Tuesday, March 27, 2012

:: I am Hot. Then Please Stay Away from Me ::

Assalamualaikum.. 
Salam 4 Jamadil Awal..

Hot bukan makna cantik..
Tapi hot sebab api neraka ye..

" Semakin hari semakin jauh saya kepadaNya..
Ya Allah, apa tlh saya lakukan...?
Dulu telah lama saya buang perasaan ini, namun sekarang ia kembali lg...
Sungguh, saya benci sangat2 perasaan ini.." ;(

Hari ni nak berbicara sket tentang cinta sesama insan..
Sudah lama xbercerita cinta manusia ni..
Izinkan saya..

Kepentingan ISTIKHARAH...

Mmg penting sgt istikharah ni utk segala amal kita kt dunia ni walau da kita lakukan atau masa akan akan datang yg akan kita lakukan..  Bukannya hanya fokuskan pada pasangan hidup.. Jodoh? Allah da tetapkan utk kita semasa kita 4 bulan lg di dlm perut ibu... Tugas kita? Perlu sedikit usaha, perlu berdoa dan selebihnya tawakal.. 

Saya ada beberapa kisah utk dijadikan sedikit teladan dan pengajaran tuk muslimat di luar sana tentang kepentingan ISTIKHARAH..

1) Seorang lelaki bleh dikatakan seorang athlete di U**. Amat digemari oleh ramai muslimah myb dgn keterampilannya sedikit ISLAMIC walau terpaksa sedikit social tp masih lg menjaga batas2.. InsyaAllah.. Lalu lelaki ini tlh mengenali seorang perempuan bernama Humaira'.. Humaira dahulunya xbrapa ISLAMIC walau dia juga berasal dr skolah agama. 1 day, dia ada pasangkan niat tuk membuat perubahan dlm hidupnya kerna dia merasakan ssuatu yg tidak lengkap dgn dirinya.. Terasa juga dia tlh lama tersasar dari tujuan hidunya kat dunia ni. Terasa juga malu sgt2 pada diri sendiri, keluarga dan terutama pada Allah.. Niat perubahan Humaira' tlh menarik minat oleh lelaki ini dan lelaki ini cuba dekatinya n ada niat tuk peristerikannya.. 

Humaira' berasa serba salah kerana dia baru mengenali lelaki ini. Dan dia hanya menganggap lelaki ini tidak serious n myb lelaki ini saje2 kot. Then lepas tu senyaplah hubungan mereka sebagai kawan selama 9 bulan. Alhamdulillah selama 9 bulan itu, serba sedikit Humaira tlh berubah especially dgn pakaian yg begitu menunjukkan dia btl2 menutup aurat berbanding dahulu. Alhamdulillah.. Plg membanggakan, dia berubah tanpa paksaan dan sokongan sape2 termasuk lelaki itu dan semunya kerana kerelaan dirinya sendiri dan yg pasti semuanya HIDAYAH datang dari Allah.. Alhamdulillah wa syukurillah.. ;')

 

Bukan hanya perubahan pakaian, Humaira' juga tlh mengenakan niqab kerana dia merasakan dirinya akan lebih dekat pada Allah dan dia juga belajar tuk menyerahkan 100% dirinya hanya pd Allah.. Dia ingin istiqamah dalam pemakaian niqab kerna salah 1 sebab dia lbih selesa dan sekaligus dia dpt menjaga pergaulan / ikhtilat terutama dgn lelaki.. Dan yg penting, dia merasakan begitu SELAMAT dan wajahnya juga akan dia paparkan utk bakal SUAMI nya sahaja..

Mmg akui Humaira' mmg seorang da jarang berkawan dgn lelaki since skolah rendah lg. Dia hanya seorang pengawas perpustakaan, dan seorang yg pendiam. Sehingga lah masuk ke sekolah menengah agama, dia berubah menjadi seorang yg 'bising' kerna semunya BANAT (perempuan) kot.. Ya Allah, malu plak.. =) 

Tup2, bila habis membuat practical training di sebuah tmpt governement, Humaira' tlh sambung belajar tuk semester akhir di universitinya. Dia begitu gembira kerana dapat bljr as usual di tmpt bljrnya.. Allah,, hanya Allah sahaja mengetahui perasaannya.. Tapi kegembiraan tu tak lama kerna 1 day, dia tlh terserempak dgn lelaki itu kembali. Humaira sedikit kaget. Ya Allah, mmg dia tlh membuang segala memori ttg lelaki itu, tp imannya LEMAH.. Astagfirullah al azim.. hanya itu yg dia ungkapkan.. 

Slps perjumpaan yg xdisengajakan itu, lelaki itu kembali contact Humaira atas dasar terkejut dgn perubahan Humaira yg begitu drastik.. Humaira cuba utk jauhi lelaki itu kerna dia mahu memegang prinsipnya iaitu tiada lelaki ajnabi yg perlu ada dlm hatinya. Dia kena kuat, kuat tapi laki ni mmg pandai berkata2 plak.. aduh.. Keislamikan nya mmg menarik minat, kerna mmg itulah citarasanya utk mencari bakal suaminya.. Namun sikit demi sedikit Humaira cuba menerima lelaki ini kerna melihat kesungguhan lelaki ini..



Humaira' juga kali pertama tlh mengambil langkah utk beristikharah. Dia takut dia akan mbuat keputusan yg salah. Dia takut hatinya akan jauh pd Allah. Dia takut dia tertipu.. Tapi Humaira' hanya diamkan diri dan semuanya dia berserah pd Allah pada sujud istikharahnya.. Alhamdulillah selama sebulan Humaira beristikharah, Allah mula membuka hijab padanya.. Humaira merasakan ssuatu yg tidak berapa sedap hati dgn lelaki ini.. Humaira juga byk kali bertanya kepastiaan kpd lelaki tu tapi hanya dibalas dgn tengkingan dan dibalas Humaira tlh menuduhnya. Ya Allah, salahkan Humaira bertanya? Kerna dia xmahu memfitnah siapa2.. 

Humaira berasa sedih kerana serba sedikit lelaki itu tlh berubah.. " Knp Humaira perlu bersedih? Hmm.. Allah da tunjukkan kpd Humaira kan siapa dia yg sebenarnya? Tapi Humaira lemah sgt.." itulah ayat2 yg selalu bermain dlm pemikirannya dan serba sedikit dlm menguatkan diri Humaira.

Slps beberapa bulan Humaira mengambil keputusan utk meninggalkan lelaki itu. Nak peristerikn Humaira? Tapi masa panjang lagi, Humaira xnak terjebak dgn perasaan yg sia2 dan habiskan airmata hanya seorang lelaki yang ntah dia or tak yg akan menjadi bakal suaminya.. Humaira' kerap menangis selepas kejadian itu setiap dalam solatnya terutama dlm solat dhuha dan tahajudnya. Kerana itulah salah 1 waktu yg Humaira berasa amat dekat dgn Allah.. Humaira berasa bersyukur.. Dia dapat kembali dekat dgn Allah slps sahaja meninggalkan lelaki itu..

Humaira terpaksa kuat. Dia belajar utk kuat, pasrah dan redha... Alhamdulillah, Humaira semakin kuat. Dan Humaira juga tlh kembali menjalani hidupnya dgn normal. Allah. terima  kasih kerna kembalikan hatiku utk Mu... =) Happy bkn kepalang Humaira slps diberikan kekuatan... Dia merasakan dia tlh diberikan nikmat yg terbaik oleh Allah iaitu KESABARAN...

Bukan perpisahan sahaja yg Humaira perlu hadapi, tetapi ada 1 lagi perkara yg tersembunyi di sebalik lelaki itu.. Humaira tidak merasakan apa2 lg terutama perasaannya kpd lelaki itu. Kerna ALLAH tlh mencampak jauh dan tlh buang perasaaan nya pdnya. =)


Rupanya dgn kekuasaan Allah, Humaira tlh mengetahui rupa2 nya lelaki itu tlh BERTUNANG hampir 5bulan sblum perkenalannya kali kedua. Humaira sedih? Tak... Humaira lgsung tidak sedih.. Apatah lg marah.. Cuma dia merasakan TERTIPU.. Tapi hakikatnya Humaira berasa bersyukur. Knp? Lelaki beginikah akan Humaira terima utk dijadikan SUAMI?

Ohh! Semestinya tidak! Seorang tidak jujur, berbohong dan tidak setia! Nauzubillah..
Kesimpulannya, apa yang saya ingin katakan, knp Allah membukakan hijab dia tlh bertunang pada ketikanya perasaan Humaira tidak lg pada lelaki itu?

Itu adalah kerana Allah tlh menjanjikan bahawa, Allah akan menunjukkan kebenaran pada kita ketika kita betul2 bersedia dan kuat tuk menerimanya.. Cuba bayangkan bila dia mengetahui hakikat itu ketika dia bersedih? Nauzubillah.. Indahnya kuasa Allah.. dan sekarang Humaira hidup seperti sediakala dan masih bersendiri.. Humaira juga cuba tidak mengulangi kesilapan itu.. Humaira cuba menjadikan itu 1 pengajaran dan cubaan utk kali pertama stlh dia melakukan perubahan...

Tapi hari ini, perasaan itu kembali pada diri Humaira.. Humaira cuba menjauhi, insyaAllah dia sedang mencuba.. Walau Humaira tlh menaruh minat pd seorang lelaki ini, dia akan mengenangkan kembali akan peristiwa lampau. Dia xmahu dikecewakan 2x.. Wahai lelaki yg ingin mengenali Humaira, jika benar kamu mencintainya, jumpa lah walinya. Bukan flirt2 di facebook.. 

Humaira juga byk menerima private msg dr lelaki terutama strangers atas dasar terpikat dan ingin dekati dgn diri Humaira. Dan ada juga yg bertanyakan masalah2 agama pd Humaira. Ya Allah, Humaira merasakan itu 1 bebanan yg cukup bsr dan amat kerdil utk Humaira menjawab persoalan itu. Humaira cuba yg terbaik walaupn dia bukannya dari jurusan agama di U**. 

Sejak dari tu juga, Humaira tlh menerima byk risikan daripada strangers dan juga seorang lecturer di U nya sendiri. Ya Allah, Humaira menolak 100% semua risikan itu kerana dia hendak menumpukan hanya dgn pelajarannya kerana semester ini amat penting baginya.. Ada juga lelaki yg ingin mengajak Humaira bekerja bersama2, tp smua ajakan itu Humaira tolak dan berdiam diri. Dia xperlu melayani lelaki2 begitu.. Bencinya!

Sehingga risikan terakhir dari seorang lelaki si M.S.I, Humaira amat tertarik dgn cara risikan dan berfikir tuk menerimanya.. Humaira xpernah ada hati dgn lelaki ini tp saat itu bagaikan Allah tlh mencampakkan hatinya utk lelaki itu.. or syaitan? mybe.. Nauzubillah... 

Namun Humaira terpaksa diam. Diam kerananya xpasti.. Allah.. Dia terus beristikarah utk lelaki itu seperti biasa.. Sekarang, hati Humaira berbelah bahagi. Dia ingin menjaga segala ikhtilat. Dia xmahu segalanya berakhir seperti dahulu.. Kini, Humaira serba sedikit mendapat hijab.. Hijabnya? Biar Allah sahaja yg tahu.. Segala kepastiaan akan Humaira ketahuinya..


Humaira juga selalu bertanyakan pada dirinya.... : 
 : Jika lelaki itu boleh DEKATI Humaira dgn Mudah, pasti sebelum atau pada masa yg SAMA dia juga dekati perempuan yg lain kan?
: Jika lelaki itu SMS/ CHAT dgn Humaira', pasti sebelum atau pd masa yg sama dia juga SMS/CHAT dgn perempuan lain kn?
: Kwn Humaira pn ada cakap, " Humaira awak mmg xleh kawan dgn lelaki sbb once awk berkawan, lelaki tu cepat tergoda / terpikat dgn awak..."

So how?

Humaira xmahu semua tu berlaku, walau masa yg sama Humaira juga pernah SMS/CHAT dgn lelaki itu, kerana pada masa itu Humaira tlh berkenan dgn lelaki itu.. Lelaki lain juga ada yg cuba2 dekatinya dgn chat2 kt fb, tp smua xdilayani kerna hatinya sudah dipetik... Tapi matlamat xmenghalalkan cara kan..? Sekarang, Humaira akan serahkan kembali pd istikharah dan tahajudnya tuk persoalan ini....

Humaira cuba mencari kebenaran, dan kebenaran pasti Allah tunjukkan padanya.. Dia perlu bersabar. Wahai M.S.I, kalau btl2 inginkan Humaira, jadiikanlah dia halal bg mu.. Humaira xnak dia bersama2 lelaki itu terjebak dlm maksiat hati ini.. Humaira tahu lelaki itu ramai kawan perempuan, Humaira xjealous cuma jika benar dia inginkan perubahan, lakukanlah kerna Allah.. Sejauh mana lelaki itu cuba sembunyikan, akan ketahui juga kerna Allah itu xkan menganiaya perasaan hambaNya yg lain.

N for the last, Humaira akan menunggu, tuk melihat sejauh mana kebenaran lelaki itu...
Humaira pn xmengenali lelaki itu secara keseluruhannya lg..
Humaira masih trauma n takut tersalah pilihan lg..
Xjujur? playboy? main2 saje? wallahulam.. mohon jauh!
tp hati Humaira masih sama, tp Humaira perlu bersedia utk ujian yg setrusnya..
Kuatkanlah hati ini ya Allah...



Ya Allah, jatuhkan dann labuhkanlah cintaku pada lelaki yg juga mencari2 cintaMu..
Serahkanlah cinta ini hanya pd lelaki yg btul2 ingin jadikan aku halal bgnya..
Allah, jauhkanlah dan buanglah perasaan ini andai lelaki itu bukan utkku..
Aku redha, pasrah n aku tahu pasti ada 1000 hikmah di sebalik itu..

Maaf andai perkataan yg digunakan terlalu skema disebabkan masa xseberapa 2am.. 
Got migraine this morning until now... For 2nd times buat rukhsah solat zohor td.. Alhamdulillah da ok sket but still need to take some medicines then sleep...
Mood : Unwell n Keep Waiting!
Wassalam.. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...