Friday, October 28, 2011

:: Ya Allah,Rindunya Tangisan di Mekah ::

Assalamualaikum..


Ya ALLAH...
bila teringatkan Mekah, video ini la sebagai peneman saya..
Walau xpenah bertemu mata dgn imam Mekah iaitu Sheikh Abd Rahman As Sudais, ckup la sekadar mendengar suara beliau.. 
Dgn mendengar alunan suara pn pasti hati tenang n air mata  pun terus mengalir..
Ya Allah, ampunlah dosa2 ku..
 Setiap hari saat aku melakukan dosa.. 
Hinanya aku disisi Mu.. =(
Sama2 la kita amin kan doa qunut...




Love Note : Alhamdulillah sedang meng'upgrade'kan kekuatan dalaman.. =)

Monday, October 24, 2011

:: Istikharah Cinta ::

Assalamualaikum..
Malam2 ni saya rasa terpanggil plak nk upload 1 video ni sblm tidur..
tuk tatapan semua yg bakal membina mahligai impian..
InsyaAllah.. 
salah satu lagu yg dpt membri bimbingan kpd sesiapa yg ingin mencri pasangan hidup di dunia dan akhirat...


Istikharah cinta by Sigma.. =)

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi :)
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu :)
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman :)
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia :)
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


conclusionnya...

"Sesungguhnya aku menCINTAimu kerna AGAMA yg ada padamu, dan jikalau AGAMA itu hilang pada dirimu, maka hilanglah CINTA ku padamu.."

"Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan dgn pnjg lebar, namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu dgn keteranganku sendiri.."




Love Note : Mood saya skrg semakin baik.. Ya Allah terima kasih kerna bagi peluang tukku terus hidup di dunya ni lg tuk terus bertaubat dan membaiki segala kelemahan diri.. Ya Allah.. dgrlah rintihan kami.. Aku takut ya Allah akn azabnya ketika mencabut nyawa.. Walau aku diberi hidayat dan petunjuk serba sedikit merasainya, namun aku tahu ia blum cukup perit sebagaimana yg sebenar.. Allah.. aku takut azabMu.. Azab api nerakaMu.. Azab dikubur.. Azab ketika hendak mati, Terutama azab jika aku tergolong bsama golongan di neraka ya Allah.. Nauzubillah! :'(


Semoga aku dikurniakan sebuah keluarga yg bahagia dan diredhai sebelum aku meninggalkan dunia yg fana ini untuk meneruskan hidup di alam lain.. ya Allah.. aku pasti aku takut akan MATI..!! ='(
Cukupkan amalku ya Allah? Aku tenang bila aku bercakap dgnMu begini.. Aku tahu, amat susah untuk aku melihat dirimu di akhirat nnt. Malaikat yg ingin melihatMu juga perlu berlapis beberapa lapisan untuk bercakap dgnMu.. aku bagaimana ya Allah? di manakah aku ketika itu? Allah............ ='(


Sunday, October 23, 2011

:: Cintailah PemberianNya ::


Assalamualaikum.. 

"Lelaki soleh yang benar-benar soleh tidak bermain kata-kata manis pada wanita-wanita sebelum tiba masanya. Anda tahu kan bilakah masa dan ketikanya untuk meluah kata cinta, berjanji setia, bermanja bermesra, kan? Ya, bila cinta bersemi dari akad yang sah." ♥


Ya Rabb,
Jika ada 2 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya,
Jika adg 10 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya,
Jika ada 100 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya..

Dan jika hanya ada 1 pilihan & tidak ada dia dalam pilihan itu,
Maka, aku pun akan menerimanya sbg PEMBERIAN TRBAIK dari-Mu,
Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan,
Buatlah aku setia pada pilihanMu,
Buatlah aku menyayangi pilihan yang Kau amanahkan..

Love Note : Ya Allah, kini aku berserah hanya padaMu..
Aku tidak lg mampu untuk berfikir dan merancang..
Kerna smua telah tertulis di Luh Mahfuz...
Semua yg dtg hanya datang drMu..
Aku hanya berdoa padaMu,,

Hanya pintaku..
Dekatkan dia jika dia terbaik padaku..
Jauhkanlah dia jika dia bukan untukku...
Kurniakan aku seorang lelaki yg terbaik untukku,
Yang sentiasa mendorong / membimbingku kearah kebaikan..
Yang selalu menurut perintah n suruhanMu..
Yang dapat membawa keluarga n aku ke SYURGAMu YA ALLAH.. =(
Bagilah aku kekuatan.. untuk menempuh hari.. kian hari kian berat ujian yg dtg ke atsku..

Aku tahu ujianMu tidak akan membebani seseorang itu melainkan ssuai dgn kesanggupannya..
Ya Allah aku terima ujianMu dgn ikhlas..
Dgn pengharapan di sana nanti aku dikurniakan ssuatu dariMu...
Ya Allah.. cintaku padaMu xpenah lesap..
Ku harap juga cintaMu padaku tidak pnh hilang...
Ya Allah.. terima kasih.. ='(

Tuesday, October 18, 2011

:: Hari Kehidupanku ke 22 ::

Assalamualaikum.. =)

Walau da seminggu lbh berlalu terasa nk update jugak..


Special thanks to all my family and friends yg sudi bg 
wish my birthday berserta dgn doa2 korang..
Walau benda tu org rasa simple je, tp saya appreciate sgt2.. 
Kata org, kata2 tu ibarat doa.. 
So thanks a lot for ur prays guys! =')
Moga Allah sahaja balas jasa baik korang.. Aminn..

Bagi kawan2 yg baik hati lagi cakna bg saya presents tu korang mmg sweet sgt2..
Yerla umur da 22 da tua da xterasa pn ad org nk bg presents..
Thanks to my cousins mlm b4 my bestday tu pegi stabaz..
detiknya b4 kul 12am tu Fathanah hadiahkan sy gelang tu..
comel kan? heheee... ada nama saya.. =) suka sgt2!
Rasa nk menitik ke airmata ni.. tp tahan je.. =)
InsyaAllah saya akn jaga baik2 hadiah korang bg tu..


Bagi kwn2 yg bagi saya Mira yg bg chocolates kat chocolate fair
and Syahir bg sy waffles kat stabaz (terpaksa bayar :)) 
tu korang pn sweet lg baik hati gitu..
Mcm tahu2 je saya ni makan banyak..
Terima kasih bagi perut saya ni kenyang..
Hari kehidupan saya pn makin ceria.. =)

Love Note : Saya sayang korang semua! :-* U made my day!



Monday, October 17, 2011

:: Fahamilah Wanita Wahai Lelaki ::

Assalamualaikum...

MoodMuhasabah diri...
Byknye diri ni terlalai..
Mungkin aku tersalah langkah... 
Ya Allah.. tuturlah kata-kataku... langkahku agar semakin hari semakin dekat ku padaMu..
Aku takut akan azabMu ya Allah.. Aku pasti itu ya Allah ='(
Oleh itu....
Wahai Lelaki.. Mengertilah aku............................kerna seorang wanita..


Kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku
Kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku
Kerana aku wanita 
air mata teman setiaku
kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
Kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku
Kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

Kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
Kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
Kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya..


WAHAI ADAM,
Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.
Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Love Note : Makin hari makin tertanya2 walau saya cuba tuk melupakan...
Apa istimewanya kami wanita wahai lelaki?
Jika kamu inginkan kami, buatlah n bertindaklah dgn cara yg berhemah..
Bukan dgn cara yg boleh membuatkan kami terjurus kpd dosa..
Kami insan yg lemah.. Kami xnak hanyut dgn mainan lelaki..

Ya Allah, aku keliru.. 
kenapa semakin hari dtg n datang.. 
Datang ibarat silih berganti...
Adakah ini ujian? 
Utk melihat akankah aku hanyut bersama lelaki?
Nauzubillah...

Hanya yg aku pinta padaMu Ya Allah..
Siapakah yg terbaik ya Allah.. 
Tunjuklah yg terbaik dimataku..
lebih2 lg ia adalah terbaik di mataMu..
Amin.. 
........................................................

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)


Saturday, October 08, 2011

:: Bukalah Hijab antara Kami Ya Allah ::

Mood : Berfikir dan terus berfikir...

Ya Allah...............................
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui.. Maka tunjuklah aku petunjuk yg sebenar Ya Allah..
Aku insan yg lemah Ya Allah...

Aku sedang bersedih ya Allah...
Walau dia hadir secara tiba tiba ya Allah..
Aku merasa sebsr gunung pertanyaan bermain di mindaku..


Dari mulutnya yang berbicara................ aku resah...
Dari kata-katanya................ aku  keliru...
Dari mimpi-mimpiku.............. aku terasa kosong...
Dari kelakuannya di alam maya.............. aku ragu...

Adakah...
Aku bukan untuk dia?
Hati dia bukan utk aku?
Aku redha Ya Allah.. 

Namun..
Aku lihat hatinya pada si dia..
Aku lihat kesungguhannya utk si dia..
Aku merasa betapa dia memerlukan si dia..
Adakah aku hanya peneman..
Peneman utk mengubat hatinya yang lara kerna Cinta..

Tapi..
Aku xpernah menyesal..
Aku xpernah kecewa..
Aku xpernah marah...
Aku xpernah membenci dia..

Malah...
Dia mengajarku erti semua ini..
Memberikan aku pengajaran di antara kita..
Andai benar apa yg terbuku dibenakku..
Aku pasrah.. 
Aku doakan dia slalu..
Walau aku xpernah mengetahui sejarah silamnya bersama si dia..
Aku lihat dia pasti dpt pengganti yg terbaik..
Kerna aku xpernah layak bersamanya..




Ya Allah, aku wanita yg lemah..
Wanita yg xlayak bergelar solehah..
Tapi aku terus cuba n mencuba utk mjadi  wanita yg terbaik utkMu..
Bukan utk dia..

Xsemesti kita dpt apa yg kita sayang..
Ya Allah.. jauhilah aku dgn permainan syaitan yg melalaikan..



Adakah ini Cinta?
 Kini Cinta aku pada Allah.. bukan utk manusia...
Bagi lah aku masa wahai lelaki..
Jauhilah aku.. 
Peliharalah pandanganmu wahai lelaki..
Aku wanita yg senang hanyut..
Aku mohon kekuatan Ya Allah..
Jika aku tidak kuat, kau utuskan lah aku
seorang lelaki yg halal bgku.. 
yang rela bersamaku di waktu susah, hiba dan sakit ..
yang rela menerima kekuranganku..
yang rela berjuang tuk mendapat Redha Allah..

Allah.. kau buka kanlah hijab antara kami...
agar aku bisa melihat.. keikhlasan dia........
Amin.. 
='(

:: Seorang Wanita Bergelar Ibu ::

"Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki."




Cukup indah ciptaan manusia..
cukup kagum bila tgk video ni..
Allahu Akbar.. 
di sini lah bermulanya kita diciptakan..
disini lah bermula2 kehidupan seorang manusia bernama hamba Allah..
Harap saya diberi kekuatan utk menjalani kehidupan seorang wanita.. 
dan bakal yg bergelar seorg ibu..insyaAllah..
Semoga saya diberi peluang n umur yg panjang utk menjadi seorang ibu..
Itulah fitrah naluri seorang perempuan yg semulajadinya bersifat penyanyang..
Moga saya dikurniakan anak anak yg soleh n solehah..
Suami yg soleh..bisa mendidik kami semua ke jalan Allah..
Keluarga yang bahagia.. dan diredhai Allah... 
Amin.. =')

Wednesday, October 05, 2011

:: Semua Yang Baik Dtg Dari Allah ::

Assalamualaikum..

Mood amat busy skrg dgn kerja praktikal skrg di Jabatan Muzium Malaysia.. Perlu siapkan diary sheet n report n mcm2 lg.. Ya Allah bg la aku kekuatan.. Jgn biarkan aku bersama dgn perasaan malas dan lalai.. Allah.. penatnya saya..

Terima Kasih Allah setelah sekian lama saya panjatkan doa di Makkah sampai la di Malaysia, saya tlh diberi kekuatan utk berubah.. Terima Kasih kawan2 kerna setia di samping saya walau byk nye liku terpaksa saya redah bersama2 mereka. Moga Allah sahaja balas jasa mereka.. Aminn... =)

Mood practical : Penat teramat coz terpaksa bangun awal pg. Basahi dgn air sejuk bak dr gunung.. Plg bahagia ketika berhadapan dgn Allah ketika insan lain masih dibuai mimpi.. Allah.. xdapat sy ungkapkan dgn kata2.. =')

Tiada halangan utk berpakaian sebegitu.. Bekerja ttp bekerja. Saya kena kuatkan semangat n kuat utk berhadapan dgn pelbagai rintangan itu.. Namun saya juga perlu menjaga pandangan dr pihak tertentu. Saya akn terima dgn hati terbuka.. Jauhkanlah kami drp salah sangka n fitnah ya Allah...

Tak de halangan nk drill pape pn!

Walau purdah diketatkan pemakaiannya di sini,
 namun still bleh digantikan dgn face mask!
 Pape pn halangan, saya bisa mengharunginya andai Kau bersamaku..

i love my senior sisters! Kak Fana n Kak Dida! =)
 (at muzium negara, celebrating riang ria aidilfitri)

Berkatilah mereka Ya Allah.. 

Love Note : Sesunguhnya praktikal ini mengajar kami erti persahabatan dan 
menjadikan diri ini semakin matang utk melalui rintangan 
dan halangan demi utk mencapai keredhaanMu.. 

Ya Allah, peliharalah kami di bawah jagaanMu.. 
Sesungguhnya mereka lah temanku yg sentiasa bersamaku.. Aminn.. =)



Istiqamahlah wahai Aisyah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...