Sunday, March 27, 2011

:: Im A Loner ::

Thank u Mc Sue for tagging me this funny stuff..
Dpt 'sengih' sket ptg ni =)
Enjoy!


RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!


IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Ayya Girl - JYJ (korean)


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Never Say Goodbye (korean) - always say welcome! =)


WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Lets Go Party (2NE1) - xpenah nk pi party pn!


HOW DO YOU FEEL TODAY?
I Dont Care (2NE1) - mmg xkisah pn.. xde perasaan! =)


WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
HeartBeat (2PM) - betul2! kita hidup sbb our hearts still berdnyut! hehe


WHAT'S YOUR MOTTO?
I Hate You (2PM) - xde masa nk hate org.. xbaik!


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Empty ( JYJ) - hehe..smpai hati..


WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Be My Girl ( JYJ) - hehe.. of course ill be your daughters forever!


WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Without Saying (U r Beautiful,Korean) - xterkata woo! hehe


WHAT IS 2 + 2?
Promise (U r Beautiful,Korean) - janji gituu!


WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Still As Ever (U r Beautiful,Korean) - i love u friends!


WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Crazy Love (DBSK,Korean) - xde la smpai crazy! ish3


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Because of U (After School, korean)


WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Diva (After School,Korean) - amboi! divaa gituu! hehe


WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Again n Again (2PM) - hebat giler klo saya dance cam 2PM..xmcm pompuan da.. hehe



WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Mystery ( Beast,Korean) - shuhh!


WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
Bad Girl (Beast,Korean) - saya nk jadi pompuan baik ye! =)


WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Shock (Beast,Korean) - betul2! 


WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Heaven (BigBang,Korean) - Yeah! nak msuk syurga!


WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Day after Day (BigBang,Korean) - =)


WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Choosey Lover (DBSK,Korean) - all of them are my lovers!


WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Im A Loner (Blue,Korean) - of course not!

Dgn ini saya mengetag mctiey, miera aziz, dayat, k dida, kak fifi, kak kay... 
n smua Followers saya n smua readers yg view this entry!
Thank You!

Wednesday, March 23, 2011

:: Transformasi... Susah Ke Tak? ::


Perempuan solehah itu... 
tika berusalah, dia Mariam
tika berilmu, dia Aisyah
tika tersepit, dia Asiah
tika tersiksa, dia Sumaiyah
tika miskin, dia Fatimah
tika berharta, dia Khadijah

“Hikmah itu sesuatu yang hilang dari orang yang beriman, maka sesiapa yang menemuinya, maka dialah yang paling berhak ke atasnya” – Hadis

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya


Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)


Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”


3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
dalam kehiHadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dupan global.

Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.
Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.
Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.
“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.
Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid)

Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.
Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “… perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.


Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.


Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.
Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi


Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.


Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.

“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).

LOVE NOTE : i wish i can be like before.. amin.. insyaAllah.. =)

sekarang bulan 3 2011..
Pic ni time kat Matrik UIA PJ..  still pakai tudung labuh lps kluar dr sekolah agama..
skang juz wear tudung biasa.. i wish i can be like before.. saya tgh mencuba..
insyaALLAH one day saya akn berubah.. ini JANJI saya padaNya..
kerna Lillahi Taala.. =)

thanks to all my friends for encouraging me... =)

this song sy nk dedicate tuk smua wanita islam di luar sana! =)

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati ... *oh suami ku~pandai2 je tambah.. hehe
by AMAR..


Thursday, March 17, 2011

:: Why You Should Work Smart Not Hard ::


As salam readers!
Why You Should Work Smart Not Hard?
Because smart work means you’re more likely to reach your goals. Sadly, it’s all too possible to work hard without any recognition and without achieving success. Sure, you might be up to date with all your emails … but that might not bring you any nearer to winning a promotion, or to starting your own business.
Plus, when we’re working hard, other areas of our life get neglected. Maybe you’re working long hours but eating poorly and never exercising. It might not seem like such a bad choice now, but when you run into health problems a few years down the road, you’re going to wish you’d found a better balance.
* camni ke rupa kalo da kena migrain.. rasa2 teruk lg.. hehe

Working too hard can have a really negative effect on your quality of life, too. Long hours and the pressure to keep doing more can lead to stress, burn out, depression, or just that miserable feeling of is this all there is to life?
So just keep it your work smart! untill u will get a migraine like me! ='(
Migraine attacks may be triggered by:
  • Alcohol
  • Allergic reactions
  • Bright lights
  • Certain odors or perfumes
  • Changes in hormone levels (which can occur during a woman's menstrual cycle or with the use of birth control pills)
  • Changes in sleep patterns
  • Exercise
  • Loud noises
  • Missed meals
  • Physical or emotional stress
  • Smoking or exposure to smoke
Other symptoms that may occur with the headache include:
  • Chills
  • Increased urination
  • Fatigue
  • Loss of appetite
  • Nausea and vomiting
  • Numbness, tingling, or weakness
  • Problems concentrating, trouble finding words
  • Sensitivity to light or sound
  • Sweating
    Love Note : After pegi clinic this morning, doctor kasi nasihat sama saya suh sy continue pakai spec tiap2 ari n take a long rest! Arghh! Xsuke pakai spec! Sejak darjah 6 lg pakai, power xnaik2.. klo truskan pakai nnt power cmfirm naik lg.. Emm.. Nak je suruh scan kepala saya ni tgk kalo ad pape.. Xsedap hati laa! ='(

Wednesday, March 16, 2011

:: Can't You See I'm Busy? ::

now..its already 0210am...
iklan japp..
mood : sedih my teddybear da putus tgn..latest dua2 tgn da kudung, xde masa nk jahit balik!

Submission da nak dekat.. this friday da kena submit all reports, boards.. Mujur la models kena submit next monday on 21st March! =) So weekend ni leh pulun2 buat models! InsyaAllah saya buat yg terbaik! Arasso! Yg penting aku kena present tuk internal portfolio and external folio nnt! takut! mengapa saya madam?porkee!


Bila bz.. Meja study automatik bersepah! Keje designer mmg bersepah!

penat2 study baik bace berita sat.. Byk list homeworks! Half works already done!

menu mlm ni : maggi tomyam.. dah berkurun xmakan.. bila start nk mkn, mcm ni la jadi nya.. buat maggi pn da lupa. byk ltk air la plak~ berat saya makin lama makin turun.. emm..

see my calendar! today > 1604 submission > 18 - 28hb.. balik umah??

Today's  diareee : Klas bi pg td turn saya kena present final.. mmg mata bengkak tido kul 5am mlm tu bngun2 kul 8am..
Ptg plak klas ungs until 315pm.. Pastu kuar pi hardware beli autocolor, sand paper, brush nk cat nnt.. Plg aku bangga naik motor kuar dr UIA..berbju kurung plak tu.. first time tuu! Thanks Yas sudi bawak saya! =)
Ptg tdo jap tuk save energy for tonight... so now kena la stay up! gambatte!!

LOVE NOTE :  Sakit pinggang semakin hari semakin teruk.. adakah sbb duk lama ats krusi? Mybe gak sbb almost 10 - 15 hours spend masa duk dpn laptop buat design! Duduk plak bongkok2 mcm nenek!

Bertahan! Lupakan masalah lain.. lupakan semua! Tp Allah n Umi Abah ttp kena ingat!
 Focus on ur works first! Susah2 Dahulu, Senang2 Kemudian! Aip2 Captain! 
wassalam!


Tuesday, March 15, 2011

:: Terciptanya Aku Drp Tulang Rusuk Kirimu ::





Duhai tulang rusuk kiri,
bila kamu memakai tudung,
itulah kurniaan
itulah rahmat
datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat ,
bila kamu mensyukuri rahmat itu,
kamu akan diberi kekuatan
untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan
yang diinginkan Allah SWT.

Duhai tulang rusuk kiri .
ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan...
ketika ditiup sangkakala yang kedua,
pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas,
yang tanahnya dari logam yang panas,
tiada rumput mahupun tumbuhan...

Duhai tulang rusuk kiri,
ketika tujuh mentari didekatkan di atas kepala kita dalam keadaan gelap gempita,
ketika seluruh manusia ketakutan,
ketika ibu tidak mempedulikan anaknya,
anak tidak mempedulikan ibunya,
sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh,
lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang,
masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya...

Duhai tulang rusuk kiri,
pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak,
bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya,
ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,
ada yang berbentuk seperti haiwan,
ada yang berbentuk seperti syaitan,
semuanya menangis...
menangis kerana hari itu Allah SWT murka..

Duhai tulang rusuk kiri,
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar
yang panas
membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab...

Duhai tulang rusuk kiri,
bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini,
entah dengan apa nanti kita akan jawab
bila kita ditanya oleh
Yang Maha Perkasa,
Yang Maha Besar,
Yang Maha Kuat,
Yang Maha Agung. . . .
Allah SWT.



Thursday, March 10, 2011

:: Permudahkan lah Hadapi Saat2 Akhir Sem Akhir Tahun 3! ::


Saat akhir tahun 3 ni mcm2 dugaan menimpa saya... laptop rosak.. hardisk buat hal.. mjur ad MD yg sudi pinjamkan laptop dan kwn2 yg len dtg n tlg membantu saya.. terima kasih sgt2 kwn! sayang korang tau! Grad2 sama nnt.. moga perhubungan kita kekal hendaknya.. =)

Skrg msih xdpt nk lelapkan mata! nk buat design! lusa mdm da nak tgk! maafkan saya mdm.. ksian mdm. ='(
kami minta maaf ye! harap sgala ilmu yg mdm smpaikan akn kami guna n terapkan sgalanya..aminn!

ni projek dua punya tuk multipurpose design...
sakit kepala! tibe2 xleh nk copy lak.. ayuii! ya allah permudahkam kerja saya!

Love Note : Permudahkan segalanya..... bykk betul keje.. maybe bulan 4 ni balik lewat! ='( cian my family n kucing2 comelll saya sdg menunggu kepulangan saya! uwaaa!

Wednesday, March 09, 2011

:: Kenapa Mesti Awak Datang Dlm Hidup Saya ::



Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal(bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam. Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja.


KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS =)

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi mungkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia, sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.




LOVE NOTE : Suka kan lelaki berterampilan sebegitu. Suka kan jika dia menjadi milik saya untk dunia n akhirat nnt..  tp layakkah aku menerima sedemikian? Ya Allah, Milikkanlah hati ini utk lelaki yg baik utk mendidik diri ini bsama..amin =)

Saturday, March 05, 2011

:: Of Course! Everybody Needs Somebody to Love in Entire Life ::

Assalamualaikum =)

I just want to feel safe in my own skin…I just want to be happy again. I just want to feel deep in my own world. But I’m so lonely I don’t even want to be with myself anymore..


I would like to stay a secret, like walking in the dark, if no one knows you, no one cares, and no one breaks your heart.


There’s a girl in the mirror I wonder who she is, sometimes I think I know her, sometimes I really wish I did. There’s a story in her eyes, lullabies and good byes…when she's looking back at me I can tell her heart is broken easily... same as me!


LOVE NOTE :  I have been crying way easier lately because of You Ya rabbi!

:: Ketensionan Tahap Climax Bila Projects n Practical Bertembung! Kedeboomm!! ::

Assalamualaikum... =)
Ceria nya hari ni hari jumaat sbb dapat qadaa tido dgn baiknya! Alhamdulillah! Actually baru bangun so rasa sihat n freshh sket =) Hari ni pagi lps consult design ngan madam rafidah kat kaed terus balik bilik.. balik2 terus tidoo! Siap mimpi sy kena present lg dpn mdm.. Plg lawak sblm present aku tunjuk slide cite hantu kak limah  balik kg dpm mdm.. hehe..

Hari ni juga serba sedikit ad usaha nak cari contact number tmpt praktikal.. supposedly dah lma kena start mcari2 ni.. emm..  dlm kepala sebenarnya nk amek negeri lain mcm penang, melaka n sarawak! =) lps discuss ngan my lect tu, so decide nak amek area kl slangor je.. sbb2 nya :

1 : dekat ngan supervisor senang nk access or nk discuss pape..
2 : ad umah kat s.alam so xde problem nak stay mna..
3: tmpt praktikal mybe lbh professional n updated ( equipment cukup ) 
4 : nak independent ( takut jugak sbb im a shy2 girl! )

So tajuk tuk my final research paper xjumpa lg.. ya Allah tolong la saya.. insyaAllah nnt nk pikir2 dulu sbb skang xsempat nak pikir n mcari.. bz sgt2 =( nak amek surat dr opis lg nk send.. ayoi!

Stop jap pikir sal tmpt oraktikal skrg move forward to my current project! Model dua2 xbuat lg.. adeh! bila nk start ni! ='( Semester ni semester plg pening n "kucalana" (ayat kelate!)

Buah hati saya :  Umi and Abah


Td sbb tension msg my permata hatiku umi n abah n tnya khabar mereka n my cuteey cats.. Amat comel bila umi ckp kucing saya tkt kena rotan n gigit jari kaki bila lapar! hik3 cam layan bdk nakal lak.. Cian haruko, tomeyo, chiko n chin2 tam xleh masuk umah.. Tunggu atah balik ek.. baru leh masuk umah! =')

LOVE NOTE : Bila tension bukan jd lebih rajin, tp MALAS! aduh! Sempat lg nk blogging n fesbuking! =(



Thursday, March 03, 2011

:: Im Done.. Anda Pula Bagaimana? ::

Assalamualaikum..

Akhirnya hari ini baru teringat nk pre register utk semester baru.. Mujur la tnya kak fana sal register td kat klas UNGS3 td.. sebut sal ungs3 ni rasa lawak plak.. Mana tak nya tiap kali klas tu Spahic Omer (lecturer tu) asyik pnggil nama saya je tiap kali ad session soal jawab.. asyik kena tnya je.. huwaa! nervous kot.. Xpyh pergi warm up, pulse rate saya da turun naik automatik.. Mujur dpt calm dgn baik.. :)

Nak cerita sal oliday jap.. sbb oliday ni bleh release tension saya dgn hal personal n study ni kat uia! Serabutt betull.. Ya allah tolonglah saya..

Oleh kerana saya xamek short sem bulan 5-7 ni, so saya berholiday selama 4 months di rumah tersayang dgn family n kucing2 ku =) Dgn 4 months oliday, insyaAllah nk spend masa tu utk baik2 =) InsyaALLAh segala perancangan tuk bulan 5 nnt akn tercapai.. kalau x, mungkin bkn rezeki saya lg. Mungkin lain kali plak ye.. =)

Hari ni baru ad masa nk register tuk year 4 sem 1.. actually firstime rasa tension sgt2.. starting next week berderet2 ad presentation2 iaitu bi, research methodology, building pathology, studio ( internal n external portfolio day ) .. Models xbuat2 lg.. emm.. 
masih xpercaya! tempat praktikal da ada dlm list.. tp blom apply! major nk focus nnt praktikal pn xde! Ya Allah bila la nk buat smua ni.. tmpatkan aku tmpt yg bleh aku bkerja dgn baik.. xmo jd cam sblm2 ni.. byk pengacau! nk hidup dgn baik pn susah.. klo ganggu luaran xpe, tp ni dgn dalaman skali.. tu yg siksa.. aminn =(

LOVE NOTE : Susahnya nk lupakan hal isu tu.. camne ek..? perlu ke nk direct bgtau awk..?  sbb saya rasa awk xperasan .. hmm.. susahnya balaghah (kiasan) ni..cm bljr arab kat skul dulu plak.. hehe. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...