Thursday, March 17, 2011

:: Why You Should Work Smart Not Hard ::


As salam readers!
Why You Should Work Smart Not Hard?
Because smart work means you’re more likely to reach your goals. Sadly, it’s all too possible to work hard without any recognition and without achieving success. Sure, you might be up to date with all your emails … but that might not bring you any nearer to winning a promotion, or to starting your own business.
Plus, when we’re working hard, other areas of our life get neglected. Maybe you’re working long hours but eating poorly and never exercising. It might not seem like such a bad choice now, but when you run into health problems a few years down the road, you’re going to wish you’d found a better balance.
* camni ke rupa kalo da kena migrain.. rasa2 teruk lg.. hehe

Working too hard can have a really negative effect on your quality of life, too. Long hours and the pressure to keep doing more can lead to stress, burn out, depression, or just that miserable feeling of is this all there is to life?
So just keep it your work smart! untill u will get a migraine like me! ='(
Migraine attacks may be triggered by:
  • Alcohol
  • Allergic reactions
  • Bright lights
  • Certain odors or perfumes
  • Changes in hormone levels (which can occur during a woman's menstrual cycle or with the use of birth control pills)
  • Changes in sleep patterns
  • Exercise
  • Loud noises
  • Missed meals
  • Physical or emotional stress
  • Smoking or exposure to smoke
Other symptoms that may occur with the headache include:
  • Chills
  • Increased urination
  • Fatigue
  • Loss of appetite
  • Nausea and vomiting
  • Numbness, tingling, or weakness
  • Problems concentrating, trouble finding words
  • Sensitivity to light or sound
  • Sweating
    Love Note : After pegi clinic this morning, doctor kasi nasihat sama saya suh sy continue pakai spec tiap2 ari n take a long rest! Arghh! Xsuke pakai spec! Sejak darjah 6 lg pakai, power xnaik2.. klo truskan pakai nnt power cmfirm naik lg.. Emm.. Nak je suruh scan kepala saya ni tgk kalo ad pape.. Xsedap hati laa! ='(

Wednesday, March 16, 2011

:: Can't You See I'm Busy? ::

now..its already 0210am...
iklan japp..
mood : sedih my teddybear da putus tgn..latest dua2 tgn da kudung, xde masa nk jahit balik!

Submission da nak dekat.. this friday da kena submit all reports, boards.. Mujur la models kena submit next monday on 21st March! =) So weekend ni leh pulun2 buat models! InsyaAllah saya buat yg terbaik! Arasso! Yg penting aku kena present tuk internal portfolio and external folio nnt! takut! mengapa saya madam?porkee!


Bila bz.. Meja study automatik bersepah! Keje designer mmg bersepah!

penat2 study baik bace berita sat.. Byk list homeworks! Half works already done!

menu mlm ni : maggi tomyam.. dah berkurun xmakan.. bila start nk mkn, mcm ni la jadi nya.. buat maggi pn da lupa. byk ltk air la plak~ berat saya makin lama makin turun.. emm..

see my calendar! today > 1604 submission > 18 - 28hb.. balik umah??

Today's  diareee : Klas bi pg td turn saya kena present final.. mmg mata bengkak tido kul 5am mlm tu bngun2 kul 8am..
Ptg plak klas ungs until 315pm.. Pastu kuar pi hardware beli autocolor, sand paper, brush nk cat nnt.. Plg aku bangga naik motor kuar dr UIA..berbju kurung plak tu.. first time tuu! Thanks Yas sudi bawak saya! =)
Ptg tdo jap tuk save energy for tonight... so now kena la stay up! gambatte!!

LOVE NOTE :  Sakit pinggang semakin hari semakin teruk.. adakah sbb duk lama ats krusi? Mybe gak sbb almost 10 - 15 hours spend masa duk dpn laptop buat design! Duduk plak bongkok2 mcm nenek!

Bertahan! Lupakan masalah lain.. lupakan semua! Tp Allah n Umi Abah ttp kena ingat!
 Focus on ur works first! Susah2 Dahulu, Senang2 Kemudian! Aip2 Captain! 
wassalam!


Tuesday, March 15, 2011

:: Terciptanya Aku Drp Tulang Rusuk Kirimu ::





Duhai tulang rusuk kiri,
bila kamu memakai tudung,
itulah kurniaan
itulah rahmat
datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat ,
bila kamu mensyukuri rahmat itu,
kamu akan diberi kekuatan
untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan
yang diinginkan Allah SWT.

Duhai tulang rusuk kiri .
ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan...
ketika ditiup sangkakala yang kedua,
pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas,
yang tanahnya dari logam yang panas,
tiada rumput mahupun tumbuhan...

Duhai tulang rusuk kiri,
ketika tujuh mentari didekatkan di atas kepala kita dalam keadaan gelap gempita,
ketika seluruh manusia ketakutan,
ketika ibu tidak mempedulikan anaknya,
anak tidak mempedulikan ibunya,
sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh,
lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang,
masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya...

Duhai tulang rusuk kiri,
pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak,
bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya,
ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,
ada yang berbentuk seperti haiwan,
ada yang berbentuk seperti syaitan,
semuanya menangis...
menangis kerana hari itu Allah SWT murka..

Duhai tulang rusuk kiri,
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar
yang panas
membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab...

Duhai tulang rusuk kiri,
bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini,
entah dengan apa nanti kita akan jawab
bila kita ditanya oleh
Yang Maha Perkasa,
Yang Maha Besar,
Yang Maha Kuat,
Yang Maha Agung. . . .
Allah SWT.



Thursday, March 10, 2011

:: Permudahkan lah Hadapi Saat2 Akhir Sem Akhir Tahun 3! ::


Saat akhir tahun 3 ni mcm2 dugaan menimpa saya... laptop rosak.. hardisk buat hal.. mjur ad MD yg sudi pinjamkan laptop dan kwn2 yg len dtg n tlg membantu saya.. terima kasih sgt2 kwn! sayang korang tau! Grad2 sama nnt.. moga perhubungan kita kekal hendaknya.. =)

Skrg msih xdpt nk lelapkan mata! nk buat design! lusa mdm da nak tgk! maafkan saya mdm.. ksian mdm. ='(
kami minta maaf ye! harap sgala ilmu yg mdm smpaikan akn kami guna n terapkan sgalanya..aminn!

ni projek dua punya tuk multipurpose design...
sakit kepala! tibe2 xleh nk copy lak.. ayuii! ya allah permudahkam kerja saya!

Love Note : Permudahkan segalanya..... bykk betul keje.. maybe bulan 4 ni balik lewat! ='( cian my family n kucing2 comelll saya sdg menunggu kepulangan saya! uwaaa!

Wednesday, March 09, 2011

:: Kenapa Mesti Awak Datang Dlm Hidup Saya ::



Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS =)

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.




LOVE NOTE : Suka kan lelaki berterampilan sebegitu. Suka kan jika dia menjadi milik saya untk dunia n akhirat nnt..  tp layakkah aku menerima sedemikian? Ya Allah, Milikkanlah hati ini utk lelaki yg baik utk mendidik diri ini bsama..amin =)

Saturday, March 05, 2011

:: Of Course! Everybody Needs Somebody to Love in Entire Life ::

Assalamualaikum =)

I just want to feel safe in my own skin…I just want to be happy again. I just want to feel deep in my own world. But I’m so lonely I don’t even want to be with myself anymore..


I would like to stay a secret, like walking in the dark, if no one knows you, no one cares, and no one breaks your heart.


There’s a girl in the mirror I wonder who she is, sometimes I think I know her, sometimes I really wish I did. There’s a story in her eyes, lullabies and good byes…when she's looking back at me I can tell her heart is broken easily... same as me!


LOVE NOTE :  I have been crying way easier lately because of You Ya rabbi!

:: Ketensionan Tahap Climax Bila Projects n Practical Bertembung! Kedeboomm!! ::

Assalamualaikum... =)
Ceria nya hari ni hari jumaat sbb dapat qadaa tido dgn baiknya! Alhamdulillah! Actually baru bangun so rasa sihat n freshh sket =) Hari ni pagi lps consult design ngan madam rafidah kat kaed terus balik bilik.. balik2 terus tidoo! Siap mimpi sy kena present lg dpn mdm.. Plg lawak sblm present aku tunjuk slide cite hantu kak limah  balik kg dpm mdm.. hehe..

Hari ni juga serba sedikit ad usaha nak cari contact number tmpt praktikal.. supposedly dah lma kena start mcari2 ni.. emm..  dlm kepala sebenarnya nk amek negeri lain mcm penang, melaka n sarawak! =) lps discuss ngan my lect tu, so decide nak amek area kl slangor je.. sbb2 nya :

1 : dekat ngan supervisor senang nk access or nk discuss pape..
2 : ad umah kat s.alam so xde problem nak stay mna..
3: tmpt praktikal mybe lbh professional n updated ( equipment cukup ) 
4 : nak independent ( takut jugak sbb im a shy2 girl! )

So tajuk tuk my final research paper xjumpa lg.. ya Allah tolong la saya.. insyaAllah nnt nk pikir2 dulu sbb skang xsempat nak pikir n mcari.. bz sgt2 =( nak amek surat dr opis lg nk send.. ayoi!

Stop jap pikir sal tmpt oraktikal skrg move forward to my current project! Model dua2 xbuat lg.. adeh! bila nk start ni! ='( Semester ni semester plg pening n "kucalana" (ayat kelate!)

Buah hati saya :  Umi and Abah


Td sbb tension msg my permata hatiku umi n abah n tnya khabar mereka n my cuteey cats.. Amat comel bila umi ckp kucing saya tkt kena rotan n gigit jari kaki bila lapar! hik3 cam layan bdk nakal lak.. Cian haruko, tomeyo, chiko n chin2 tam xleh masuk umah.. Tunggu atah balik ek.. baru leh masuk umah! =')

LOVE NOTE : Bila tension bukan jd lebih rajin, tp MALAS! aduh! Sempat lg nk blogging n fesbuking! =(



Thursday, March 03, 2011

:: Im Done.. Anda Pula Bagaimana? ::

Assalamualaikum..

Akhirnya hari ini baru teringat nk pre register utk semester baru.. Mujur la tnya kak fana sal register td kat klas UNGS3 td.. sebut sal ungs3 ni rasa lawak plak.. Mana tak nya tiap kali klas tu Spahic Omer (lecturer tu) asyik pnggil nama saya je tiap kali ad session soal jawab.. asyik kena tnya je.. huwaa! nervous kot.. Xpyh pergi warm up, pulse rate saya da turun naik automatik.. Mujur dpt calm dgn baik.. :)

Nak cerita sal oliday jap.. sbb oliday ni bleh release tension saya dgn hal personal n study ni kat uia! Serabutt betull.. Ya allah tolonglah saya..

Oleh kerana saya xamek short sem bulan 5-7 ni, so saya berholiday selama 4 months di rumah tersayang dgn family n kucing2 ku =) Dgn 4 months oliday, insyaAllah nk spend masa tu utk baik2 =) InsyaALLAh segala perancangan tuk bulan 5 nnt akn tercapai.. kalau x, mungkin bkn rezeki saya lg. Mungkin lain kali plak ye.. =)

Hari ni baru ad masa nk register tuk year 4 sem 1.. actually firstime rasa tension sgt2.. starting next week berderet2 ad presentation2 iaitu bi, research methodology, building pathology, studio ( internal n external portfolio day ) .. Models xbuat2 lg.. emm.. 
masih xpercaya! tempat praktikal da ada dlm list.. tp blom apply! major nk focus nnt praktikal pn xde! Ya Allah bila la nk buat smua ni.. tmpatkan aku tmpt yg bleh aku bkerja dgn baik.. xmo jd cam sblm2 ni.. byk pengacau! nk hidup dgn baik pn susah.. klo ganggu luaran xpe, tp ni dgn dalaman skali.. tu yg siksa.. aminn =(

LOVE NOTE : Susahnya nk lupakan hal isu tu.. camne ek..? perlu ke nk direct bgtau awk..?  sbb saya rasa awk xperasan .. hmm.. susahnya balaghah (kiasan) ni..cm bljr arab kat skul dulu plak.. hehe. =)

Wednesday, March 02, 2011

:: Terima Kasih Krn Memilihku Diantara Ribuan Bidadari Yg Lain::


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak.

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku kelak.. 

Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

 LOVE NOTE : Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 

:: Sedih Sayu Hajat Si Ayah Tak Tercapai ::

Assalamualaikum.. sedang merehatkan minda n hati yg bercelaru.. tibe saya tertarik pd 1 blog merupakan Si ayah yg telah kembali ke rahmatullah pd bape hari yg lalu akibat exciden smasa balik ke Trganu.. byk ringkasan. cerita mngenai family nya, ank2 nya n juga hajatnya tuk ank keduanya yg baru dilahirkan.. Sedih sgt2.. Si ayah n si ibu kalau xsalahnya budak ex Uia.. hmm =(

Comel sangat ank pertama nya : Embun

http://nafastari.blogspot.com/2009/10/masa-yang-terlalu-sedikit.html

Kelahiran Putri keduanya :

http://nafastari.blogspot.com/2010/12/catatan-buat-anakanda-kedua.html

LOVE NOTE : Semoga rohnya dicucuri rahmat n Ampunkan dosa2 beliau.. amin.. Al Fatihah.. ='(

Tuesday, March 01, 2011

:: Tolong Bantu Saya.. Dpt Gak Sentuh Dia Setelah 3,4 bulan ::

Assalamualaikum..
Nak curik2 masa jap sbb hari ni saya sgt teruja.. Hari ni sbb da kosong fulus dlm bank n tunggu mlm nnt MD dtg nk mamam.. Pagi td klas bi sempat beli cheese sandwich.. Muka tibe2 terkerut sbb duit da ksong dlm purse.. sedih nye..

Ptg plak klas UNGS3,, perut da keroncong2 kuat gile.. so pinjam duit kwn beli la nasi.. nak jadi ke cerita hari ni teruja sbb saya beli ayam goreng! Yippi! Tu pn terpaksa sbb cafe mummy da xde lauk pauk.. Da lama xmkn ayam goreng sbb cepat gemuk! cepat knyg! susah nak mkn.. kena mkn rakus2.. xcantik plak pompuan mkn gituu..

Sihat ke aku? Lauk tiap2 hari ikan sardin or ikan keli or telur goreng.. Mmg sayur aku xsentuh kcuali ulam2 or kacang botol.. Tp nk bleh ke amek tu tgk condition jugak la.. Skang umo da nk masuk 22.. Makan plak cam baby or budak kecik.. kdg2 cam org sakit.. tu smua kata2 senior bila tgk cara aku mkn.. emmm.. kdg2 terpikir jugak.. umi pn marah tgk aku mkn cam xde khasiat.. camneee nk ubah?

Alkisahnya nk diet.nk turun berat lg.. swimming saje xckup ptg2. aku xmkn pedas.. leh kata cerewet bila mkn.. tp bkn cerewet sgt.. just xmkn pedas n sayur.. so kcian la sape dpt aku.. tp bab masak i msk je sayur n pedas2 tuk my fmily! =) sayang umi!


Lauk rutin : sup sayur (without vege) , telur (any kinds) , ikan sardin or keli
Lauk hari ni : sup sayur, ayam goreng n telur .. so nmpak nye ad perubahan di situ.. tp hari ni je.. 

LOVE NOTE : Sape2 bleh ajarin daku makan sayur n makan pedas?

Thursday, February 24, 2011

:: Invitation to Beijing Exhibition in IIUM (UIA) ::

Assalamualaikum.. dengan bangga n rasa hormatnya saya nk invite u all xkisah la sape2 to our exhibition sempena study trip to Beijing baru2 ni time autumn =) Byk events yg akn diadakan sepanjang 4 hari iaitu pada hari Isnin - Khamis, 21th February 2011 di Kuliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED) di area KAED Gallery, dr pukul 9am - 5pm...


Mmg banyak ujian n dugaan before n during the preparation tuk exhibition ni bcause of time management yg btul2 pack.. Al maklum la da nk masuk final year! Projek studio berlambak2 cam cokodok! Tp alhamdulillah thanks God still give us opportunity tuk buat exhibition ni dgn jayanya walau belum start lg.. hehe. Anyway, hope exhibition ni berjalan ngan lancarnya n jayanya! =) Insya Allah ...


(click for enlarge all this poster n brochures ) 
(click for enlarge all this poster n brochures ) 
Exhibition of Heritage and Contemporary Studies 2010/2011
Northern Central Region
-BEIJING,CHINA-

Presenting:
-Interior Design-
-Industrial Design-
-Conservation Design-

Activities:
-Board Presentation-
-Video Presentation-
-Chinese Tea Ceremony-
-Games-
-Painting Competition-
-Stalls-
-Photography Booth-
-Ceramic Demonstration-

All are invited.
Come & Join Us..!!


Organized by:
AAD 3rd year student

Supported by:
Department of Applied Arts & Design (AAD)
Kulliyah of Architecture & Environmental Design (KAED)
International Islamic University Malaysia, (IIUM)

Sponsored by:
MAYBANK
Ministry of Higher Education Malaysia
Centre of Built Environment (CBE)
Weststar 
Great Adventure Consultant (GAC)

(click for enlarge all this poster n brochures ) 
(click for enlarge all this poster n brochures ) 

LOVE NOTE : Datang jangan xdatang ye!! =) 

Wednesday, February 23, 2011

:: Besarnya Dugaan dari Dia ::

Assalamualaikum my readers!
Sekarang my feeling x brapa sihat sebab banyak benda yg perlu buat.. Bdn da panas.. Bibir n tgn kering sgt2. Mcm kemarau jee.. Pasal keje plak xleh nk ckp byk sgt.. Dgn Exhibition Beijing lagi.. Studio plak 2 projects kena buat, Bi plak kena submit 2nd draft, Logo netball xbuat lg, yg tu xbace lg.. Ungs 3 plak Alhamdulillah da siap submit walau keje last minute smlm tdo smpai kul 2am.. keje group biasa la kena last2 baru best =)

Kpala pening n td emo kejap n teringat kat umi.. tup2 dpt msg dr umi.. umi ckp nape xmsg die.. tau la bz.. umi mmg fhm aku mmg bz sgttttt! tp aku xleh lupakan umi n abah.. sorry sgt2 umi yek! sya xsengaja.. hmm.. ='(
pape pn sya sedih sbb tkt buat umi terasa.. oh!! mitak maaf bangat umi! Lps cite my problems umi bg advices aku terus tenang.. thank u so much my love ummi! Xsabar nak balik umah April ni n holiday ngan 1 big family..


LOVE NOTE : Ya Allah, Perkenankanlah permintaanku.. Agar Impianku bersama keluarga tercintaku terlaksana sepertimana terlaksana tugasku sebagai hamba kpd Mu.. Amin.. =)

Tuesday, February 15, 2011

:: PemergiannMu Diganti AlQuran & Sunnah ::


Assalamaualaikum... hari ini 15 Februari 2011 bersamaan 1432 masihi amat bermakna buat kita umat Islam.. iaitu kelahiran nabi kita Nabi Muhammad s.a.w... tibe2 berangan...alangkah indahnya jika aku dpt lihat beliau meskipun dr jauh...


Hadith : "Jika stiap kejadian yg xbernyawa sekalipun,bgembira dgn kelahiran baginda n smua tumbuh-tumbuhan pn bgembira malahan smua binatang pn bgembira n smua malaikat pn bgembira n smua jinn Islam bgembira diatas kelahiran baginda,knp kamu menghalang kami drp bgembira dgn kelahiran baginda?"

Tuk entry kali ni, aku perlulah gembira sgt2.. firstly,aku rasa bsyukur sgt2 sbb still dpt hirup udara yg nyaman kat dunia ni.. Tapi sedikit xtenang.. Mana tak nya,da nk setahun diri aku bergelumang dgn rasa takut2 dgn hidup kat dunia ni.. maybe instint aku atau aku yg byk fikir.. xnk sentuh psl apa isu nk ditakutkan.. sbb still in phobia =(

Tapi hari ni, dgn kelahiran nabi mulia kita, nk try rasa tenang n hayati dgn sirah2 nabi.. di ikutkan dlm  tafsir quran byk sgt2 cerita ttg nabi.. kalau dibaca tafsir quran tu, mmg khusyuk n tenang sgt3.. mmg ternyata btul2 tinggalan nabi tuk umah ialah al Quran penenang hati. Skang kat uia jarang sgt dgr ceramah agama sbb BUSY! mmg alasan xleh pakai. kejarkan dunia sgt. Mujur gak this sem amek subjects UNGS3, that class cam ad relate ttg sirah n ethics we as a muslim. so serba sedikit dpt gak nk dgr.. rindu plak zaman skolah agama dulu.. suka.. innocent gilee rasa time tu..

Hati aku....

Nak ikutkan hati aku, first bsyukur dihidupkan ngan agama islam. dibandingkan dgn agama2 lain, rasa yg amat rugi sgt hidup kt dunia ni sbb xde tujuan hidup. islam pada nama or ic xde guna jugak. skrg n masa lampau hati ni mmg rasa nk dktkan diri dgn ALLAH..

Dgn azam2 baru insyaaallah serba sedikit ad improvement skrg..  moga ia berterusan ke akhir nyawa.. mungkin itu gunanya azam yg menjayakan diri kita di akhirat nnt.. Hati mmg lembut.. ada kala ia keras.. hati jugak lah penggerak minda.. tp cubalah lembutkan ia supaya kita dpt gerakkan dia ke jln yg btul. walau amat payah, tp ia berguna di sana nnt kerna di sana yg kekal abadi.. takutt!


LOVE NOTE : Entry ni dedicated to myself.. Andai masa blom terlambat.. tetapkanlah hatiku.. aku yg perlu berubah, xperlu menunggu ssuatu,, insyaALLAH =) matikanlah aku dlm iman..
percepatkanlah jika ia terbaik buatku.. aminn!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...