Friday, December 16, 2011

:: Muhajadah Seorang Hamba Allah ::

Assalamualaikum.. 
Semoga kwn2 ku sentiasa Allah rahmati.. Amin..

Terutama kawan2 ku yang masih setia di sisi ini..
Sentiasa menemani diriku tiap ku sedih dan gembira..
Kak Farhana dan Kak Adida.. I love them so much..

Our memory in Perlis 25-11-2011
........................................................................................................

Malam Jumaat yg begitu tenang dan dingin...
Sedang asyik mendengar lagu nasyid epilog silam by Haiqal, 
air mataku mula berguguran jatuh ke pipi.. 
Ya, hatiku mmg sensitif sekarang...
Air mata ku xkan ku gugurkan tuk perkara sia2 lagi..
Air mataku sensitif kerna aku mula sedar siapa aku di sisiNya nnt..
Walaupun baru sekejap td aku berhadapan dengan seorang manusia
Ya Allah jantung ku berdenyut kencang skali..
Astagfirullah al azim.. lemahkah aku..
bila berhadapan hanya dgn seorang manusia?


"Dunia tidak lama lagi akan hancur, kiamat bila2 masa akn tiba..
 di mana kah aku ketika itu?
Selamatkah aku? Adakah aku tergolong dlm golongan yg dimurkaiMu? "
 soalan ini sering bermain di fikiranku..

Fikiranku mula melayang lagi, aku mula teringat ttg masa silamku..
Ya Allah.. Dosa-dosa ku banyak tak terkira.. Sungguh!
Layakkah aku ya Allah di syurgaMu?
Impianku begitu tinggi tuk di singgahsanaMu tapi
adakah ujian / dugaan yg aku terima seberat dugaan n ujian seperti hamba2 mu
di zaman nabi dahulu kala?
Mereka disiksa, didatangi pelbagai jenis penyakit,
di ancam musuh, kemusnahan harta benda..
Tapi aku? 
Ujian yang Kau bagi tukku hanyalah sebesar zarah..
itupun aku sering mengeluh..

Aku tahu,
CintaMu hanyalah tuk orang yg sering didatangi ujian yg berat,
 maka Cintailah aku ya Allah..
Adakah begini layak aku berada di sisiMu?

Tapi tiap kali aku sedar, adakah tindakan ku 
juga sensitif dan terus bertaubat nasuha sepertimana air mata ku ini?
Namun jauh di sudut hatiku,
Aku bersyukur kerna aku telah bangun dari mimpi yang lena..
Tapi adakah syukur aku cukup dan kuat tuk menghapuskan dosa2 aku?

Aku tahu.. 
Aku seorang wanita yg lemah..
Aku bertaubat padaMu ya Allah..
Tapi aku sedang belajar..
Belajar tuk meniti titian yg kian rapuh..
Aku akan berusaha Ya Allah..
Walau aku tahu byk dugaan yg akan aku tempuhi..
Kerna jalan menujuMu mmg susah,
kerna Syurga itu begitu INDAH..
Disitulah impianku yang ABADI..

Ya Allah.
istiqamahkanlah diriku..
Hindarilah aku dari perasaan RIAK, TAKABBUR, UJUB dan 
semua sifat mazmumah ya Allah..
Aku tahu semua hidayah datang dariMu.. bukan datang dari ku..
Perlu kita ketahui, Allah lbh dahulu mendahului dan mengingati kita,
Kalau Allah xgerakkan kita tuk beramal, kita xkan beramal kan?
Ini maknanya kita kena lah bersyukur kerna Allah tlh gerakkan kita utk beramal..
Aku akan sambut hidayah Mu Ya ALLAH..


Sekadar peringatan sesama wanita..
ingatlah hadis2 ini wahai sahabatku muslimat :

“ Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan perbanyaklah 
beristighfar kerana aku melihat kalian adalah
 yang paling banyak menghuni neraka "
(HR.Bukhari dan Muslim).

Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda

“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya 
adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam 
neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya
 adalah golongan WANITA.”

Jelas sungguh hadis ini, xperlu kita ragui lagi, bukan jua niatku utk rendahkan
 martabat wanita di depan lelaki kerna aku aku bergelar wanita... 
Sesungguhnya, prinsip wanita dan lelaki sama sahaja di sisi Allah..
Siapa yg BERTAQWA, DIA LAH YG PALING TINGGI DI SISI ALLAH..
Adil bukan? Subhanallah..


Apa yg nak di sampaikan mengenai hadis di atas tu sekadar peringatan kerna 
WANITA yg KELUAR dari FITRAH lah mengundang mereka masuk ke neraka..
Kerana PESONA dan DAYA TARIK wanita lah mengundang mereka masuk ke neraka...
Kerna AURAT kau PANDANG TEMEH lah yang mengundang mereka masuk ke neraka


Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan
 tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda : 

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” 
(Imam Muslim)

Oleh itu wanita, simpanlah SENJATA PESONA itu di depan lelaki
seberapa yg terdaya olehnya, kasihanilah mereka.. 
supaya mereka xterjerumus ke dalam malapetaka dan kemaksiatan. 
Jgn pula kita mengundang KEMURKAAN ALLAH yg begitu DASYAT
 seperti berlaku pd zaman2 nabi dahulu kala..
Nauzubillah.. :(

Akan ku berpesan-pesan sesama hamba2 Mu,
terutama wanita yang masih leka dek nafsu duniawi..
Aku penah melalui jalan2 yg penuh dosa itu,
Bukan niat ku ingin riak dan ujub,
tapi sekadar pengetahuanku terhadap jalan hitam itu masih ada..


Wanita solehah itu AURAT DIJAGA,
PERGAULAN dipagari,
Sifat MALU pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya.

Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada KEMANISAN BICARAnya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya BERMAIN LIDAH,
 MEMUJUK RAYU bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada BARANG KEMAS atau perihal orang lain,
Tapi pada PERJUANGANNYA meningkatkan MARTABAT AGAMA.

NAFSU mengatakan wanita cantik dengan PARAS RUPA 
yg indah bak permata yg menyeri alam,
AKAL mengatakan wanita cantik atas KEMAJUAN dan
KEKEBALANNYA dalam ilmu serta pandai dari segala aspek.

HATI menyatakan kecantikan wanita hanya pada AKHLAKNYA,
Itupun seandainya hati itu BERSIH untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan KECANTIKAN LUARAN ,
kerana satu hari nanti ianya akan LAPUK di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah KECANTIKAN DALAMAN ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat RAHMAT ILAHI.

Wahai wanita jangan berbangga dengan ILMU DUNIAWI yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas KEKURANGAN DIRIMU,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan JODOHMU,
Kerana MUSLIMIN yg BIJAKSANA itu tidak akan 
terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya.


Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi KELUARGA ,BANGSA DAN AGAMA.

Salam perjuangan untuk SAHABATKU.
Wanita solehah.

“Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah”

Love Note : 

Mohon maaf penggunaan "aku" di atas jika mengundang sedikit kekasaran..
  Mungkin penggunaan "aku" lebih selesa di gunakan 
bila kita memohon di dpn Allah bukan?

Semua yang baik datang dari Allah, semua keburukan datang dari saya sendiri..
Mmg saya xpandai berkata-kata indah,
 cukuplah sekadar tinta ini datangnya ikhlas dari hati saya ini..

Ramai kawan2 pertanyakan bagaimana perubahan boleh berlaku..
Semua datang dari Allah.. 
insyaAllah saya akn berkongsi jika Allah pertemukan kita lg..
Biiznillah...

Selamatkanlah diri kamu dari neraka walaupun hanya
 ( bersedekah) dengan secebis kurma. (Imam al-Bukhari)


Buku dalam proses nak abeskan, tapi xabes2 lagi nak khatam sbb tebal sgt 600ms..
InsyaAllah bermanafaat.. Moga dipermudahkan..
Bagi lah kekuatan hati dan kekuatan jiwa..
Aku xmahu lg TERTIPU dgn bicara manis manusia..
Peace no war!


Wallahualam..
Ma'asalamah...


Sunday, December 11, 2011

:: Program Sana Sini ::

Assalamualaikum...
Hampir 2 weeks rasanya da lama xupdate blog..
tersangat bz dengan programs n lots of personal works..

Alhamdulillah malam ni diberi kesempatan nak sharing a few picca.. 
Xsempat nak menaip panjang2 tuk sharing info / ilmu yg diperolehi..
InsyaAllah ad masa nnt kan repost balik.. =)

Sharing is Caring..

Program : Islamic Student Convention (I-CON)
Theme : Towards Revitalizing The Role of Graduates of Islamic Students
Venue : Experimental Hall, IIUM
Date : 4th December 2011
Organizer : Islamic Revealed Knowledge and Heritage Student's Society 2010/2011
Main Sponsor : JAKIM

Time ni xde org depan, so take a chance duk depan tuk 
berkat sket ilmu kata org..
So senang la sket saya nak snap pic kan? =)

Welcoming Speech / Opening Remark
Launching Caremony by Ustazah Ramlah (JAKIM)




1st Forum : Students and Politic in Islam
Module 1 : The Role of Islamic Students in the Context of the Crisis of the
 Contemporary Civilization
Speaker : Ustaz Mohamad Zamri b Mohamed Syapik (MAIS)



2nd Forum : Islamic Finance System in Malaysia
Module 2 : The Relation Between Islamic Economy and World Economy
Speaker : Ustaz Dr. Zaharuddin bin Abdul Rahman (UIAM)


Di sebabkan khusyuk sangat dengar ustaz zaharuddin bagi ceramah, 
xsempat nak amek gambar.. Huhu
Upload muka ustaz pn , kira ok la kan..


Module 3 : Politic in Islamic World
Speaker : Ustaz Dr Roslan bin Mohd Noor (UM)



Module 4 : Pelajar Islam : Bina Perkembangan Negara dan Bangsa
Speaker : Ustaz Jamali bin Mohd Adnan (KPP, JAKIM)


Second Program : IIUM Berselawat
Venue : Main Auditorium UIAM
Date: 5 Dec 2011 ( 8pm- 10.30pm)


Selawat / Talaqi by Al-Mawlid / In-Team n smua audience




Sedang berselawat, ternampak balloon gas "Angry Birds" melekat kt ceiling audi..
Comel pn ada.. 4 balloons smua.. =)


1st Speaker : Ustaz Azhar Hashim Al - Hadrami


2nd Speaker : Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid



3rd Program : Hari Inovasi

Date : 24 November 2011 ( 9am - 1pm)
Venue : Main Auditorium, Jabatan Muzium Malaysia

Ceramah : Memperkasa Budaya Inovasi
Speaker : Dr. Haji Fadhilah Kamsah

Gambar xberapa nk clear sebab datang lewat..
Dan dduk pn tengah2 belakang sket..

Mostly motivasi dari dr.fadhilah kamsah ni best sangat2..
First time dengar da dapat aura semangat tuk diri sendiri utk terus melakukan perubahan
ke arah positif.. Alhamdulillah.. =)
Dapat byk ideas / pengetahuan ttg how to develop ourself...
Erti kata tuk melakukan perubahan terhadap diri sendiri, org lain dan negara..





4th Program : Upin Ipin Exhibition
Date : Now - until 31 Dec 2011
Venue : Muzium Negara

Ni more to santai..
Happy dapat tgk depan mata sendiri camne designers produce smua barang2
dalam cite upin ipin kpd real one..
Jom ramai2 pegi exhibition ni..
Seronok sangat2 lebih2 tuk golongan kanak..
Ajak adik2 n bdk2 kecik semua =)












Akan continue dengan post2 yg bermanafaat lg..
InsyaAllah.. 
Moga Allah memberi masa yg terluang lg..
Maaf xdapat nak explain panjang2 sebab kesuntukan masa sgt2..
Moga Allah pertemukan kita lg.

Wallahualam.. Selamat Malam!
Ma'assalamah... =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...