Gold?  | Masjid Nabawi

Di Perkuburan Al Baqi'.. Disini la tmpt bersemadinya kubur2 sahabat nabi. Secara harfiah “al-baqi” berarti taman pepohonan. Dikenal juga sebagai “Jannat al-baqi” karena “keramatnya” sejak keluarga dan sahabat Rasulullah dimakamkan di tempat ini..

Kenangan plg manis utk Ziarah Dalam ialah time nk melawat Raudhah iaitu area makam nabi n sahabatnya Umar n Abu Bakar n isteri nabi.. Tnggu turn nak masuk xde la lama sgt sbb ramai yg jaga. So Malaysia lazimnya dia bg masuk sekali ngan Indonesia. Nak solat kt sini mmg payah. Kena byk berdoa, berzikir n wirid agar Allah bg peluang tuk beribadat di sini. Di sini jugak sempat membaca Al Quran surah2 pendek sperti Al Mulk sbb nk bg peluang tuk wanita lain masuk di kawasan ni..  Alhamdulillah..

Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.
“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”

Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’. 


Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau. ia merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa. Apapun doa yang dipanjatkan disana insya Allah dikabulkan.

Berzikir, membaca alquran, berdoa.. agar2 doa dimakbulkan Allah.. | Sumber : Abg 

Sekitar makam nabi kita, saidina Umar n Saidina Abu Bakar..

Makam nabi n Saidina Umar / Saidina Abu Bakar.. | Sumber : Internet

Makam nabi Muhammad s.a.w.. ramai org berpusu2.. lelaki je bleh masuk sbb makam ni terletak di saff lelaki..

Mimbar nabi n Mihrab nabi di blkg tu.. 

1 family berpicca ptg tu after Asr prayer with abangah.. abah plak xde dlm pic ni..

Selepas je berziarah, melawat la kejap area kedai2 sekitar masjid.. =)

Otw ke masjid time Magrib sekitar 7pm.. Suka tk payung tertutup bila waktu malam..

Suasana dlm masjid.. Mula2 masuk mmg kagum dgn senireka, lighting effects n material used in this mosque.. Cantik sgt2..

Mlm tu cam biasa sesetengah mlm kuar Shopping2 sat cari barang.. Sbb lusa da nk pegi Makkah.. Mlm tu dpt la beli Jubah sehelai.. Org kata kat madinah sedikit mahal drp Makah.. Yes, i Agree! =)

Cantik2 Jubah.. Buat baju kawin pn cantik jugak ni.. hehe

Macam2 ada kat kedai sini.. Murah2 pn bleh tawar menawar.. =)

Mana 1 kedai nak masuk ni?

Bila masuk shopping complex mata terus melilau mencari2 benda nak beli..

Nak dijadikan cerita biasa la kalau pegi ramai2 senang nk tawar menawar.. Mlm tu dlm 10org pegi sedare aku n family. Yang lain ad yg stay hotel n ada pegi sendiri2.. Lgpn ada abangah so senang la nk speaking arabic.. Aku nak speaking basic2 bleh la.. nak borak2 xbleh la.. hehe.. So dgn bantuan abangah bleh la kurangkan harga tu.. Lps 1 kedai ke 1 kedai sampaikan kedai nk ttup da tp kitorang still kat situ.. Da nak pukul 1am da.. hehe,, lawak betul bila teringat mlm tu.. Sorang2 pgg plastik besar.. hehe.. Beli jubah mcm borong plak.. hehe..  =)


 Day 4 Madinah

Pagi solat subuh cam biasa kat masjid. So hari ni ad jadual tlh ditetapkan cam smlm. So bermula hari ni n smlm kitorang da kena kerap berwudhuk sbb sesetengah tmpt tu disunatkan solat sbb pahala cam biasa la berganda2.. Pakaian di sini plak lbh slesa bila pakai jubah hitam. Tudung hitam. Kain sembahyang wajib bawak. Pakai stoking wajib n senang sbb da xpyh pakai kain bwh tuk solat.

Hari ke 4 plak di bawak plak kitorang tuk Ziarah Luar.. Ziarah luar plak tmpt2 biasa jemaah ziarah ialah pertamanya Masjid Quba'.. Masjid ni pertama yang dibina oleh orang Islam dan diasaskan oleh Nabi Muhammad   sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah. Telah diceritakan bahawa Nabi  menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin.

Sabda Nabi  lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah.

Masjid Quba dr jauh.. taken by me.. in a bus..

one of the signboard at the quba' mosque..

Dpn pintu solat masjid tuk wanita.. 

Sampai je Masjid Quba mmg dah ramai jemaah umrah kat sana. Nak masuk tuk solat sunat mmg ramai n penuh sampaikan tmpt ltk kasut. Kat sini yg plg sy suka ialah apabila tgk org berlumba2 membuat ibadat wajib / sunat. Xkisahla keadaan cmne tp ttp berusaha nk melaksanakan ibadat tu. Alhamdulillah kami smua dpt jugak solat kat dalam masjid ni. Moga Allah terima solat n doa kami.. Aminn...

Otw plak ke
 Bukit Uhud. Kubur para syuhadah pn ada skali sekitar bukit ni yg mati syahid akibat perang Uhud.. Perang Uhud ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah platform untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.

Ramai org memanjat melihat sekitar bukit ni.. Kubur pn ada sekali sekitar ni | Bukit Uhud

Seperti biasa baca doa tuk para mujahidin dlm bus. Time ni ramai xnk turun sbb panas sgt. Tok Ayah xlarat n pakcik2 sy xlarat nk turun. Sy je kot yg bersungguh nk turun sbb nak amek pengalaman tp xpela. Kang kena tinggal baru tau.. Lgpn mmg kaki ni xlarat nk kuar. Nak rasa econ dlm bus je.. So tgk dr dlm bus jela.. Masa pn da suntuk sbb nk kejar waktu Zuhur tuk solat kat Masjid Nabawi..



Tempat seterusnya ialah Ladang Kurma. Jarak antara tmpt ni xde la jauh sgt. kat sini blehla merasa teh kurma, beli kurma mcm2 jenis n juga coklat pn mcm2.. coklat kurma, coklat pape jela.. dtg je sini.. mcm2 ada.. tu je pndai sy ckp.. =)

Sekitar Ladang Kurma.. Kedai kurma kat dpn ni je...



Xlarat nak minum teh kurma ni.. Panas sgt..


Next destination is Kilang Percetakan Al Quran terbesar di Madinah. Kat sini la tmpt produce nya Al Quran2  n dieksport ke seluruh negara. Bg lelaki amat bertuah la sbb diorang bleh masuk area kilang n dibagi percuma 1 naskhah Al Quran. Bg wanita plak bleh beli di tmpt penjualan kat area dpn kilang tu. Harga not bad la ok n happy sbb dapat beli Quran kat sini sbgai kenangan2 n bleh baca nnt kat masjid2..

Dpn pintu tmpt jualnya Al Quran with my aunties, cousins n mum!


Berpicca sekitar parking bus tepi pagar kilang alquran ni.. =) Cuasa amatla panas tp happy dpt beli alquran kecik!


Last skali ke Masjid Qiblatain.. Pada permulaan Islam, orang melakukan salat dengan kiblat ke arah Baitul Maqdis (nama lain Masjidil Aqsha) di Yerusalem/Palestina. Baru belakangan turun wahyu kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekkah.Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-2 Hijriyah hari Senin bulan Rajab waktu dhuhur di Masjid Bani Salamah ini. Ketika itu Rasulullah SAW tengah salat dengan menghadap ke arah Masjidil Aqsha. Di tengah salat, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144, yang artinya:

“Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”



Setelah turunnya ayat tersebut di atas, beliau menghentikan sementara salatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram. Merujuk pada peristiwa tersebut, lalu masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain, yang artinya masjid berkiblat dua.

Masjid Qiblatain.. amek dr bus je.. xlarat da nak kuar.. lgpn ramai org time ni melawat.. =)

Lepas je melawat terus balik n menunaikan solat zuhur n asar magrib n isyak di masjid nabawi cm biasa la.. mlm tu jugak sy kuar tuk belila sedikit brg.. hehe.. Mlm tu packing sket2 sbb esok da nk pegi Makkah... xsabar rasanya nk pijak tanah haram.. Ya Allah...

Love Note : Akhirnya dapat gak upload pic dlm entry ni,, Alhamdulillah.. =)

Camera : by Handphones, Sony, Canon n Nikon



:: Pinangan daripada Orang yang Tak Dikenali ::

Assalamualaikum..

Nak dijadikan cerita pagi smlm umi n abah busy2 n terus siap2 n ajak aku sekali pergi umah jiran kat depan umah aku.. Apasal umi?  Sampai je umah tu terus masuk.. Da ramai org rupanya.. Hmm.. Pesal smua tgk aku? Tibe2 bersuara la sorang laki ni.. Pakai baju Melayu. Tunduk je pandangan nya. Langsung tak tgk aku.. Terus dia sampaikan hajatnya kenapa dia dtg n hendak berjumpa dgn aku..

What? Tunang? Slps tu aku terus xleh duk diam.. Umi plak sibuk2 tgh calling sape ntah.. Maybe nk panggil semua org dtg... Lelaki tu plak mbace je doa n ayat yg tentera ats kertas di tgnnya.. Rupa2 nya dia tu anak kpd sorang jiran aku ni. Mungkin aku xknal n xpenah bersua dgn sape2 kat area umah ni. Mungkin sblm ni dia berada di luar negeri or negara..

 Dr luar nmpak lelaki ni da bekerja.. Nampak la jugak dia ni mcm seorang yg alim, baik n bijak. Kalau nk ikutkan ala2 Asyraf Muslim la.. Hensem pun hensem tapi aku xtermakan dgn rupa paras.. Hati tu lbh penting bagi aku.. Tapi kenapa harus bertunang dgn dia? Aku terus menggeleng kepala xhenti2 dpn umi n abah..

"Syah xnak tunang.. "  Umi terus dtg n dduk tepi aku n mmbisik, "Try la dulu kenal hati budi.." Apa? kenal dulu? Tp kenapa harus bertunang.. baik berkawan je dulu.. Aku terus meninggikan suara supaya si lelaki tu dgr bisikan dlm hatiku ni.. umi n abah seakan xmghiraukan suara aku ni.. Semakin masa bergerak semakin tersnyum umi n abah..seolah2 pinangan lelaki tu dipersetujui ibubapa aku..

Mungkin umi n abah ingat aku ni xde teman istimewa kot kn? Tu umi n abah ber iya2 nak aku bertunang tu.. tibe2 aku terpikir tuk luahkan apa yg terpikir.. "umi, syah dah ada teman istimewa.. Xpayahla tunang2 ni.." Umi pandang sekadar melihat aku je.. And aku terus menangis xmau bertunang dpn org ramai...... tibe2 aku terdgr ketukan pintu.. maybe sudah dtg org ramai hendak melihat majlis tunang aku n lelaki tu... aku terus menangis sampai basah baju.. sedih sgt2.. bila terkenangkan teman istimewa aku aka MD tu..

" Syah... bangun2!! Solat Subuh! " Umi aku ketuk2 pintu kejutkan aku bangun tidoo.. Bangun2 terus lihat sekeliling.. Pesal gelap je.. Mana majlis tu? Tanya aku sambil lap2 airmata kuar xhenti2 n lap kat bantal buchuk aku tu... "Ya Allah.. mimpi rupa2 nya..."  "Alhamdulillah sekadar mimpi.." Terus tersenyum panjg.. walau tersnyum tp hati masih lg tertnya sape lelaki td smpai skrg...

Love Note : Mimpi : Mainan Syaitan atau Sebagai Peringatan?
*Pesal xleh upload pic kat entry? Pic da ciap upload, tekan2 still xmasuk dlm entry ni.. Hmm.. Tension betul nk publish tuk Part 2 plak susah.. =( sabar sabar! =)



Tuesday, June 21, 2011

:: Jejak ke Madinah, Makkah, Brunei | Part 1 ::

 Assalamualaikum.. 
da lama rasa xupdate blog. sebab malas nk menaip kat laptop org len. maybe lbh selesa di laptop sendiri.. laptop sendiri plak da rosak. bila la nk repair.. duit2.. nnt nk cari keje dulu.. =)


So hari ni mcm biasa nama entry tu nak cite la sket2 pengalaman.. Jejak ke Madinah, Makkah n Brunei.. Ala2 jejak rasul plak ye.. Konklusinya this is our package umrah. Disebabkan family kami ramai dlm 20 org, so kitorg plan nk pegi Brunei la.. ada jugak yg terus naik emirates.. ada pegi Sri Lanka.. so y not we choose Brunei kn? =)


  Day 1 Malaysia | Brunei 

Hari pertama nk pegi kena la bangun awal.. nk mandi sunat, solat musafir lg, packing2 sket.. Pg tu jugak da ramai dtg.. Nak anta kat airport jauh, so ada sedara dtg just nk anta kat area umah kitorg je.. Pegi sana dgn 3 kete. Waja 2 buah n citra sebuah. Beg plak besar2 sorang.. sorang tu dlm 2,3 beg plak.. =) Vrooomm3.. sampaila airport KB.. Rupa2nya lagi ramai sedare kami da smpai sana.. alamak.. cam jejak kasih plak.. sedih pn ada.. tp buat2 happy la sbb ramai jek duk senyum2 tgk kami.. Saya plak jenis malu nk tegur org tua, tp aritu kena la tegur2.. Kena la jaga perangai tu.. sopan2 sket,, =)


"Org2 yg mengerjakan Haji / Umrah adalah sebagai utusan Allah, diberi kpd mereka apa2 yg mereka pinta, dan perkenankan utk apa2 yg mereka pohon, dan Allah gantikan dirham yg mereka belanjakan dgn gandaan seribu kali seribu (1juta)," (Riwayat al Baihaqi drp Anas r.a).

Dlm beg silang da prepare smua doa2 yg members kirim.. Hrp2 sempat la baca.. Dlm pkul 10.50am, flight dr KB - KL.. dlm sejam sampai la KL.. Rupe2nya maksedara sya pn ad kt sana menunggu dgn ank2 comelnya.. wah. terharu plak.. drive sendiri tanpa suami dr ampang.. kat klia dpt la spend sini dlm 3,4 jam sblm ke next flight.. Tghari ni jugak Cik Nah volunteer hidangkn kitorg ngan nasi ayam. Sedap sgt2.. Pastu dtg plak sedara sblh mak sedara sorang lg bawak plak nasi beriyani.. amboi2.. bersakan la mkn kat klia tu.. Mujur la umah diorg kat KL ni je.. 


my aunty n her husband.. makan jgn xmkn! | KLIA

berpicca with my elder bro n younger bro.. asyik ttup mata je bdk sorang ni | Royal Brunei Airlines

So mkn2 solat then ready tuk ke Brunei plak. kat brunei we just transit je, xmasuk la kat area imegresen tu.. Sampai ke Brunei mlm dlm pukul 8pm lbh. Solat magrib n jamak smua xready pn.. nk mandi da announce dlm kul 9pm lbh tuk naik ke flight seterusnya ke Jeddah / Arab Saudi.. Mmg kalut sket. plan nk tukar baju smua, last2 tukar selipa n tudung je.. tu pn jadi la.. =) 

Semua jemaah menunggu tuk next flight ke Jeddah.. Dlm hati girang skali dpt pegi 1 family =) | Brunei Airport

Lauk mende xtau. tp mmg best la makan. bajet diet mula2 xmau order nasi.. tp air still coke. abes diet! | Royal Brunei Airlines

Ni 2nd lauk i order..  terpaksa jugak makan nasi.. lapar sgt2..sedap! thank u kak pramugari cantik! | Royal Brunei Airlines

Dlm flight sudah biasa la nk tau seat. sbb ni journey plg jauh dlm 10jam. so nak la duk tepi tingkat.. last2 dpt gak.. yippy.. tp mlm plak, tgk lampu la jadinya.. During journey tu xbuat keje sgt, tido makan tido makan. 3x tu makan nasi.. wah.. geleber rasanya perut ni.. hehe pastu ttup mata balik sleeping beauty la plak... =)

Day 2  Jeddah Airport | Madinah

Tup2 bukak mata da nk sampai dlm 40minit lg. pastu mata xleh ttup da. sbb nervous gitu.. mata xabes2 melilau tgk window2.. time nk smpai tu tgk la bandar kat sana dr ats.. cantik sgt2.. smua umah bt dr batu. petak2 cam kotak, nk menangis pn ada.. xtau la.. feeling lebih sgt.. maybe teringatkan nabi kita. tmpt nabi n riwayat nabi kat sini.. hmm.. miss HIM sgt2..

Sampai je airport dlm kul 4am. Waktu kat Jeddah lewat 5jam. So kat Malaysia kira da 9am..  Trun2 flight hidung n muka da kebas.. cuaca kat sana even 4am pn panas.. xpe.. sabar2.. xbaik merungut.. kena istigfar byk2.. Soat Subuh smua ciao then naik bus plak ke Madinah.. ingtkn sejam dua, rupa2 nya 7,8jam jugak.. penat naik flight td terasa lg. dgn xmandinya lg.. hehe.. =)


Bus ni la yg kitorang naik. skali tgk cam bus Sani 2 tingkat. tgk2 setingkat je. Besar sbb ada tandas n tmpt ltg beg tu besar rupa2 nya.. hehe.  | Jeddah Airport



Dlm perjalanan ke madinah tu biasa jela. Cerah je. Time tu da pukul 5,6pg. Cerah memancar gitu. Hehe.. tidooo terjaga tidoo terjaga.. last2 dia stop kat 1 tmpt mkn. Fulamak.. Best n melahap sgt2 roti arab n gulai daging.. xsama ngan Malaysia. Best sini lg. Hehe.. mmg lpr la dr kul 4am lg xmkn. Sambil2 mkn abg2 arab tu jual simcard. Sy mmg xmau beli. Krdt celcom da spare. Tp rm20 je. Ntah cukup ke tak. Pegi Beijing dlu pn xcukup even duk 1 week je sana.. xpela.. sabar2..

Continue dgn our journey. Kali ni aku duk dpn kat driver.. hehe.. org len smua nk tido, tp sy lbh suka tgk scenery kat sana. Walau kosong bukit n pasir je, tp ia cukup indah bg sy. Klo pokok je byk, kat Malaysia pn da berlambak ada. Hehe..  


At 6.22am.. Cerah kn? otw ke Madinah..  kete xde, bukit je ada. | Jeddah

Sedang khusyuk2 amek gambar, tup2 pakcik driver tu stopkan bus tepi jln.. apa kehel ni? “Hallooo.. halloo....” dia panggil smua org dlm bus..  terperanjat btl bila dia tnjuk kat kitorang kera / beruk version arab punya. Hehe.. punggung gelupas bak abah saya cakap. Hehe..  comel je. Semua dtg nenek moyang datuk baby kat bus kitorang, lapar agaknya.. nk bg mknan mmg xde. Driver tu slow2 kluarkan roti bwh seat dia bg kat kera tu.. “haloo2.. sokhir..”  sambil tunjuk baby kera kat kitorang, alololollloo.. comel betul.. hik3.. Time tu bersungguh la smua nk snap pick kera tu termasuk saya! =)

Cit cit cit.. Bunyi haiwan ni.. comel baby ni.. | Jeddah

Brapa jam kemudian nak sampai Madinah, da nmpak la sket2 bangunan dia. Dr td tgk bukit je. Masuk madinah kena baca doa, tgk umah dlm Madinah pn sama. Smua ad dlm buku umrah tu. Pas bace da nmpk dari jauh masjid nabawi, iaitu masjid nabi kita. Sayu la plak. Sbb xpercaya da smpai kat tempat nabi. Walau da byk pembinaan kat sini, tp feel tu still feel cam berada di zaman nabi.. 

Jauh nun di sana klo xsilap da nmpak kubah2 Masjid Nabawi.. hehe time ni nervous sgt! | Madinah

“Ya ALLAH, terima kasih sgt2 bg kat kami peluang yg begitu besar n cerah bg kami ke sini.. Akan kami gunakan peluang n rezeki besar drum sehabis baik.. insyaAllah...”=’)

Then driver trus bawa kitorang ke tmpt menginap.. tup2 sampai la hotel.. fulamak.. besar mcm 5 star plak. ramai jemaah Malaysia kat sini.. so ok la tu xcampur ngan negara lain.. nak dijadikan cerita, Allah bg kami Ujian.. Sampai di hotel kul 11am. bayangkan tunggu2 sampai nk pukul 4pm baru leh check in.. emm.. mmg bersadar la lat lobby hotel tu.. plg sedih xle pegi masjid nabawi n skip solat zhor n asar.. terlepas sudah nk solat di masjid tu. =( tp sabar la. xdela nk marah2 org situ..


Magrib tu dgn happy bersiap2 tuk solat mgrib kat masjid.. kuar2 hotel fulamakk.. sesak nafass kot.. sbb haba masuk2 kat lubang hidung ni,, lupa plak cuaca kat sini panas kering. xkira masa semua sama.. kira mlm ni ok sket la haba tu. cuma first day ni xle tahan sket la. kena ttup hidung. klo x, mmg berdarah la..

Sampai je masjid ad spot check plak. mmg tiap kali solat sini ad spot check before masuk. selipar kena bawak masuk skali. klo x, mmg hilang la.. Masjid kat sini cantik sgt.. Mlm payung tertutup.. Ptg plak payung terbukak sbb xbg jemaah panas bila solat kat luar masjid.. Dlm masjid econ ad. walau ramai penghuni econ still terasa. Plg best ada air zam zam free dlm tu tiap masa leh amek n minum.. hehe.. kira stay kat sini leh cucikan hati yg kotor tu kasi bersih sket.. =)


Dlm masjid nabawi.. posing jap. seperti biasa i la cameragirl.. | Masjid Nabawi

Permandangan luar masjid nabawi after isyak prayer.. otw balik hotel | Masjid Nabawi

Malam tu balik solat isyak then tido dgn nyenyaknya dgn adik sy tikah n ummi.. Abangah dtg esok ke Madinah dr Jordan.. yeay!! da 2tahun xjumpa.. cmne la rupa abangah.. =)

Love Note : Sebenarnya tulis entry ni pn byk ujian.. khusyuk2 menaip kat mic.word nk save xleh..xresponding sbb save in external hardisk. hardisk plak tibe2 xdetect. cabut balik hardisk then ilang entry ni.. tp syukur la 1/4 je ilang. then taip balik! =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...