Saturday, December 08, 2012

:: Petanda Dari Allah ::

Assalamualaikum wbt.... 

Alhamdulillah, alhamdulillah setinggi2 kesyukuran aku panjatkan kepadaMu Ya Allah.. Semoga kita semua sentiasa berada di lembayung rahmat Allah..

Maaf sgt2 sebab entry kali ni saya terpaksa menggunakan "aku" instead of "saya".. Maaf kalau nampak sedikit kasar... Sebenarnya dah lama nk post pasal entry mimpi ni, tp oleh sebab2 tertentu, terpaksa pending agak lama.. Hanya sorang je tahu mimpi ini, iaitu sepupu rapat saya, mardhiyyah.. Maybe xpenting sgt posting ni, tp semakin hari ia menganggu saya.. sampaikan xtau apa yg patut sy buat after this... hmm..

Mimpi.. Kematian.. semakin hari, aku merasa ia semakin dekat je, tetapi aku tahu ia tetap menjadi rahsiaNya.. Allah, malam ni airmata ku mencurah2.. Walau aku nak rahsiakan perasaan malam ni, tp aku tetap mahu berkongsi.. Semoga entry ni dpt menjadi memory kepada keluarga, kawan2 yang aku btul2 sayang.. :'( Maafkan syah, syah banyak sgt2 dosa dengan awak2 semua, especially ummi n abah.. T.T

Mimpi.. semakin hari aku mendapat banyak mimpi.. Especially last month, berderet mimpi pasal kiamat sahaja.. Aku ingatkan dalam mimpi tu real, sampaikan dalam mimpi tu aku rasa menyesal teramat sangat hidup kt dunia ni xbetul2.. xikut apa yang Allah nak.. xtingkatkan amal betul2.. arghh!! sedih sgt2..

Setakat aku belajar di matric uia dulu, terdapat byk jenis mimpi.. Mimpi datangnya dari Allah dan juga syaitan n lupa da.. Aku anggap kesemua mimpi ini sebagai peringatan kepadaku.. supaya aku lebih sedar dan berhati2 melangkah di dunia ni.. xkisahlah ia dtg dari sumber mana pun, tp aku amek mana yang positif, supaya skrg, aku tumpukan pd amal dunia yg boleh memberi saham di akhirat kelak.. Terima kasih ya Allah..

Segala gambaran yang saya bagi dalam entry ni semestinya tidak seperti gambaran yang real. sebab gambaran Allah semestinya lagi dasyat n menakutkan... yeah, indeed..


----------------------------------------------

Mimpi pertama 

Aku mengejar kanak2 yang sedang riang berlari..  Semakin aku kejar, aku terpaksa mendaki bukit.. Time tu abangah pun ada... Aku bgtau abangah supaya berlari bersama2.. Sedang happy berlari2, Allah, bila aku pandang ke belakang, aku melihat air ombak tinggi sgt2 nk jatuh ke atas aku.. mcm tsunami.. aku berlari lagi laju and tinggal semua kanak2 td.. aku berteriak kt abangah supaya lari sama2.. aku xnak sape2 pun mati time tu.. bila aku panjat btl2 atas puncak bukit, ingatkan da selamat, rupanya2 ombak tsunami datang dari 2 arah.. baru lah aku sedar rupanya2 hari itu adalah hari kiamat.. sbb dari puncak bukit tu aku nampak semua bumi da musnah, tinggal aku je yang blom.. belum sempat aku mengucapkan kalimah syahadah.. dan sudah tentu aku belum sempat bertaubat.aku dihanyutkan oleh ombak tu... :( begitu cepatnya ajal datang.. belum sempat apa2 aku berbuat apa2..  endsss... T.T


Mimpi Kedua

Time ni aku bermimpi aku berada di mahallah (hostel) UIA.. Tp suasana agak berbeza sedikit.. sedang khusyuk2 berbual dengan kawan2, tiba2 bangunan bergoyang2.. seriously bergoyang2 mcm buaian laju.. time tu cuak sgt2 sebab xtau apa yg berlaku.. adakah sbb gempa bumi or kiamat? time tu mmg aku ingat real, bukan mimpi.. tiba2 je tanah terbelah menjadi banyak belahan.. Bwh belahan ku aku ternampak api2 mendidih (kelihatan mcm liquid), mungkin ni lah api neraka yang kita sering dengar skrg.. satu persatu belahan tu akan jatuh di makan oleh api neraka tu.. :(

Allah, mmg time tu aku menangis je.. aku masih duduk halaqah bersama kawan2 aku sambil berpegangann tgn kesemuanya.. aku ajak kawan2 mengucap kalimah syahadah berpuluh2 kali supaya Allah mendengar akan diterima taubat kami.. tp time tu semua da menangis,ada yang berteriak., aku gagahi lg agar mulutku tidak terhenti selagi mana ajalkan belum diambil oleh Allah.. Aku membaca doa2 taubat, istighfar, zikir.. tiba2 tanah yang aku dan kwn2 duduk jatuh ke dasar api.

Seluruh badanku masuk di dalam api neraka (mcm liquid - ibarat mcm lemas dalam laut).. time tu aku belum mati, tanganku masih berpegang pd tangan kwn2 aku yang lain.. hanya tunggu mati kelemasan je.. Semasa aku jatuh ke dalam air ni, aku baru perasan air itu berwarna biru, tp tidak panas.. aku menangis sampai di luar mimpi//aku tersedar, aku berfikir sampai skrg, apa perlu aku buat ya Allah....??



Mimpi KeTiga

Aku mimpi berada dalam keranda.. bukak2 mata terus berada di dalam keranda. ibarat aku mati ketika tidur.. aku ingatkan bangun2 still atas katil.. time tu aku terdengar bunyi tapak kaki (xclear sgt, seolah2 some1 datang dekat aku).. time tu aku terus tutup mata.. aku takut, aku xnak terima hakikat time tu aku dah mati.. sebab aku tau itu adalah kehadiran malaikat munkar nakir.. Allah, time tu aku cukup cukup n cukup takut n gementar.. aku takut malaikat yang serba hitam n muka yg menakutkan yang akan menyoalku nanti.. aku meminta doa pada Allah dengan keadaan mataku tertutup supaya malaikat yg dtg tu ialah dengan keadaan yg baik (pakaian serba putih n tersenyum).. Belum sempat aku membuka mata, aku dah tersedar dr mimpi... syukur sgt2 bukak2 mata aku masih hidup.. aku perlu buat sesuatu ya Allah... T_T

------------------------------------------------

Mimpi2 yang aku alami ni semuanya xsemua berakhir dengan baik.. banyak lg mimpi2 pasal kiamat aku dapat.. sebelum ni dah ada aku post kt blog ni pasal cmne aku menerima buku amalan aku yang sikit sgttttt2 amal kt dunia..

Objective pertama saya menulis cerita ni supaya saya tidak MENYESAL kali KEDUA.. iaitu menyesal ketika aku betul2 mati.. almost semua dalam mimpi tu, selepas je "kiamat", aku baru tersedar yang aku belum buat banyak lg amal soleh, belum banyak bersedekah, belum banyak buat sunnah Nabi, selawat n whatsever yang berkaitan dengan pahala... seriously i mean it.. saya xnak semua muslimin n muslimat yang ada kt dunia ni merasai benda yang sama mcm saya rasa dalam mimpi tu..

So sekarang, saya minta sangat2 termasuk diri saya sendiri, kita sama2 berhijrah.. hijrah lah walau sedikit tp yang boleh membawa kepada kebaikan.. ayuh kita mulakan segala kerja kita dengan bismillah.. niat kerna Allah,insyaAllah kita akan merasai kemanisan bila berbuat sesuatu dan rasa nak buat, buat n nak buat lg.. perlu ada pada setiap kita azam untuk sentiasa mengajar dan mengajak org lain kpd kebaikan..

Jika kita pandang sekitar kita, sebenarnya banyak sgt Allah lapangkan pada diri kita untuk buat pahala.. cuma kita je xnampak..contoh skrg bila di rumah, saya bersama umi n abah.. bagaimana nk perolehi pahala? umi selalu mitakmengurut, masak, n buat segala kerja rumah, sudah tentu semua tu adalah pahala bg kita..

Jika anda berada di kelas, skolah n mana2 sahaja, carilah sumber pahala, pastikan ia halal.. insyaAllah, insyaAllah dan insyaAllah... terakhir skali, saya takut sangat2 jika Allah tanya saya kelak betul2 pada hari kiamat... 

"Aku dah tunjukkan engkau dengan pelbagai petunjuk (hidayah / mimpi), tapi engkau masih lg berada pada level yang sama,, sungguh engkau seorang yang rugi!!"

Saya tahu sekarang.. saya perlu bertindak sekarang.. "YA ALLAH, ya Allah, ya Allah, ya Allah, janganlah engkau pesongkan aku setelah engkau memberikanku hidayah.. "

Buatmu muslimat, please, please and please, jagalah auratmu, jangan balut auratmu.. kadang2 saya sedih dan menangis bila melihat sahabat2 muslimah yg membuka aurat.. tahu x, auratmu itu adalah maruahmu.. xmalu kah kamu seolah 'menjual' maruahmu dengan lelaki2 ajnabi.. seolah2 kamu tiada harga (maaf, kasar sgt2..) kamu kena tahu, akhirat kelak auratmu itulah yg pertama yg akan dijilat terkena api neraka.. tahu tak berapa celcius panas api neraka berbanding kt api kt dunia ni? tolong la muslimah.. sbb auratlah wanita yg plg ramai di neraka kelak.. hijrahlah dahulu dengan memakai pakaian yg menutup aurat.. jika tiada ilmu, tanyalah ustaz / ustazah / kwn2 yg lebih arif ttg agama.. tolong... cari lah sumber ilmu ttg aurat yang sebenarnya.. bukan sekadar tahu aurat pakai tudung, tp kaki, tangan,mulut, hati dan semuanya..  sebelum semuanya terlambat..! kalaupun kiamat masih lambat lg, tp ajal xpernah lambat.. tolong muslimah! saya merayu sgt2... peringatan utk saya jugak, kdg2 saya masih lalai... T.T




# Maafkan saya ayat amat berterabur.. xsempat nk baca balik n edit.. Maafkan saya sekali lg.. (sambil dengar lagu menanti di barzakh / fareast)... Moga kita semua beroleh manafaat.. 

Assalamualaikum wbt.. 
selawat dan salamm ke atas nabi Muhammad SAW dan keluargaNya.. 
 La ilahaill Allah.. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...