Thursday, April 18, 2013

:: Ummat Terpilih Hamba Beruntung ::

Assalamualaikum.. pembuka bicara bg tahun 1434hijrah.. Terasa lama ana tinggalkan blog ni..

Menuju arus 2013/1434H, alhamdulillah banyak kemudahan dan  juga kesulitan yg Allah bagi. Semuanya nikmat.. Tiada nikmat jika tiada ujian.. Bagaimana nk merasai BAHAGIA, jika belum berhadapan dgn KESEDIHAN? InsyaAllah mohon Allah redha segala yg telah, sedang dan ana kecapi kelak..

Terasa kepenatan, tp ana bersyukur dijodohkan dengan kerja melibatkan ummah.. Terutama dengan biah solehah dan islamic, bonus jgk bg ana.. Melihat newfeeds di facebook, Allahhhh.. mereka ke majlis ilmu itu, ini, sana sini, tp ana? Teringin nk kembali ke zaman UIAM Gombak. satu2 uni yang byk mengajar erti perubahan, erti hijrah, erti cintaNya, erti ilmu itu sendiri pd ana..Tiap kali menyebut majlis ilmu, tentu ada shj airmata akan keluar.. :'(  biar Allah sahaja yg tahu..

Sambungan cerita Humaira'................................

Umur sudah menjangkau 24tahun.. Masih ada beberapa baki tahun/bulan/minggu/hari/jam/minit/saat untuk kembali padaNya.. Walau hati sudah ingin berhijrah kpd peringkat yg lbh baik, namun Allah belum memberi rezeki padaNya.. Masih bersabar insyaAllah, sesungguhnya ALLAH yg Al-Razzaq.........

Bersambung...


Rindu pada meja ini.. Walau xterurus dek buku2 bacaan dan design2 yg melambak2.. tp mmg rindu sgt2... :"( 



Saturday, December 08, 2012

:: Petanda Dari Allah ::

Assalamualaikum wbt.... 

Alhamdulillah, alhamdulillah setinggi2 kesyukuran aku panjatkan kepadaMu Ya Allah.. Semoga kita semua sentiasa berada di lembayung rahmat Allah..

Maaf sgt2 sebab entry kali ni saya terpaksa menggunakan "aku" instead of "saya".. Maaf kalau nampak sedikit kasar... Sebenarnya dah lama nk post pasal entry mimpi ni, tp oleh sebab2 tertentu, terpaksa pending agak lama.. Hanya sorang je tahu mimpi ini, iaitu sepupu rapat saya, mardhiyyah.. Maybe xpenting sgt posting ni, tp semakin hari ia menganggu saya.. sampaikan xtau apa yg patut sy buat after this... hmm..

Mimpi.. Kematian.. semakin hari, aku merasa ia semakin dekat je, tetapi aku tahu ia tetap menjadi rahsiaNya.. Allah, malam ni airmata ku mencurah2.. Walau aku nak rahsiakan perasaan malam ni, tp aku tetap mahu berkongsi.. Semoga entry ni dpt menjadi memory kepada keluarga, kawan2 yang aku btul2 sayang.. :'( Maafkan syah, syah banyak sgt2 dosa dengan awak2 semua, especially ummi n abah.. T.T

Mimpi.. semakin hari aku mendapat banyak mimpi.. Especially last month, berderet mimpi pasal kiamat sahaja.. Aku ingatkan dalam mimpi tu real, sampaikan dalam mimpi tu aku rasa menyesal teramat sangat hidup kt dunia ni xbetul2.. xikut apa yang Allah nak.. xtingkatkan amal betul2.. arghh!! sedih sgt2..

Setakat aku belajar di matric uia dulu, terdapat byk jenis mimpi.. Mimpi datangnya dari Allah dan juga syaitan n lupa da.. Aku anggap kesemua mimpi ini sebagai peringatan kepadaku.. supaya aku lebih sedar dan berhati2 melangkah di dunia ni.. xkisahlah ia dtg dari sumber mana pun, tp aku amek mana yang positif, supaya skrg, aku tumpukan pd amal dunia yg boleh memberi saham di akhirat kelak.. Terima kasih ya Allah..

Segala gambaran yang saya bagi dalam entry ni semestinya tidak seperti gambaran yang real. sebab gambaran Allah semestinya lagi dasyat n menakutkan... yeah, indeed..


----------------------------------------------

Mimpi pertama 

Aku mengejar kanak2 yang sedang riang berlari..  Semakin aku kejar, aku terpaksa mendaki bukit.. Time tu abangah pun ada... Aku bgtau abangah supaya berlari bersama2.. Sedang happy berlari2, Allah, bila aku pandang ke belakang, aku melihat air ombak tinggi sgt2 nk jatuh ke atas aku.. mcm tsunami.. aku berlari lagi laju and tinggal semua kanak2 td.. aku berteriak kt abangah supaya lari sama2.. aku xnak sape2 pun mati time tu.. bila aku panjat btl2 atas puncak bukit, ingatkan da selamat, rupanya2 ombak tsunami datang dari 2 arah.. baru lah aku sedar rupanya2 hari itu adalah hari kiamat.. sbb dari puncak bukit tu aku nampak semua bumi da musnah, tinggal aku je yang blom.. belum sempat aku mengucapkan kalimah syahadah.. dan sudah tentu aku belum sempat bertaubat.aku dihanyutkan oleh ombak tu... :( begitu cepatnya ajal datang.. belum sempat apa2 aku berbuat apa2..  endsss... T.T


Mimpi Kedua

Time ni aku bermimpi aku berada di mahallah (hostel) UIA.. Tp suasana agak berbeza sedikit.. sedang khusyuk2 berbual dengan kawan2, tiba2 bangunan bergoyang2.. seriously bergoyang2 mcm buaian laju.. time tu cuak sgt2 sebab xtau apa yg berlaku.. adakah sbb gempa bumi or kiamat? time tu mmg aku ingat real, bukan mimpi.. tiba2 je tanah terbelah menjadi banyak belahan.. Bwh belahan ku aku ternampak api2 mendidih (kelihatan mcm liquid), mungkin ni lah api neraka yang kita sering dengar skrg.. satu persatu belahan tu akan jatuh di makan oleh api neraka tu.. :(

Allah, mmg time tu aku menangis je.. aku masih duduk halaqah bersama kawan2 aku sambil berpegangann tgn kesemuanya.. aku ajak kawan2 mengucap kalimah syahadah berpuluh2 kali supaya Allah mendengar akan diterima taubat kami.. tp time tu semua da menangis,ada yang berteriak., aku gagahi lg agar mulutku tidak terhenti selagi mana ajalkan belum diambil oleh Allah.. Aku membaca doa2 taubat, istighfar, zikir.. tiba2 tanah yang aku dan kwn2 duduk jatuh ke dasar api.

Seluruh badanku masuk di dalam api neraka (mcm liquid - ibarat mcm lemas dalam laut).. time tu aku belum mati, tanganku masih berpegang pd tangan kwn2 aku yang lain.. hanya tunggu mati kelemasan je.. Semasa aku jatuh ke dalam air ni, aku baru perasan air itu berwarna biru, tp tidak panas.. aku menangis sampai di luar mimpi//aku tersedar, aku berfikir sampai skrg, apa perlu aku buat ya Allah....??



Mimpi KeTiga

Aku mimpi berada dalam keranda.. bukak2 mata terus berada di dalam keranda. ibarat aku mati ketika tidur.. aku ingatkan bangun2 still atas katil.. time tu aku terdengar bunyi tapak kaki (xclear sgt, seolah2 some1 datang dekat aku).. time tu aku terus tutup mata.. aku takut, aku xnak terima hakikat time tu aku dah mati.. sebab aku tau itu adalah kehadiran malaikat munkar nakir.. Allah, time tu aku cukup cukup n cukup takut n gementar.. aku takut malaikat yang serba hitam n muka yg menakutkan yang akan menyoalku nanti.. aku meminta doa pada Allah dengan keadaan mataku tertutup supaya malaikat yg dtg tu ialah dengan keadaan yg baik (pakaian serba putih n tersenyum).. Belum sempat aku membuka mata, aku dah tersedar dr mimpi... syukur sgt2 bukak2 mata aku masih hidup.. aku perlu buat sesuatu ya Allah... T_T

------------------------------------------------

Mimpi2 yang aku alami ni semuanya xsemua berakhir dengan baik.. banyak lg mimpi2 pasal kiamat aku dapat.. sebelum ni dah ada aku post kt blog ni pasal cmne aku menerima buku amalan aku yang sikit sgttttt2 amal kt dunia..

Objective pertama saya menulis cerita ni supaya saya tidak MENYESAL kali KEDUA.. iaitu menyesal ketika aku betul2 mati.. almost semua dalam mimpi tu, selepas je "kiamat", aku baru tersedar yang aku belum buat banyak lg amal soleh, belum banyak bersedekah, belum banyak buat sunnah Nabi, selawat n whatsever yang berkaitan dengan pahala... seriously i mean it.. saya xnak semua muslimin n muslimat yang ada kt dunia ni merasai benda yang sama mcm saya rasa dalam mimpi tu..

So sekarang, saya minta sangat2 termasuk diri saya sendiri, kita sama2 berhijrah.. hijrah lah walau sedikit tp yang boleh membawa kepada kebaikan.. ayuh kita mulakan segala kerja kita dengan bismillah.. niat kerna Allah,insyaAllah kita akan merasai kemanisan bila berbuat sesuatu dan rasa nak buat, buat n nak buat lg.. perlu ada pada setiap kita azam untuk sentiasa mengajar dan mengajak org lain kpd kebaikan..

Jika kita pandang sekitar kita, sebenarnya banyak sgt Allah lapangkan pada diri kita untuk buat pahala.. cuma kita je xnampak..contoh skrg bila di rumah, saya bersama umi n abah.. bagaimana nk perolehi pahala? umi selalu mitakmengurut, masak, n buat segala kerja rumah, sudah tentu semua tu adalah pahala bg kita..

Jika anda berada di kelas, skolah n mana2 sahaja, carilah sumber pahala, pastikan ia halal.. insyaAllah, insyaAllah dan insyaAllah... terakhir skali, saya takut sangat2 jika Allah tanya saya kelak betul2 pada hari kiamat... 

"Aku dah tunjukkan engkau dengan pelbagai petunjuk (hidayah / mimpi), tapi engkau masih lg berada pada level yang sama,, sungguh engkau seorang yang rugi!!"

Saya tahu sekarang.. saya perlu bertindak sekarang.. "YA ALLAH, ya Allah, ya Allah, ya Allah, janganlah engkau pesongkan aku setelah engkau memberikanku hidayah.. "

Buatmu muslimat, please, please and please, jagalah auratmu, jangan balut auratmu.. kadang2 saya sedih dan menangis bila melihat sahabat2 muslimah yg membuka aurat.. tahu x, auratmu itu adalah maruahmu.. xmalu kah kamu seolah 'menjual' maruahmu dengan lelaki2 ajnabi.. seolah2 kamu tiada harga (maaf, kasar sgt2..) kamu kena tahu, akhirat kelak auratmu itulah yg pertama yg akan dijilat terkena api neraka.. tahu tak berapa celcius panas api neraka berbanding kt api kt dunia ni? tolong la muslimah.. sbb auratlah wanita yg plg ramai di neraka kelak.. hijrahlah dahulu dengan memakai pakaian yg menutup aurat.. jika tiada ilmu, tanyalah ustaz / ustazah / kwn2 yg lebih arif ttg agama.. tolong... cari lah sumber ilmu ttg aurat yang sebenarnya.. bukan sekadar tahu aurat pakai tudung, tp kaki, tangan,mulut, hati dan semuanya..  sebelum semuanya terlambat..! kalaupun kiamat masih lambat lg, tp ajal xpernah lambat.. tolong muslimah! saya merayu sgt2... peringatan utk saya jugak, kdg2 saya masih lalai... T.T




# Maafkan saya ayat amat berterabur.. xsempat nk baca balik n edit.. Maafkan saya sekali lg.. (sambil dengar lagu menanti di barzakh / fareast)... Moga kita semua beroleh manafaat.. 

Assalamualaikum wbt.. 
selawat dan salamm ke atas nabi Muhammad SAW dan keluargaNya.. 
 La ilahaill Allah.. 



Monday, October 22, 2012

:: Kita Yang Teristimewa ::


Assalamualaikum wbt.. Salam 6 Dzulhijjah!
Moga kita semua sentiasa di dalam naungan kasih sayangNya..

--------------------------------------------------


Renungkanlah.. Mengapa memperdagangkan diri merata2?
Mengapa menjaja cintamu untuk hiburan semata2?
Bukankah lebih baik menjual jiwamu kepada Tuhan?
Kerana Dia pasti sudi membeli jiwamu itu,
Dengan harga yang paling mahal…
 
Cinta itu suatu kuasa..
kerana ia terletak dalam hati, raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri…

" Hati ini sering tertanya-tanya...
Suatu perjalanan yg belum pasti di mana dan bagaimanakah pengakhiran hidupku..
Kaki ini dipinjam olehNya.. Tapi sebanyak manakah aku gunakan utk menghampiriNya?
Kaki ini ada tahap kayuhannya,
Kadangkala laju bagai ingin mengejar sesuatu bila aku mabuk dgn cintaNya..
Kadangkala sederhana bagai hanya keterpaksaan tuk sampai ke suatu destinasiNya…
Kadangkala kaki ini berhenti, kerana terlau penat dengan mehnah ujian dariNya.."

-----------------------------------------
Kita Yang Teristimewa..
> (Surah Al-Imran :10)

Dalam gema Islam.. Kita adalah insan yang terpilih.. disebut dalam Al-Quran dengan mulia. Hargailah peluang itu sebaiknya..

Saat ia bermula.. Alhamdulillah.. mari kita ucapkan kalimah syukur ini berkali2.. Hayati bait2 maknanya.. Maka ia akan turun ke hati.. Hati pasti akan tenang.. Allahu Akbar… biarkan ia bergema di dalam hati.. Bersyukur kerana 1 rahmat besar diizinkanNya turun kpd kita, iaitu dilahirkan sebagai seorang yg beragama Islam…

Ana seorang perempuan. Dan juga seorang yg beragama Islam. Maka ana ialah seorang muslimah. Ada orang membantah, katanya "aku tidak warak jadi xlayak digelar muslimah..!" Usahlah sensitif sangat, kerna muslimah itu perkataan arab, iaitu bermaksud perempuan yang beragama Islam.. Term "muslimah" ni tidak ada kaitan pun dengan warak atau tidak warak. Lainlah jika perkataan "mukminah". Iaitu perempuan yang beriman dan warak... Allah, jauhnya diri ini dibandingkan dengan maksud itu..

Untungnya menjadi Perempuan..

Pertama, kerana paras rupa anak perempuan biasanya cantik. Ya, semua ciptaan Allah cantik2 semuanya kerna Allah mmg suka akan kecantikan.. Anak perempuan juga biasanya manja dan juga inginkan perhatian. Selain itu, ibubapa juga tidak pernah terlepas pandang melihat dan memilih pakaian yang menutup aurat utk anak2 perempuannya..
Bila rujuk balik sirah2 baginda, lihatlah bagaimana Rasulullah amat mengasihi anak perempuannya iaitu Saidatina Fatimah r.a.. Baginda mendidik anak2nya itu dengan penuh kasih sayang, Sehingga sesudah berumah tangga pun, Rasulullah saw masih lagi mengunjungi anakanda kesayangannya itu dan mengambil berat terhadapnya.. Allah.. Rasulullah saw is the best man ever!

Jika Fatimah menangis, baginda cepat2 menyeka air matanya. Jika Fatimah penat membuat kerja rumah, baginda slalu ada utk menhiburkan hatinya. Kesan drpd kasih sayang baginda yang bertimbal balik antara anak dan bapanya itu, Fatimah membesar menjadi seorang wanita yang hebat! Kerna beliaulah wanita yang paling kuat membantu suaminya, Saidina Ali ketika berperang dan berdakwah..

 Sesetengah orang akan berkata "zaman dahulu xpelah, zaman skrg suami isteri kerja. xde masa nak tolong 1 sama lain.." Bagi ana, bekerja atau tidak bukan 1 asbab yg utama. Semua adalah dari kita, dari akhlak kita. Walau sesibuk mana pun kita sebagai isteri bekerja luar dari umah, namun bila akhlak itu sudah tersedia ada dalam diri, kita akan berusaha utk membantu suami. Bagaimana? Berusahalah..

 
1. Balik kerja, mungkin akan berusaha balik awal daripada suami.. (kalau balik asing2)
2. Bila suami balik, berusaha utk menyambutnya di pintu rumah. Bukan balik2 terus tidur...
3. Sepenat manapun kita, berusahalah utk tersenyum di hadapan suami. Suami yg balik tension2 pun insyaAllah akan terubat sket bila melihat senyuman si isteri.
4. Berusaha menyediakan makanan/minuman tanpa permintaan daripada si suami.. Mungkin cara ini si suami akan merasakan dirinya dihargai dan dilayani..

Dan seterusnya.. boleh tambah apa sahaja cara2 yg boleh membawa rumah tangga kita ke arah lebih mawaddah wa rahmah.. (atas tu hanya idea ana, xkawen lg xtahu byk sgt)

Bila kita buat semua tu, xde satu sebab pun yang kita inginkan, kecuali ingin ke syurga bersamanya.. Malah Allah SWT juga telah berjanji bahawa Fatimah akan memasuki syurga.. Masha Allah! Adakah kita mampu seperti Saidina Fatimah? adakah ana mampu? Ya! Kita pasti mampu.. Kita mampu jadi sehebat Fatimah.. 
Bagaimana? Contohilah sahaja ketaatan kpd ayahanda, suami, dan Allah! Jalan bahagia di akhirat sentiasa terbentang di mana-mana sahaja..



Usah Menjadi Punca Maksiat

Fitnah yang kekal... Wanita yang dikagumi adalah wanita yang bijak menjaga diri dengan cara melindungkan aurat di sebalik pakaian takwanya. Aurat tidak boleh ditayangkan sewenang-wenangnya kerna menutup aurat itu wajib sejak kali pertama datang haid. Perintah wajib itu sudah termaktub lama dalam Al-Quran.

Fitnah adalah ujian. Ujian daripada wanita kpd lelaki. Ingatlah selalu bahawa lelaki diciptakan 1 nafsu yang kuat. Ia tidak boleh dibendung kecuali oleh iman yang benar2 kuat juga. Jika anda sebagai gadis sunti datang menayang tubuh yang cantik, lelaki mana yang akan menolak?

Melihat facebook zaman skrg, "Saya mendapati ada sesetengah contest2 mengupload gambar...menggunakan model perempuan..dengan cara yang mudah...upload gambar 'secantik' yang mungkin, dikumpulkan contestant, dan bertanding gambar siapa yang paling banyak LIKE... Dan bermulalah wanita wanita memberi link gambar dengan kata2..'itew masuk contest..hope uolzz like gambar ni k.."   Kadang2 siap PM..Allah T_T" # Imam muda fattah

*Wanita..jangan terlalu
mudah untuk mendapat kemasyhuan dunia dengan cara yang salah...biarpun beribu like yang anda perolehi...itu tidak menaikkan maruah anda..*
~Saya melahirkan harapan lebih tinggi daripa gunung everest...TOLONGLAH..jangan biarkan diri anda dieksploitasi..dan membiarkan orang lain bersiul mengeksploitasi anda..~ TOLONGLAH.HENTIKAN.TOLONGLAH.
 
Dulu mungkin juga ana jahil, tetapi bila terbiasakan diri mendengar kuliah2 dari ustaz, Allah.. teruknya diri.. Bila melihat zaman sekarang, kadang2, teringat juga zaman2 dulu.. Tugasnya skrg, kita hendaklah menasihati mereka, bukan melihat tanpa melakukan sesuatu.. Kalau boleh, nak je semua masuk syurga bersama2..! Aamin..
Mudah Hanya Bagi Yang Inginkannya..
 
Seorang yang bernama wanita sebenarnya mudah sahaja hendak masuk syurga, dengan hanya taat kpd Allah dan suami (jika sudah berkahwin). Tetapi perempuan jugalah golongan yang paling ramai memasuki neraka. Ingatlah, ketika Nabi dibawa ke mikraj ke langit, baginda melihat sekian ramai manusia bernama perempuan itu dihumban ke dalam neraka oleh tindak tanduk mereka ketika hidup di dunia.. Salah satunya ialah kerana mereka enggan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram dan lelaki ajnabi..

 -------------------------------

Bila kita melihat sahabat, adik beradik, isteri yang berdosa, pandanglah mereka dengan kasih sayang. Dakwah itu sendiri bermula dengan kasih sayang.Walaupun kita marah, marahlah dengan kasih sayang. Kita tidak bersetuju dengan mereka, janganlah sampai kita pula menutup pintu taubat untuk mereka. Kerana yang boleh sahaja Allah memberi hidayah pada mereka.. dan mungkin sahaja mereka mempunyai amalan tersendiri.. yang dinilai Allah sebagai kebaikan, dan mungkin sahaja amalan itu bisa menghapuskan dosa mereka. Setiap manusia punya bahagian masing2. # Imam Muda Fattah

Tutup aurat pasti selamat dunia dan akhirat. Ana xsanggup melihat keluarga, sahabat2 yang dekat mahupun yang jauh dan tidak ana kenali, terjerumus dalam api neraka. Tinggallah amalan jahilliah.. Jika kita sayang dan inginkan syurga, cubalah tinggal zaman kejahilan kita...  Nasihat tuk diri ni juga. kerna ana juga seperti kalian semua..

Sebarkan kasih sayang dalam berdakwah. Bukan bermaksud tak boleh marah. Tetapi marah itu juga harus berdasarkan kasih sayang kita.. Ukhwah fillah abadan abada...

----------------------------------

Air mataku menitis memikirkan perihal diri...
Dengan 1titisan air hujan turun dan jatuh di atas kepalaku..
Aku mendongak.. aku terlupa bahawa Dia masih di atas sana..
Mengharapkan doa dan hajat dariku.. Allahu Akbar..
Dengan hanya melihat langit yang masih cerah walaupun mendung, 
burung2 berkicauan seperti ingin menghiburkan aku, 
aku kembali damai...

Aku ingin hidup secerah mentari, yang menyinar di taman hatiku.. 
Aku ingin seriang kicaun burung, yang terdengar di jendala kehidupan.. 
Aku ingin segala2nya damai, penuh mesra membuah ceria.. 
Aku ingin menghapus duka dan lara, melerai rindu di dalam dada,,

-------- Lupakan kesenangan dunia yg kadangakala buat kita terlalai seketika..
Harta bukan segalanya... ---------
 
Jom sama2 berselawat ke atas nabi..

 اللهم صل على محمد وعلى آله وصَحْبِهِ وسلِّم
 "Rasulullah dalam sirahMu.. Ku temu tulusnya cinta..
Demi umatMu berkorban jiwa.. Sehingga hujung nyawa"  (T.T)

Hukhuk! Moga diri ini kembali sihat! Take a rest!
--Wallahua'lam--
Selamat berbuka!



:: Kasih PadaMu ::

Assalamualaikum wbt..
Moga kita semua masih berada di naungan kasih sayangNya...

Malam sudah melangkau pukul 4 pagi.. Mata masih lagi mampu bertahan.. Selepas solat maghrib td lepas je baca Al-Quran terus tertidur dgn Quran masih lg di tangan.. Mungkin sbb kepenatan.. Badan pun mulai panas.. Penat masih belum hilang balik Terengganu.. Dengan cuaca di umah ni asyik hujan je daripada pagi td.. Rumah rahmat.. Alhamdulillah...

Sedang khusyuk membuat kerja, mendengar lagu2 nasyid utk memberi ketenangan pada hati ni.. Sejak kebelakangan ni, hati xtenang sgt2.. Lepas puas dgr lagu2 nasyid.. pasang plak selawat2 daripada raihan, saujana, nowseaheart.. Tiba2 rasa sedikit tenang... Allah.. rasa ringan sedikit kepala.. Allahu Akbar..

Lepas tu terdetik nk cari 1 lagu ni.. Selalu je dengar kat radio IKIM.FM.. Walau lagu hanya 2minit lebih sbb download kt youtube, tapi btl2 menusuk hati.. 1st time tahu lagu ni time pergi Terengganu dulu dekat TTC sempena pesta buku.. Kena beli buku sirah Teragung nabi tu dulu then baru dpt CD hafiz hamidun tu.. Tanya2 harga almost rm200 jgk buku tu.. so xjadi nak beli.. Rezeki Allah masih lg luas sbb dpt dengar live lagu ni plak time Hafiz dtg UIAM sempena Nusantara Nasyeed.. Tapi xsempat nak record.. :(

Tibe2 air mataku keluar.. menjurai2 tanpa henti.. Allah, tibe2 hatiku menyentap bila mendengar bait2 lirik lagu daripada Hafiz Hamidun... Kasih PadaMu... tibe2 aku rasa rindu sangat kat Nabi Muhammad saw.. Walau diri ni penuh dosa, tapi hati aku masih ada cinta padaNya.. :(( xdapat nak  menahan nangis skrg! (T.T) ya Rasulullah.............!!



"Kasih Padamu"  (link : http://www.youtube.com/watch?v=0BVKR_Xx7gQ)

Rasulullah dalam sirahMu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi LillahiTaala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahMu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap Menjadi terang 
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah

Membangun Iman dan dilapangan Mujahadah
Dari hadith dan AlQuran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan

Akan selamat di dunia akhirat
Rasulullah Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganMu

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku…..

Allah.. Dia lah segala2nya bagi kami sebagai umatNya dulu skrg dan selamanya...
Dengar lagu sambil baca lirik lagu ni pun da nak menangis.. Betapa sempurnanya Dia.. Betapa agungnya Dia.. :( Aku plak masih lagi leka kt dunia ni.. Masih terbuai.. Masih belum upgrade diri utk lebih dekati Allah.. Allah Lemahnya aku.. Betapa liciknya syaitan.. :'(

Aisyah, kuatkanlah hatimu!
Ya Allah, jadikanlah diri ini sentiasa dalam keredhaan dan maghfirahMu..
Bagilah hidayahMu dan kesedaran kepada sahabat2 ku dan semua umat Islam di dunia ini..
Ya Rasulullah, aku harap suatu hari nanti kita dapat bertemu.. dan aku harap Engkau mampu tersenyum melihat diri ini.. Berilah syafaat kpd kami di hari akhirat kelak.. :'( Aamiin..

Alhamdulillah, harap hari esok dan akan datang dapat memberi 1001 ketenangan dan ibrah bila hanya terkenangkan Dia.. aaminn..

p/s : sape ada jumpa full lagu ni, mohon jasa semua dapat bg link kat ana, jazaakumullahu khair..

Untungnya mereka yg dapat memberi kesedaran kpd umat Islam yg lain dengan create lagu2 kenabian camni.. harap kita yg masih belum memberi sumbangan pd Islam, sama2 lah kita memberi kesedaran tuk saudara2 Islam kita utk kembali ke jalan fitrah dengan cara masing2.. Moga dengan cara itu, dapat mengekalkan pahala malah akan mengalirnya pahala2 itu selepas kita mati nanti.. Allahumma Aaminn..

Tuesday, July 31, 2012

:: Revolusi Hamba Allah : Antara Nikmat dan Ujian ::

Assalamualaikum wbt...  Kaifa halukum?
Moga rahmat n redha Allah sentiasa bersama kita.. ^^
Isi masa lapang sekejap.. InsyaAllah..


Alhamdulillah.. Hari ni masih diberikan rezeki n nikmat oleh Allah utk terus hidup dan menjalani hidup sebagai hamba Allah.. Hari ni 10 Ramadhan.. Pejam celik da hampir masuk ke fasa kedua.. Alhamdulillah segala pujian hanya utk Allah, dialah pemberi rezeki kpd kita since kita belum wujud lg kt dunia ni..

Hobi menaip waktu malam.. Malam ni sedikit sunyi.. hanya saya insan yg masih bertahan kat umah ni.. Dulu masa kecik, time2 maghrib ialah waktu saya plg takut.. Cepat2 saya akan jd pasif.. Hakikatnya saya xpernah bgtau org apa kelemahan saya.. saya mmg takut gelap, bunyi katak, bunyi guruh or petir sampai sekarang.. Sebab? Sebab saya takut sangat2 kiamat.. Thats word "kiamat" selalu berada dalam mind saya.. Teringat darjah 6 saya menangis bawak ketiak teacher saya kat tmpt tuition gara2 takut bunyi kilat.. ^^, Teacher Rahimah namanya.. seorang teacher yg gemar menasihati n manis dgn senyumannya..

Saya suka lihat tangan, lihat jari tangan, jari2 kakiku digerak2kan.. kenapa dia dapat bergerak dgn baik skali.. Xsampai sesaat, mesej terus sampai ke otak utk berfikir dan memulakan pergerakan... Jari2 ku digerakkan.. Jelas kelihatan urat2 biru dan hijau di tangan.. tapak tangan kelihatan pucat sekali.. Sampai ad teman bgtau saya ni xkekurangan darah... Saya lihat plak mata, mulut, gigi, Subhanallah, semua tersusun n yakinlah kitalah sehebat2 ciptaanNya...

Namun, itu pemikiran saya bt masa sekarang.. Dulu, saya xpernah memikir mcm skrg.. Dulu, sampaikan menangis saya melihat ajaibnya ciptaan manusia.. Bukan sbb kagum, tapi takut... Saya takut, sampaikan saya berfikir, kenapa Allah kurniakan roh ke badan saya utk "saya" hidup kt dunia ni.. Kenapa saya dipilih?? Kdg2 terpikir perkataan "saya" ni sebenarnya ditujukan kpd tubuh or roh sebenarnya...?? Saya tahu hidup kt dunia ni hanya pentas lakonan, ibarat kita masuk competition selama beberapa puluh tahun utk maju n selamat n keputusannya sama ada kita berjaya masuk syurga di akhirat kelak atau tidak.. Saya takut diri "saya" tidak mampu dan tidak dapat masuk ke syurga..Terasa berat tanggungjawab ini.. Ya Allah, itulah permikiran saya dulu.. So now kna accept.. kita terpilih sebab kita beruntung.. InsyaAllah.. akan cuba jd hamba Allah yg terbaik di mata Nya..

Saya memang suka berfikir.. Berfikir sampai ke dalam2 nya. Tapi saya tahu bahaya jugak berfikir cam dulu. teringat ustaz kt skolah dulu ckp berdosa kalau kita berfikir beyond our imagination n mempertikaikan apa yg sudah Allah tetapkan.. So skrg, alhamdulillah perspective saya sudah berubah.. Semakin matang nampaknya.. ^^, Jadilah hamba yg bersyukur.. Saya lihat jari, hanya ucapan alhamdulillah kerana Allah masih kurniakan nikmat jari berbanding org yg tiada atau baru kehilangan jari...

Teringat plak kata2 nasir bilal khan cite tanah kubur astro, "Kadang2 mmg beruntung manusia yg mengalami 2 fasa iaitu fasa ketika di zaman lampau yg dan fasa pd alam penghijrahan.. kerana manusia ini akan lg bijak berfikir dan lbh arif, mana yg lebih baik dan buruk kerana mereka telah mengalaminya sebelum2 ni.. Pengalaman pun ada.. Bertindaklah mengikut IMAN... bukan NAFSU..

---------------------------------------------------

Dalam menjalani bulan mulia ini, banyak yg saya boleh belajar walau hanya 10 hari berlalu, alhamdulillah, saya yakin ramai yg tlh mendapat nikmat.. mahupun ujian dr Allah.. Sebenarnya nikmat itu juga adalah salah 1 bentuk ujian dr Allah, kerna Allah hendak melihat bagaimana kita menguruskan nikmat2 kurniaanNya itu.. sama ada dgn cara yg Dia suka atau cara yg Dia murkai.. nauzubillah..

Nikmat / Ujian pertama : Allah bg 'kemudahan' kpd saya, tapi kemudahan yg xpernah saya alami sepanjang hidup bergelar wanita ni.. Banyakkan bersabar, kena banyak bertanya pada yg pakar n agak stress utk menguruskan 'kemudahan' ini lbh2 berada pd bulan mulia ni.. InsyaAllah moga permudahkan semua... Nikmat yg saya dapat utk ujian ini, saya akan 2x ganda lebih menghargai bulan ramadhan, utk terus beribadat.. takut xsempat.. >.<

Nikmat / Ujian kedua : Alhamdulillah, saya jgk tlh dpt kerja since last week tp kena arrange interview dulu as graphic designer.. Perlu memilih antara 3,4,5... Mana yg lebih terbaik utk diri saya, sesuai dgn diri saya.. Lebih2 lagi bekerja jauh, sebagai muslimah.. kena cari umah sewa, Ya Allah.. Moga Allah tunjuk yg terbaik...

Nikmat / Ujian ketiga : Actually bersyukur sgt2 hari ni sebab baru tahu n xsangka termasuk antara 24 calon UIA undergraduate student bakal dpt award tuk convo tahun ni. Alhamdulillah.. syukur.. Sedih n mengewakan jugak sbb saya tlh meletakkan hp merata2 tempat with silent mode... No. yg xdikenali mmg saya xkan angkat.. Conclusionnya, dalam 4,5 number yg saya xknal, salah 1 tu no. opis UIA rupa2 nya call saya.. So hari ni baru check n dpt letter diorang sent by email ari khmis lps lg.. Hari ni amat kalut dari semalam lps  terawih kul 11, sampaikan tghari tadi kul 12 lbh, baru selesai isi form n cocurricular names semua.. Pemilihan hanya 5 org sahaja, kalau rezeki dapat, alhamdulillah, kalau xdapat tetap bersyukur jugak kerna saya hanya ingin gembirakan umi n abah.. ^^,

Nikmat / Ujian keempat : Hari ini yang kalut2, dpt plak 2 calling dari companies hari ni tuk arrange interview.. Perlu ke KL by this week, tp bus ticket already sold out maa.. Hmm.. sedih sangat2 sbb kalau skrg masih kt UIA, myb saya dpt attend semua interview.. So terpaksa melepaskan 2 jobs camtu je.. Niat mmg nak bekerja start1st of august ni.. tapi fikir2 better after raya.. or convo terus bln 10 ni.. >.<

Nikmat / Ujian kelima : Tuk last sekali, ini hanya kebetulan sebenarnya... Allah Maha Memberi Petunjuk, so hari ni baru sy tahu S.I suka ustaz punya anak.. heee.. so bagusla utk dia.. Baru nak bertanya, dia sudah memberikan jawapan..  Mybe tu sign dari S.I tuk saya.. So saya kena faham2 la..


---------------------------------------------------------------

Nothing much to say now..
Hope one day segala nikmat n ujian ini dapat memberikan n merubah diri saya ke arah lbh baik..
"Carilah insan yg lebih menghargaimu.. "
hmm.. akan buat keputusan secepat.. 
insyaAllah raya ni ada majlis kecik2..


Saya perlu usaha lagi n lagi..
Kuatkan diri ini ya Allah.. ^^
InsyaAllah, smile always walau hati ini sakit..
Kerna :) itu tanda kita kuat! :)
 tibe2 saya rindu kak fana n all my studiomates.. :(
terasa ingin kembali ke uia..

sorry kak fana kalau terbaca entry sya, 
sbb terlampau 'pink' n shining sket.. hee :) 
miss u too!!

Selamat malam..
Selamat beribadat n selamat bersahur :)
Maassalamah wa ilalliqa'...Assalamualaikum wbt...



Friday, July 20, 2012

:: Ahlan Wa Sahlan wa Ilalliqa' ::

Assalamualaikum wbt... 
Moga kita semua sentiasa di bawah keredhaan Allah SWT.
Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yg baik dr Allah pg ni..
Smlm penat + migrain tidur pn pukul 5pagi.. 
Ya Allah hanya Allah saje tahu.. sabar itu perlu!
So kena cover buat2 :) n ketawa sket2 bg ilang sakit itu..

Tapi dalam hati.....
Hati bercelaru, serabut, rindu pd yg Esa...
Rindu jgk kat Ummi n abah.. :'(

--------------------------------------------------------

Esok insyaAllah bermulanya mujahadah yg diwajidkan utk semua umat Islam iaitu 1 Ramadhan - puasa..Sebelum tu, jom sama2 niat berpuasa selama sebulan terus.. 

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan Kareem..
Ahlan wasahlan Lailatul Qadar..
Ahlan Wasahlan - segala2 pintu syurga juga akan terbuka...
Subhanallah..

Hari ni nak menaip sket secara xformal..

Jom kita baca Quran sampai khatam Ramadhan kali ni,
Tahun lps xsempat abes sbb tadabbur skali..
Ustaz pesan ceramah ihya' Ramadhan baru2 ni maybe perlu baca sahaja xperlu tadabbur makna.. Sbb kita nak kejar pahala.. 1 huruf = 10 pahala.. InsyaAllah bulan2 lain, kita akan tadabbur sedak ok?  :)

yg xboleh solat, leh berzikir, baca matsurat, baca doa2 harian,
 insyaAllah pahala pn dpt drp keje makan je kt umah time org berpuasa.. :)

Jom buat plan time Ramadhan, at least bersemangat sket...

1) Tadarus Al-Quran - 1 juz stiap kali lps solat atau mana2 saje..

2) Zikir - lama sket drp biasa slps solat.. / luar solat

3) Muhasabah diri - lps solat.. / tiap2 masa

4) Sentiasa ingat Allah Melihat kita.. buat salah cpt2 istgfar walau setan xde, tp tu nafsu kite semua..

5) Malam - bebuka awal waktu - sunnah tu! Sahur lwt kan..

6) Makan kurma - ya Allah, honestly saya xmakan kurma kcuali kurma apa ntah.. tu pun 1st mkn kt mekah baru2 ni, tp alhamdulillah skrg da bleh telan kurma sket2, teruk sgt rasa diri ni xmkn kurma sunnah nabi! :'(

7) Terawih - dtg awal, solat sunat, baca Quran before tu.. Amalkan solat penuh mula2, insyaAllah hari2 lain pastu akan rasa makin ringan nak solat penuh malah lg sayang nk tinggal sbb kita akan rasa 'nikmatnya' solat penuh tu... Subhanallah.. cuba ye awak!

8) Solat malam / Qiamullai - tahajud, hajat, istikarah, taubat n makesure pelbagaikan solat supaya kita pun xjemu nak solat sunat.. InsyaAllah akn istiqamah.. 1 petua, sebelum masuknya solat Subuh / sblm sahur, leh solat sunat before tu if xsempat nk bangun malam..

-------------------------------------------------------------

Sebelum tibanya 1 Ramadhan, pertama sekali saya memohon maaf, dgn kesilapan saya, dgn kekhilafan saya, dgn perkataan saya yg sampai bt antum semua terasa, dgn perbuatan saya, dgn apa saja dari diri saya.. Saya hanya insan biasa, lagi berdosa.. Asiff Jiddan!

Sebelum tibanya juga Ramadhan, saya rasa perlunya utk kita memuhasabah diri.. Segala kekhilafan saya semasa di bulan2 biasa, insyaAllah saya cuba jauhi... Saya cuba akan melupai semua.. Saya akn cuba jadi yg terbaik.. Terutama pada insan yg rapat n mengenali diri saya.. Doakan moga akhirnya Ramadhan nnt, kita semua akan jd lg terbaik drp seblm ni, terutamanya dgn sifat / amal / iman kita semua akan lbh baik.. Aaminn..

Meskipun 1Ramadhan saya xsama seperti org lain, insyaAllah, saya akan tetap luruskan niat n hati saya seperti org lain juga.. Sedih pun ada.. But Allah knows the best.. :') Harapan saya, supaya dapat solat trawih cukup 23rakaat seperti Ramadhan yg lepas2.. 

Sblm tu saya pn rasa syukur sgt2 kerana hidup bersama jiran2 yg cintakan masjid, umah pn dekat ngan masjid, alhamdulillah kuliyah pn ada tiap2 malam..Walau bukan hidup di bandar, namun terasa lg tenang hidup sederhana camni.. Kedai pun xbukak malam2, kerna waktu malam adalah waktu tuk beribadah pd Allah setelah siang hari tuk mencari rezeki Allah.. ni salah 1 inisiatif utk mengajak terutama anak2 remaja / tua tuk pergi ke masjid drp pergi tmpt2 seperti membuang masa ke shopping complex yg tiada tujuan yg betul.. Nauzubillah.. Saya hrp agar selalu berada dgn baiah yg Islamic, jika x myb tu tanda Allah nk uji kekuatan saya.. InsyaAllah saya kuat!!

-----------------------------------------------------

Ada bahagia ada juga ujian dariNya..

Hari ini kira2 myb xtepat sgt > 9bulan 2 minggu 5 hari... 
hanya sekejap ini, Allah dah bg petunjuk apa yg perlu saya teruskan atau sebaliknya..


Manis dahulu baru terasa skrg pahitnya..
saya kena kuat lg sekali...!
Belajar daripada pengalaman :)  

Redha dan tawakal perlu bila kita da btl2 berusaha.
Bukan sekadar hanya dgn ucapan tanpa usaha yg bsungguh
kerna itu bukanlah mksud redha n tawakal yg sbnr..

Hmm... da xsudi, so saya tawakal saje la..
Mungkin rezeki saya bkn skrg..
tutup <(")"kcing kcing kcing"  bunyinya  :)

-------------------------------------------------------

"Umi n abah ucap selamat berpuasa..
Semoga Ramadhan kali ni lbh baik drp taun2 lepas..
Istiqamah btl2 n byk kan bedoa utk kejayaan dunia n akhirat.
serta menjadi anak soleh n solehah.."

Nak nangis.. i juz got 1 msg from my parents dari jauh nun di sana.. :(
sayang umi n abah sgt2. walau xpnh bgtau tp sya sokmo doakan umi n abah..
Sya akan n istiqamah jd anak yg solehah utk umi n abah..
Sya xnak umi n abah tanggung dosa2 sya walau sya belom berkahwin atau sesudah kahwin nnt..
Sya akn jaga semua utk akhirat umi n abah.. Jgn risau..
Terima kasih kerana lahirkan sya.. :'(

------------------------------------------------------------
 
akhir kata.... jom perbanyakkan amal..
jaga iman.. pandangan dan juga pergaulan..

tiap hari makin dekat dgn ajalku..
amalanku, sedekahku.. ntah ke mana.. :'(


ya Allah, jadikanlah aku seorang muslimah, mukminah di dunia dan juga di syurga nnt..
Aku ingin sgttt bertemu denganMu ya Allah dan juga kekasihMu, ya Muhammad SAW di akhirat kelak...  Aamin..


ILLALLIQA'
 wa massalamah...
Assalamualaikum wbt..

Thursday, July 05, 2012

:: Terhidu Haruman Agamamu ::

--- Bagaimana Harus Ku Mulakan ---




Assalamualaikum wbt.. 
Semoga sentiasa di bawah redha n jagaan Allah :)

Salam 13 Syaaban 1433
 (Wednesday . 2200pm )

Malam masih lagi muda.. Ku gagahi jari jemariku dan terus menekan butang keyboard satu persatu.. Ye, inilah hobiku.. Hobiku sejak sekolah rendah lg utk menghasilkan cerita ttg hidup insan yg bernama Humaira… Utk previous entry, ramai yg memberi respons utk mengetahui siapakah M.S.I itu... Ramai juga yg nak tahu kesudahannya cerita Humaira', dan ada juga mengaitkan diriku dengan Humaira'... Aku hormati pandangan mereka, terima kasih cuma the 1st reason saya membuat entry ini hanya utk tatapan diri ini dan bersama dan xde kena mengena dengan sesiapa.. Sesiapa yg terasa, saya minta maaf.. :)

Ambil yang baik, dan jadikan yg buruk sempadan...Alhamdulillah entry sebelum ini juga tlh mencapai bilangan readers sebanyak 4 angka. Alhamdulillah2.. Alhamdulillah. DIA lah sebaik2 pujian.. Saya xmengharapkan pujian sesiapa, tp semestinya saya mengharapkan sepenuhnya hanya pd DIA.

Masih banyak isu yg ingin saya ketengahkan seperti isu2 syria, palestin, aurat, sirah2 nabi dan lain2 lagi.. Subhanallah. luasnya ILMU ALLAH… Semakin byk saya membaca, semakin saya sedar n tahu betapa jahilnya saya ttg ilmu… Namun saya juga sayangkan golongan remaja. Saya juga remaja. Yang selalu berada di depan mataku sendiri..Kadang2 saya xsanggup lg melihat maksiat di dpn mata. Xsanggup jua menghadapinya sendiri.. Tapi saya perlu bangkit, kerna saya dan merekalah bakal tonggak pemimpin negara pd masa akn datang.. Mungkin isu ini perlu saya ketengahkan. Nak ubahkan dunia, mmg susah, maka xmustahil jika ia bermula dari kita dahulu..

InsyaALLAH saya akan terus membaca isu2 yg lbh besar supaya bisa dijadikan pedoman hidup saya ini agar tidak terjatuh pada lubang yang sama.. Saya hanya manusia biasa. Seringkali jua terjatuh.. Tapi beruntung la bg mereka yg cepat menyedari lalu bertaubat… Itulah hidayah Allah.. Perlu juga diselarikan dengan taqwa.. Itulah sebaik2 manusia di muka bumi ini..




Bismillahirrahmanirrahim….
------------------------------------------------------------

"Alhamdulillah, mataku bisa lg terbuka.. jantungku pula masih lg bisa berdegup.."

kata Humaira sambil kedua2 tangannya memegang kedua2 kelopak matanya dan menjalar ke dadanya...
"Wahai pemilik nyawaku, terima kasih, xkan aku persiakan hari ni dgn kurniaan nikmatMu.. aamiin,"
tangannya terus menyapu ke muka seiring dengan bacaan doa bangun pagi...

Itulah keluhan Humaira' atau boleh dikatakan sebagai ikrarnya di awal pagi setiap kali membuka mata sambil tersenyum... Tafsir Quran dan buku2 ilmiah miliknya disusun rapi di tepi bantal.. Itulah rutin setiap malam apabila Humaira xdapat melelapkan mata akibat memikirkan masalah yang xputus hadir dalam dirinya.. Namun dia cuba utk menghadapinya dengan cara positif dan bersabar..

Tika menghadapi masalah atau tika bersenang hati, Humaira tetap menjadikan solat istikharah dan witir itu sebagai amalannya sejak setahun lebih yang lalu.. Kadang2 ‘berlubang’ juga kerna hal2 yg xdapat dihalangi.. Dia akui pertama kalinya memang kekok or susah utk istiqamah, lebih2 lg apabila menunaikan semasa mata sudah mahu terpejam.. Tapi itulah syaitan punya kerja, dan alhamdulillah sekarang ttp dia gagahi malah skrg timbul perasaan kekok pula apabila meninggalkan solat itu sebelum tidur.. Itulah kuasa Allah..

Betullah kata bijak pandai,

“Mula2 buat ssuatu itu mmg terpaksa, lepas tu benda yg terpaksa itulah jadi benda yg kita suka lebih2 lg benda itu yg Allah suka :) ”

Fikirannya mula terbayang apakah mimpi yg mengulik tidurnya sebentar td..

"Astagfirullahalazim.., aku xboleh berfikir camni.."


Bagi Humaira, setiap kali selesai solat Istikharah di malam hari sebelum tidur, itulah perkara pertama yg dia fikirkan apabila bangun di pagi hari.. Dia sedar, ibadahnya itu hanya untuk Allah, jawapan hanya dia serahkan pada Allah.. dia xboleh berfikir seolah2 ibadahnya itu hanya tuk mengetahui 1 jawapan pada malam itu jua malah dia tahu kdg2 hanya orang yg soleh / wali Allah sahaja yg berhak mendapat mimpi ‘direct’ dari Allah..

Dia akur sekali lagi.. Biarlah jawapan itu hadir dalam hatinya, sama ada dengan ketenangan atau melalui pandangan matanya sendiri.. Mungkin Allah akan membuka hijab sekali lg.. Dia kembali tersenyum.. Dalam fikirannya masih teringat kurniaan Allah atas jawapan istikharahnya pada masa lampau.. Untuk masalah masa kini, Alhamdulillah dah 2x Allah memberinya petunjuk.. Dia sedar.. Dia perlu sabar… Kerna Allah akan setia bersama org2 yg sabar dan dia yakin suatu hari nanti Allah akn bg jawapan pada dirinya.. Dia harus bersedia menerima ujian lg hebat selepas ini...  InsyaAllah :)

Dia harus akur.. Harus menerima.. Dengan lumrah hidup yang disajikan dengan pelbagai ragam manusia.. Harus menerima kekurangan dirinya sendiri.. begitu juga dengan manusia lain.. Allah memang mencipta manusia itu berdosa. Selari dengan suatu hadis riwayat Muslim, dikatakan bahawa sekiranya manusia tidak melakukan dosa, maka Allah akan menggantikan manusia dengan kaum yang lain yang berbuat dosa, lalu beristighfar kepada Allah dan Allah pun mengampuni dosa mereka…
“Ya Allah, sudah terang lagi tersuluh, aku memang manusia berdosa.. Lalu apa perlu aku buat?”

"Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari arah barat, nescaya Allah akan menerima taubatnya". (Hadis riwayat Muslim)

Pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana kita masih hidup dan kiamat masih belum tiba. Tidak kira sebesar mana dosa kita dengan Allah, kesemua dosa tersebut akan diampunkan oleh Allah dengan syarat kita telah melakukan sebenar-benar taubat (Taubat Nasuha).

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya) :

Sebelum zaman kamu pernah ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang, lalu dia bertanyakan seseorang yang paling alim pada masa itu. Dia pun ditunjukkan kepada seorang rahib. Dia pun berjumpa rahib tersebut. Kepada rahib tersebut, dia memberitahukan bahawa dia telah membunuh 99 orang, apakah kemungkinan taubatnya masih diterima. Rahib tersebut mengatakan bahawa taubatnya tidak mungkin diterima. Orang itu lalu membunuh pula raib tersebut sehingga genaplah 100 orang yang telah dibunuhnya. Setelah itu dia mencari orang yang paling alim lagi pada zamannya, lalu ditunjukkan kepadanya seorang alim. Ia lalu mengatakan kepada orang alim tersebut bahawa dirinya telah membunuh 100 orang, apakah mungkin jika dia bertaubat, taubatnya akan diterima? Orang alim tersebut menjawab, "Ya, masih diterima. Siapakah yang boleh menghalangi antara seseorang dan taubatnya ?". "Sekarang, pergilah engkau ke kampung ini dan ini, kerana di sana terdapat orang yang beribadah kepada Allah. Beribadahlah kepada Allah bersama mereka. Janganlah engkau kembali ke kampungmu, kerana kampungmu itu kampung yang teruk."

Orang itu pun lalu berangkat. Ketika dia sedang dalam perjalanan, tiba-tiba maut datang menjemputnya. Melihat kejadian itu, bertengkarlah malaikat pembawa rahmat dan malaikat yang bertugas menyeksa. Malaikat rahmat berkata, "Dia datang dalam keadaan sudah bertaubat secara ikhlas kerana Allah". Malaikat azab berkata, "Benar, namun dia belum berbuat kebaikan sama sekali?". Seterusnya, datanglah seorang malaikat lain yang menyerupai dirinya dalam bentuk manusia untuk mengadili pertengkaran mereka.

Malaikat itu berkata, "Kalau begitu, ukurlah akan kamu jarak dari sini ke kampung yang ditinggalkan dan ke kampung yang handak dituju lelaki itu; ke kampung mana yang lebih dekat, bererti dialah yang berhak ke atas orang ini". Kedua-duanya lalu sama-sama mengukur dan ternyata kedudukan orang tersebut lebih dekat pada kampung yang ditujunya. Akhirnya, malaikat rahmat pun membawa orang tersebut. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

-------------------------------------------------

Hari ini.. detik ini, dia juga sedar umurnya hampir menjangkau usia 23 tahun.. Berapa banyak dosakah yang tlh dia lakukan dalam sedar dan tidak sedar? Adakah berat hitungan pahala ibadahku berbanding dosa2 ku? Dalam erti kata lain, dia harus lebih berhati2 dan bersedia berhadapan dengan mehnah hidup yg membuat dirinya semakin matang dalam mengharungi hari2 yg kian mencabar…

“Ya Allah.. aku yakin dan pasti.. dosa2 aku lah yg akan berjaya memintas pahalaku dan semestinya membawaku ku neraka.. pahala ku? berapa kerat sgt yang masih tertinggal? ”

Waktu Subuh ini adalah salah satu waktu yg terbaik juga baginya utk bermuhasabah diri selain 2/3 malam.. Selepas selesai sudah solat Subuh, dia merebahkan punggungnya di tepi katil. Tangan kanannya terus mencapai tafsir Quran yg berwarna merah jambu dan terus dipeluk dan diciumnya beberapa kali.. Selesai sudah mengalunkan kalam Allah itu dengan beberapa helaian, dia terus menyambung utk muhasabah diri..

------------------------------------------------------

Jam di dinding melagukan irama dengan bilangan detik sebanyak 9kali yang menunjukkan waktu sudah pukul 9pagi.. Cepatnya masa berlalu.. Selesai sahaja memberi makanan kepada 4 ekor kucing kesayangannya di halaman rumah, dia terus memasuki rumah dan menjurus ke meja. Berhadapan dengan computer ribanya dia terus menekan 1button untuk memulakan penulisannya.. Rasa tidak sabar untuk memulakan isi hati.. Eh, bukan isi hati, tapi sekadar untuk pengkongsian sesama kita..

Terasa terpanggil untuk berkongsi dengan bacaannya semalam utk semua muslimah di luar sana.. Rasa sayang sesama akhawat begitu juuga dgn ikhwan2 bakal pemimpin negara di luar sana amatlah kuat.. Namun dia malu utk tonjolkan..

“Malu xbertempat betul la aku ini..”

Kepalanya digeleng2kan.. Dia sedar dia xmampu utk berdakwah secara besar-besaran seperti orang lain. Dia xpandai menulis. Xpetah bercakap. Cukuplah penulisan ini sebagai bukti dia sedang berusaha.. Mungkin ini sahaja medium yg bisa membawanya saham di akhirat kelak.. InsyaAllah.. First skali kena la pasang niat Lillahi Taala.. InsyaAllah urusannya slps ini akan dipermudahkan..

Tangannya tangkas menekan butang keyboard sambil menyelak2 buku ilmiah yg di pegangnya… Kalaulah semua manusia rajin membaca, alangkah indahnya.. Semua ilmu manusia akan tahu. Bila diamal, senang dan amanlah dunia.. Tapi dia sedar manusia tidak pernah akan sama. Itulah gunanya majlis2 ilmu, penerbitan2 buku supaya manusia itu sendiri berusaha mencari.. Beza antara darjat manusia juga ialah org yg berilmu dan tidak berilmu…

Lagu Muhasabah Cinta by Edcoustic dipasang. 
 Earphone terus menusuki kedua2 telinganya...

Jarinya pantas menekan butang2 keyboard...

---------------------------------------------------

PERKONGSIAN BERSAMA – RUMUSAN DRP BUKU2 DAN NOVEL ILMIAH

> Cinta High Class

 [ada tambahan sket2 dari diri ini :) 
‘saya’ dalam rumusan ini bukanlah diri saya. 
Tapi masih belajar dan melatih diri saya menjadi seperti ‘saya’ itu. InsyaAllah :) ]



1. Sebagai insan bergelar muslimah, perlulah kita mempunyai standard diri sendiri. Jika dia sanggup penuhi, kenapa kita xmemberikannya peluang? Apakah standard itu? Rasulullah SAW pernah menyuruh kita menilai AGAMA dan AKHLAK. Kalaulah dia melalaikan saya daripada Allah, dia bukanlah lelaki yg baik yang akan saya cari. Sy tidak akan gadaikan masa depan sendiri. Saya juga xakan terpedaya dgn lelaki yg mengumpan dgn kepandaian, kehebatan, kemahiran, berkomunikasi, kemahiran berdikari dan sebagainya. Malah AKHLAK dan AGAMA itulah perkara pertama yang akan saya terpesona pd diri lelaki itu..





2. Kadang2 apabila datangnya risikan, ia akan membebankan fikiran terutama bila masanya belum tiba. Tapi tidak salah utk meraikan dan meminta masa utk berfikir. Saya tidak mahu terlalu mengikut kata hati sehingga menolak mentah2. Saya ttp menghargai niat mereka yg suci. Apa perlu kita buat? Saya perlu merisik. Itulah waktu yg perlu saya gunakan supaya jawapan yang saya berikan nanti akan menenangkan hati juga. Bertanya kawan2 yang 1 kuliyyah dengannya, kdg2 jwpn yang saya dapat adalah di pertengahan. Ada positive dan ada juga negative. Mereka memberitahu saya, dia suka tenung perempuan lama2, suka call pmpn dengan tiada sebarang urusan malah dengan saya, saya tahu dia hormati saya dan sama sekali tidak pernah menghubungi saya. Tapi belakang saya? Wallahualam. Saya tidak percaya malah saya bertanyakan Allah dengan istikharah. Beberapa kali saya terserempak dengannya , dia sdg berbual2 dgn beberapa org perempuan. Mungkin dia ada urusan. Sy mengintai secara dia tidak sedar. Inilah cara sahabat bernama Jabir mengintai calon isterinya. Ianya suatu syarak utk tujuan bernikah. Namun saya yakin ada lelaki lain yg tinggi mujahadahnya dan gagah menahan syahwatnya drp lelaki ini. Lelaki sebegitu lebih serasi utk saya. Dia akan hadir apabila tepat masanya. InsyaAllah. Sy perlu optimis. Berbaik sangkalah pada Allah.. :)



3. Selain risikan dari kwn2 lelaki itu, saya rasa merisik cara pergaulan mereka di laman social seperti facebook. Kdg2 ianya juga berkesan. Bukan sekadar melihat pada page facebooknya, tp facebook sekarang tidak lagi ‘private’ kerna kdg2 kita dapat membaca dan mengetahui apa yg kita buat.. Saya lebih fokus utk melihat cara dia menjaga pergaulan.. Cara perbualan mereka sama ada wujudkah batasan antara mereka.. Adakah hati si perempuan dan lelaki itu terjaga? Adakah perbualan mereka itu 1 urusan? Pentingkan perbualan antara 2 jantina yg berbeza sehinggakan menimbulkan nafsu n angan2 dalam hati? Nauzubillah, jauhilah seperti ini.. Saya tidak mampu menerima lelaki yg senang tergoda dgn wanita yg belum dinikahinya.. Ye, saya wanita biasa.. tidak seperti Saidatina Aisyah yg pandai mengurus perasaan cemburu.. sering kali mencemburui Nabi ketika menyebut nama isteri kesayangannya, Siti Khadijah. Selain itu, sering juga saya melihat calon risikan saya berbual kosong di laman facebook dgn wanita yg nyata bukan ada urusan yg kukuh. Sekadar bersuka2.. calling2.. Apa perlu saya buat? Sy perlulah berbincang dengan dia dan terus beristikharah.. Dengan masa yg sama, hati saya, saya letakkan tinggi2 hanya utk Allah.. Supaya Allah serahkan hanya pada lelaki yg mampu menjaga dan berusaha utk menahan pergaulan bebas atau ikhtilat seperti diri ini. Sesungguhnya xpernah rugi org yg beristikharah dan bermusyawarah (berbincang). Ye, mmg xrugi saya tinggalkan atau menolak calon risikan saya dengan cara yg baik apabila Allah tlh bukakan hijab sebegini rupa.. :)

4. Wahai muda mudi,dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yg dianjurkan syarak dengan jalan istikharah dan berbincang. Andai nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah secara optimis. Ambil langkah yg diizinkan Allah seterusnya iaitu dgn berkhitbah (tunang) dan saling setia pd janji syarak yg dibina. Awas! hindari segala perkara yg menghampiri zina. Bertunang bkn tiket kebebasan. Kdg2 faktor masih tidak mpunyai pekerjaan tetap adalah menjadi pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin mberat apabila hidup dikuasai kebendaan. Apatah lg masyarakat meletakkan ukuran kebendaan dalam menjalani kehidupan. Optimislah! Allah mberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bg pasangan yg pertama kali ingin berkahwin. (Rujuk surah Annur : 32)



Nah..! Allah telah pun memberi jaminan.. Jaminan siapa yg lbh kita patut percayai sebenarnya? Tentu Allah kan? Dialah sebaik2 pemberi jaminan..


Umar AlKhattab pernah berkata yg dikutip dr Al-Qurtubhi: “Sy sgt hairan dan takjub dgn org2 yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan, padahal Allah tlh menjaminnya..”




5. Saya cuba memahami kerisauan seorang lelaki. Dia mungkin bersegera utk meluahkan sebagai satu ikhtiar. Manalah tahu kalau2 saya tidak sukakannya, maka dia xperlu menunggu saya. Ataupun kalau2 saya turut sukakannya, maka boleh dipanjangkan kepada komitmen berkeluarga. Di pihaknya, dia mungkin berniat bersih, baik dan jujur. Sy hormati. Tapi di pihak saya, saya tidak boleh menilai berdasarkan ungkapan lafaznya semata2. Saya perlu bijak membaca sendiri tindakannya. Sy perlu mbuat jangkaan terhadap akibat di hadapan. Niat lelaki baik perlu dibuktikan dengan perlakuan yg baik dan serius. Bukannya main2 atau istilah “try n error”.

6. Saya tidak boleh terlalu bendul menyerah hati. Manis katanya belum seiring tentu perilakunya. Saya mesti menjaga diri drp dipermainkan. Saya mesti mempertahankan maruah dan kesucian hati dan fikiran drp dijajah sesiapa pada saat saya belum bersedia.



7. Buat kaum Hawa, yakin dan percayalah kpd tunangmu walau apapun keadaannya pada masa kini, asalkan baik AGAMAnya. Sama ada dia masih belajar atau masih bertukar2 kerja, percayalah kpdnya. Jangan risaukan hati si dia dengan terlalu memandang nilai keduniaan. Buat pemuda, rezeki Allah amat luas, jgn dirisaukankan sgt. Tunjukkan kewibawaan dan kematanganmu dengan mencari kerja. Bukan duduk2 saja. Ketika masih bljr pn, masih byk peluang kerja yg boleh diterokai.

8. Jika kerisauan utk bernikah disebabkan factor org tua, berbincanglah dgn mereka penuh hikmah. Hati mereka milik ALLAH, dipegang Allah dan boleh dilunakkan oleh Allah dlm sekelip mata. Ianya menuntut DOA, KESUNGGUHAN dan KEBERANIAN. Org tua biasanya akan cair jua dgn kebaikan kerana merekalah insan yg paling inginkan kebaikan untuk seorang anak. PERCAYALAH! :)

-----------------------------------------------------------------

Deruan enjin motor posmen mengejutkan kekhusyukan Humaira’ dengan pengkongsian ini. Matanya ligat mencari jam.

“Ya Allah angka sudah beredar pada angka 11.. khusyuk betul aku menaip cerita ini..astagfirullahalazim…”

Cepat2 dia membuka pintu, mengambil surat dan sempat jua dia membelai2 kucingnya yg manja itu. Beginilah Humaira’ apabila berhadapan dengan seekor kucing. Suka berbicara dengan seekor haiwan walaupun hanya dengan beberapa saat.. Tangannya menggeletek kucing dan ada ukiran senyuman di bibir Humaira’…

“Manjanya awk ni…sikit2 miow..sikit2 miow :) ”. Setia betul miow menunggu di depan pintu..



“Bahagianya jika bakal zauj ku setia sebegini.. Ya Allah, sempat lg aku mengelamun..”

Humaira terus bangun lalu meletakkan kembali kucingnya pada tmpt asal dan terus mengunci pintu.. Dia bergegas ke tandas di dalam bilik tidurnya dan mengambil wudhuk utk menunaikan solat sunat Dhuha..

Lirik lagu nasyid solat Dhuha drp kump. UNIC masih lg dalam ingatannya.. Inilah faedahnya bila telinga selalu menadah dengan lagu2 yang manafaat.. Xperlu membuka buku utk mbaca doa solat Dhuha. Segalanya sudah terhafal dengan kekerapan mendengar lirik lagu itu sendiri..

“Kalaulah nikmat mendengar ini aku selalu menadah telinga dengan ayat2 AlQuran, pasti aku dapat menhafal Quran dengan mudah kan?”


hatinya tertanya sambil kepalanya mengangguk tanda setuju dengan persoalannya sendiri.. Mulutnya kembali terkumat kamit membaca doa solat dhuha begitu juga doa2 sampingan.. “Aamin...” tangannya diraupkan ke muka... Hatinya masih dahaga ingin berkongsi. Selesai sahaja persiapkan diri, Humaira’ terus kembali ke meja computer ribanya. Bismillah…

----------------------------------------------------

9. Saya sayangkan kaum wanita dan kaum lelaki.apa lagi saya perlu bantu? Saya ingin memberi mesej kpd kaum lelaki bahawa betapa ramai wanita mengimpikan mereka menjadi lelaki yg SEJATI, TAKUT kpd Allah. Pilihlah cinta yg diredhai, bukan mengurat sesuka hati. Bukan dengan bertopengkan 'akhlak yg baik' hanya di hadapan perempuan yg anda suka tapi di belakangnya? Nauzubillah... Allah Maha Melihat, Allah akan tunjuk akhirnya kpd pmpn itu. Kerna Allah akan pelihara orang yg bermujahadah. Tinggi nilainya.. Saya juga ingin memberi mesej kpd wanita, betapa ramai lelaki TIDAK KERUAN dengan PESONAnya. Maka, bantulah lelaki dgn TIDAK MELAYAN kecuali ats dasar urusan. Urusan? Berfikirlah apakah urusan itu betul2 penting? Allah sudah memberi kita akal. Berfikirlah adakah itu adalah urusan yg penting? Jika tidak, berhenti. Jika itu urusan dunia n akhirat, silakan..

10. Dengan memulakan urusan itu, perlulah jua bersedia dan berfikir panjang bagaimanakah pengakhirannya nnt.. Jika saya layan dia, pasti dia xkan henti2 mengangguku.. Lebih baik saya bterus terang yg saya xberminat utk berurusan dengannya.. Jika saya layan? Pasti saya akan terjebak dan semestinya sudah menghampiri zina.. Rasanya semua orang telah tahu hal ini, tapi sekadar pd bacaan. Knp tak amalkan sekali? Jom kita try.. InsyaAllah pasti mujarab dan 1 perasaan yg pasti hanya org tertentu sahaja merasai dek usahanya melawan nafsunya sendiri. Hati ini juga perlu diuruskan dengan baik dan diserahkan hanya pada yg layak sahaja. Supaya hati ini sentiasa tenang. Bukannya dengan perasaan tidak keruan dan gelisah.

11. Andai wanita mudah menghantar isyarat bahawa dirinya boleh diperlalukan sesuka hati, maka yg bergembira cumalah nafsu lelaki bukan imannya. Peperangan akan terus meletus antara nafsu dan iman. Tanpa syarat, tanpa batasan, lelaki akan melihat dirinya diberi peluang utk mpermainkan. Rancangan syaitan peringkat global memang suka menghias wanita. Ia menusuk tipu muslihat agar wanita terus menggoda. Dgn cara ini, syaitan lbh mudah melumpuhkan iman lelaki, mghampiri zina dan menjauhi nikah. beginilah kecelaruan moral yg berlaku di barat.

12. Semakin byk yg dirasa sebelum nikah. Semakin hambar nnt alam pernikahan. Pay now, play later. Jom cegah sekarang sebelum terlambat. Buat yg sudah menikah, bertaubatlah..

13. Jika saya hendak bernikah nanti, saya akan contohi Siti Khadijah. iaitu menggunakan khidmat org tgh yg lebih terjaga. semestinya org tgh itu mestilah jujur dan amanah supaya amanah itu sama apa yg ingin kita sampaikan.

14. Senaraikan criteria lelaki idaman dan cara pertunangan yg saya impikan… Supaya kita sentiasa beringat dan tidak terus leka apabila hadir seorang lelaki yg bertopengkan kata2 manis, rupaparas, beragama tapi akhlaknya tidak dan sama waktu dengannya.. Dengan helaian criteria saya ini, serba sedikit saya akan sedar bahawa ciri2 lelaki idaman saya mestilah HIGH CLASS di mata Allah.. :) Jom sama2 kita senarai mulai skrg..

---------------------------------------------------------------

CRITERIA LELAKI IDAMAN



Ø BERAGAMA DAN BERAKHLAK BAIK - MAIN criteria. Menjadi kayu ukur buatlah apa yg Allah suruh. Tinggal apa yg Allah larang. Menghormati dan meraikan orang lain. Sama mempunyai cita2 utk berdakwah pada jalan Allah tidak kiranya hanya sekecilmana pun usaha dakwah itu. Bila dilakukan bersama dgn cara yg halal, insyaAllah nilai usaha itu akan menjadi besar.. :) 

Lelaki yg tidak LUPA DIRI bila di ambang kejayaan dengan pelajaran atau pekerjaan dan kemewahan dunia..
 [kerna ramai kawan saya terkena sebegini jadi saya memasukkan skali sekadar berhati2]

Ø CARA PERGAULAN – PENTING amat bagi saya. Menjaga warak. Berhubung ats dasar urusan. Jika di luar batas urusan, cuba elakkan. SMS / Facebook menjadi medium pilihan jika ada urusan (meraikan personality sy yg pemalu dlm soal ini). Elakkan telefon kerana 2 sebab :

- saya hanya ingin teruja akan suaranya pd hari akad nikah :) sweetkan..?
- suara tunang mudah menaikkan syahwat (kecuali urusan benar2 terdesak)



- Elakkan pacaran berdua2 an. 
- Melibatkan keluarga dan insan yg amanah dlm apa jua perjumpaan jika perlu.
- menjaga aurat baik pmpn mahupun lelaki.
-  tiada sentuhan fizikal.
- tiada suara menggoda, suara merayu dan seumpamanya.

Ø KOMITMEN PERTUNANGAN – berahsia dan tidak terbuka (jika xjadi malu). Para ulama ramai berpesan jgn hebahkan pertunangan secara awam. Minimumkan komunikasi. Fokus pd perkara penting dan jgn lupa ZIARAH keluarga dari pihak sebelah lelaki ke rumah pihak sebelah perempuan. Elakkan dahulu ziarah keluarga perempuan ke rumah pihak sebelah lelaki bg menghindari FITNAH masyarakat.

Ø JAMINAN KEWANGAN – seboleh2 nya, dia dapat memberi nafkah tidak kira masih belajar atau sudah bekerja. Jika masih bljr, boleh menggunakan cara kreatif utk mencari pendapatan sendiri. Hidup cara bersederhana plg selamat.

Ø RESTU KELUARGA : Kedua2 pihak. Tidak melanggar undang2 dan adat yg selari dgn syariat. Tidak akan melayan andai diajak bernikah paksa atau di Siam dan sebagainya.

Ø BUKAN SUAMI ORG - Tidak mahu duda. Tidak mahu lelaki yg sentiasa dan terbiasa bergaul dengan perempuan dengan urusan yg tidak penting.

Hanya inilah ASAS yg saya pegang utk menyenaraikan criteria ini.. 2 criteria yg di atas skali adalah yg terpenting. Untuk criteria yg lebih mendalam, mungkin saya akan nyatakan utk proses taaruf yg sebetul2nya dgn bakal zauj sy nnt..

-----------------------------------------------------------

15. Saya tidak menyandar pada firasat hati 100%. Criteria berakhlak dan beragama pada dirinya masih tidak terjejas di mata saya. Justeru saya masih member peluang kpd hati saya utk menilai. ALLAH tahu kdg2 saya kurang percaya kpd lelaki yg mghantar terus SMS kpd saya. bukan kerana mghantar SMS itu haram, bukan xpercaya kpd kesolehannya. Menghantar SMS hanya harus kpd batasan ssuatu urusan. Namun kdg2 saya kurang percaya dia mampu menjadi suami sesetia Rasulullah kpd Khadijah. Tapi saya juga xpernah mengharapkan pemuda sehebat Nabi kerna saya juga xsemulia Khadijah.



16. Kalau dia berani SMS saya sekarang, sudah berkahwin nanti, xmustahil dia berani SMS gadis lain pula. kita mmg dilarang bersangka2. Namun dalam aspek menilai peribadi seseorang ats urusan tertentu, kita haruslah berhati2 dan bijak membaca sebarang keberangkalian. OPTIMIS menyediakan insurans masa depan. Itu baru SMS. Kalau call tanpa urusan? Jangan terkejut dia juga mungkin pernah call org lain di belakang saya.

17. Sehebat, sekacak dan sekaya mana pun lelaki datang, jika berpotensi utk tidak setia, saya tidak akan menerimanya. Dia mungkin jauh lbh baik daripada saya. Boleh jd sy tidak layak utknya mbuatkan hati ini berat utk menerimanya. Pemuda soleh dia lebih patut menemui bidadari selayaknya.

18. Habis sahaja ijazah, saya baru berusia 23 tahun. Masih lg muda. Mana lebih high class, kahwin muda tanpa persiapan ROHANI, MENTAL, FIZIKAL, dan MATERIAL? Atau kahwin muda dengan persiapan itu semua? Saya ingin menjadi isteri yg solehah, ibu yg mementingkan agama utk anak2 saya nanti. Alhamdulillah, sekurang2 nya skrg saya tgh berusaha utk mengkhatam buku2 ilmiah berkaitan dengan akidah, tanggungjawab dan persiapan.

19. Jika yang datang itu sudah cukup 2 criteria yg saya nak, InsyaAllah saya sanggup bertunang dengannya sekarang juga. Criterianya ialah AGAMA dan AKHLAK. Selain dia menjaga yang wajib, saya juga perlu menilai melalui PERGAULANNYA.. Cara dia tawarkan CINTA. Hanya lelaki begini yg mampu SETIA. Kedua, ibubapa saya mestilah merestui. Maka, hendaklah dia minta dengan ibubapa saya terus.

Muliakan waliku..



Saya xperlu risau jika xada lelaki sebegini masih wujud, kerna Allah ada, Allah tahu apa yg saya mahu di samping itu saya juga tgh berusaha mencari.. Jika saya tgh menjaga hati, saya pasti dia pn skrg tgh menjaga hati... Saya xperlu risau. Yakinlah janji Allah. Perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan sebaliknya.

20. Saya juga tidak akan mudah percaya kpd akhlak si lelaki selagi saya belum merisiknya dengan berhati2. saya bukan malaikat. Saya cuma mahukan lelaki soleh yg mampu setia. Menepati kayu ukur saya. ia penting bg saya. Biarpun mungkin kurang bg org lain, ia amatlah berkait rapat dengan AKHIRAT saya.

21. Tanpa perlu berpacaran, saya boleh mengenali dia. Risiklah jawapannya. Saya bukan mencari keaiban tapi mencari keserasian. Saya lebih percaya kpd lelaki yg menjaga batas pergaulannya. ini antara lambang sifat malunya kpd Allah. Lambang iman. ia menjadi antara kayu ukur saya menilai agama dan akhlaknya. dan berpotensi juga utk setia. Jika sekarang dia sudah menunjukkan cara pergaulan bebas bersama pmpn lain, saya tidak teragak2 utk menolakknya dgn cara baik.

Sabda Rasulullah SAW : “Iman dan malu saling berpasangan. Apabila salah satunya hilang, maka yg lain turut hilang” (Riwayat Al Hakim)

22. Islam mengajar umatnya menerima ujian. Namun Islam tidak mengajar umatnya sengaja meminta2 ujian yg lbh besar. Bimbang jika gagal dilalui, bakal mengheret ke neraka.

23. Ramai wanita nak pilih lelaki soleh. katanya, boleh bantu mereka berubah setelah bernikah. realitinya, jika wanita tak mensolehahkan diri mereka dari sekarang, apa jadi? besar kemungkinan dia tidak dipilih oleh lelaki soleh sebagai isteri. sebabnya Rasulullah mengajar LELAKI SOLEH agar memilih yg BERAGAMA. Tiada jalan paling cpt dan terbukti berkesan utk memilih pasangan soleh melainkan menjadi solehah terlebih dahulu. Mengimpikan pasangan soleh menjelma tiba2, sedangkan diri seronok dengan dosa, ibarat kucing berjanggut. Oleh sebab itulah cara yg tbaik utk berubah ialah menambah ilmu dalam proses pendidikan (tarbiah) tersusun seperti menzalimi kelas pengajian. Bukannya mengharapkan perkahwinan akan mengubah diri kita. Ya! ia berpotensi menjadikan diri kita lebih baik tapi ia bkn priority ejen perubahan. (Rujuk surah AnNur :26)

24. Bukan itu sahaja, perlunya seorang wanita mensolehkan diri kita sebelum bernikah agar isteri juga dpt menasihati dan membetulkan suami. Bukan berharap ditegur oleh suami semata2. kaum lelaki dan pmpn sbnarnya saling mbantu antara satu sama lain, menuju kesolehah. Barulah high class. :)

25. Suami adalah nakhoda. Selagi saya mampu pilih, saya akan pilih. Lainlah kalau saya tiada pilihan. Saya tidak mahu memilih org yg memandu bahteranya di jalan leka dan murka. jelas dan lanjut kata saidatina Aisyah,

Sabda baginda : “Pilihlah tmpt tumpahnya benihmu tmpt yg baik” (sunan al Dar Qatni).




26. Kita memang disuruh memilih. tapi jgn terlampau memilih. Tapi melampaukah saya jika saya masih bermujahadah melawan nafsu tatkala istikharah dan perbincangan saya belum mberi restu? Diuji belum berpunya tak mengapa, tp bt perkara yg Allah marah, ia yg mbawa susah.

27. Saya teringat pesanan Al Banna : Walaupun seorang lelaki atau wanita mendampingi pasangannya 20 tahun sekalipun tetap tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaiban (zahir n batin). Selepas berkahwin, barulah keaiban tersembunyi itu akn terserlah ( Hasid Al Sulasa’).

28. Nah! Tempoh ‘berkawan’ itu hanya membazir masa. Jika ingin kenal, ada tempuh merisik dan bertunang. Itu pun ada peraturan. Sebab dia ttp bukan mahram. Tidak boleh lalai berdua-duaan. Perlu libatkan orang ketiga yg berwibawa.

29. Demi percayakan pandangan mata, ramai yg buta memilih pasangan. Tidak memilih ats dasar agama . Sedangkan agama Allah lah penyelamat segala2 nya. Tidak salah memilih yg ada rupa, tapi baikkah agamanya?

30. Saya tidak mahu menjadi isteri curang. Saya juga tidak mahu mempunyai suami yg curang. Maka, apa yg boleh saya usahakan untuk mengelakkan sesuatu? Saya ada 2 pilihan, pertama berdoa dan berserah sahaja. Kedua, tutup punca2 keretakan rumah tangga sejak sebelum bernikah. Berdoa tidak lupa, Pelihara diri drp menghampiri zina. Tidak memilih lelaki yg berani menghampiri jalan2 zina.

31. Sy juga ingin mengenali lelaki yg bakal saya nikahi sebagai seorang yg memelihara diri daripada pergaulan bebas antara perempuan. Oleh itu, saya juga perlulah bermula utk menjaga diri. Jadilah mawar yg menhunus duri pd siapa sahaja lelaki yg mengajakmu menghampiri zina. Barulah senang saya menyuburkan rasa cinta dan percaya kpdnya selepas nikah nanti.



“Ya Allah, engkaulah yg Maha Mendengar. Peliharalah kesucian bakal suamiku. Bukan sahaja daripada berzina, bahkan jalan2 yang menghampirinya. Jauhkan diriku daripada lelaki yg pergaulannya yg tidak terjaga. Moga aku dan dia istiqamah dan tsabat dalam muhajadah ini…"

32. Sekiranya saya menjadi isteri, saya mahu menikmati kehidupan yg tenang (sakinah). Biarlah tiada rumah besar, kereta mewah atau perabut canggih, asalkan HATI BAHAGIA DAN TENANG. Itu yg paling utama. Jika ada, Alhamdulillah itu bonus bagi saya.

33. Saya tidak didera azab cemburu. Bahkan tidak membenarkan rasa cemburu dan tidak percaya menyusup masuk ke dalam hati dengan mengelakkan punca2nya. Itulah pembunuh ceria. Saya mahu menghargai pasangan setulusnya. Saya mahukan perasaan saya dihormati. Biar sama2 SETIA, bagaimana? :)



----------------------------------------------------

Jam menunjukkan detik 12malam. Keadaan malam ini seperti malam2 sebelumnya. Tenang. Aman. Humaira cepat2 mengemaskan mejanya. Insya ALLAH jika diberikan masa, ingin sahaja dia menyambung artikel ini.. Senyuman terus terukir, namun dia tahu dalam hatinya masih belum ‘puas’ utk menamatkan artikel ini. Ingin sahaja dia menyambung hingga ke hari esok.
Humaira terus menekan butang enter sebagai perenggan yg terakhir sebagai konklusi.

-------------------------------------------------------

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya, bagaikan electron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan. Bukti saling memerlukan ini menjadi LUAR BIASA dan HIGH CLASS jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami dan isteri. bukan teman wanita atau teman lelaki.

KENAPA IAIYA CINTA HIGH CLASS?

- Itu tanda patuhi ALLAH
- Itu tanda jauhi FITNAH
- Itu tanda sebuah MUJAHADAH

BAGAIMANA CINTA HIGH CLASS?

- Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh lebih luar biasa dan inilah baru cinta high class. Jika belum bernikah, cinta menjadi high class apabila si teruna dan si dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan. Jika diluar batasan, mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan itu apa yg tenang dlm hati dan dosa itu apa yg was2 dan syak dalam hati.

Saya xkisah dilabel perempuan sombong bila lelaki dtg mengusik di mana2 sahaja facebook / luar..
Sombong saya bertempat...
Saya buat smua kerna Allah. Saya takut lagha nnt.
Saya juga tahu Allah sntiasa bersama saya.
Saya mahukan cinta high class bersama zauj saya nanti.
Jika saya kecundang menjaga hati dengan melayani mereka,
pasti skrg sy sudah xberada di sini utk sama2 saya berkongsi perkongsian ini..


Nikmatilah indahnya saat menahan, seperti saat berbuka puasa… Dan apabila waktu berbuka, indahnya menikmati rezeki makanan daripada Allah. Begitu juga dengan saat menahan nafsu, apabila halal, penuh keterujaan, InsyaAllah :)



“Jodohku, aku cuma tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku Cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Aku ku simpankan perasaan aneh ini. Akan ku luahkan utkmu setelah akad menghalalkan kita :) ”

---------------------------------------------------------------------

“Alhamdulillah..,” Humaira berkata sendirian. Butang save ditekannya beberapa kali.

Lagu nasyid Dalam Sujud Cintaku by HAlim Devotees dan Taubat seorang Hamba by Hafiz Hamidun feat Irsyadee yang xputus diulang2 terus dipadamnya.
Earphone diletakkan di tepi komputer ribanya.


Dia terus menutup laptopnya dan segera menunaikan solat Zuhur. Alhamdulillah, hari ni masih kesempatan untuk berpuasa. Bersyukur dikurniakan kesihatan yg baik. Ada juga masa utk mengadap Sang Pencipta…

Selepas sahaja solat dan membaca kalam Allah, direbahkan badannya di atas katil. Alhamdulillah serba sedikit artikelnya td menjawab persoalan dan masalah yg melanda dirinya. Terasa sedikit kekuatan yg Allah pinjamkan kpdnya. Untungnya mencari ilmu. Dalam keadaan tidak sedar, ia mampu menjadi terapi diri.. :)

“Terima kasih Ya Allah kerna bg aku petunjuk aku ttg dia..
Aku perlu membuat keputusan supaya aku kembali tenang...
Engkau perlu kuat, Humaira! InsyaAllah”

Matanya terpejam…
rohnya melayang. Hanya jasad yg tinggal di katil itu…
Keadaan kembali sunyi….
----------------------------------------------------------------------------------------
Wallahualam..



Semua yang baik dtg dari Allah dan kelemahan pastinya datang diri ini.. :)

Lihatlah diri kita dan mereka pada hari ini, bukan semalam.
kerna manusia ini cepat berubah..
Mungkin semalam kita melihatnya dengan pandangan hina.
Namun xmustahil hari ini mereka di pandang mulia oleh Allah malah lebih mulia daripada kita.

Mungkin awak, awak dan awak lebih mulia dari saya..
Husnuzon.. :)

Jom perbaiki agama, akhlak, pergaulan, iman dan amal kita.. ^^,
Buat awak, jom sama2 lah kita menjaga...




Tidak lupa juga utk para akhawat yg saya sayangi..
Jom tutup aurat mengikut syariat Islam sebelum terlambat.. :)

I LOVE U ALL LILLAHI TA'ALA..




Salam Nisfu Syaaban utk semua umat ISLAM
Mohon salah silap atas kekurangan diri ini.. :)

Doakan sama2 agar kita berjaya dan selamat di dunia dan akhirat..

Jom sama2 bermujadah awak tu.. ^^,
Aamin ya rabb sama2 :)


Diari | 13 Syaaban - 14 Syaaban 1433
| 2.20am


 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...