Sunday, March 27, 2011

:: Bumi Telah Bongkok Tiga, Insaflah Wahai Umat Islam ::

Assalamualaikum..
Alhamdulillah saya masih lg bernyawa n trima kasih kpd Allah kerna msih lg meminjamkan nyawa kpd sy utk terus berjuang n bertaubat di dunia fana ini..

Beberapa minggu lps saya byk mnerima berita n cerita mgenai Hidayah Allah kpd kwn saya.. Mmg besar sgt kuasa Allah.. Jika diberikan saya hidayah Allah itu, pasti saya xmampu nk tempuhi.. saya btul2 takut.. Menangis mendengar cerita itu.. hmm Mmg smua inginkan hidayah allah, tp ketika hidayah allah itu dtg beserta dgn azab atau petanda buruk, ia btul2 tersiksa n teramat pedih tuk tempuhinya...

InsyaAllah siapa2 yg nk tau cite ni akn saya kongsikan tp maybe scara privacy saje.. Sy pn ingin share cerita ni sebagai peringatan kpd kita smua bahawa dunia ini sudah bongkok tiga.. atau erti kata lain dunia ni sudah tidak lama nk bertahan dgn aktiviti2 manusia yg membawa kmusnahan kpd dunia ini sendiri..

Sy juga nk share terutamanya tuk wanita di luar sana.. Sperti kita tahu, wanita la yg ramai mghuni di neraka kelak.. Mmg susah nk mjadi wanita, tp ia juga senang menjadi wanita.. ibarat kata lain, senang tuk memasuki neraka, tp senang juga tuk menghuni syurga.. mana satu pilihan anda? Mmg saya juga lemah, kdg2 saya juga tersasar ke landasan ngatif, tp insyaAllah serba sdikit landasan itu akn sy baiki tuk kebaikan di akhirat kelak..insyaALLAH..

Beberapa bulan yg lps, saya ad mnerima 1 buku dr ummi saya. Wlaupn hnya sbuah buku yg nipis n kecil, nmun isinya mampu mbuat kita mperolehi kebaikan di akhirat kelak. Saya tahu walaupn saya dr sekolah agama dr form 1-5, namun kdg2 xsmua bnda yg kita blajar, kita akn buat.. Wlau sy drp klurga alim, xsmesti saya mewarisi iman nya.. Namun sprti saya ckp tadi, sy ttp berusaha ke jalan diredhai Nya..

Di sini saya nk share serba sdikit buku drp JAIK yg saya dpt from my ummi! thank u Allah krna kurniakan saya seorg ummi yg baik, solehah, n amat mgambil berat ttg ank2nya trutama ank2 prmpuannya iaitu saya yg sering alpa n lupa n lalai dgn dunia pentas lakonan semata2..


Kebanyakan wanita suka mperagakan pakaian yg amt menjolok mata, apabila si adam mula bermain mata, wanita itu trus myalahkan si adam ats dasar mata keranjang, tp siapakah yg sebenarnya salah ..?
Tidak ramai juga wanita yg ambil tahu pada siapa aurat mereka bleh dipertontonkan..drp pengalaman saya sndiri, dgn spupu lelaki pn mereka perlihatkan aurat mereka ats dasar mereka tidak tahu / susah or mls nk pkai tudung / spupu tu ibarat keluarga mereka sndiri.. 
So di dalam surah annur ni sudah jelas menjelaskan kpd kita smua ttg aurat wanita..


Fesyen tidak salah.. As long kita still tutup apa yg diwajibkan.. Kdg2 kita leka dgn perhiasan di dunia ini smpaikan hiasan n maruah kita sndiri pn hndak dipertontonkan tuk pihak lain.. Wanita yg berbadan kurus, smakin hari semakin aktif n sengaja nk menunjukkan bntuk bdn. Apatah lg tuk badan yg sedikit berisi..


Tudung yg singkat dan xmenutupi paras dada kini kian diikuti oleh remaja wanita Islam di luar sana.. Majalah2 pn skrg mostly smua nk tunjuk fesyen hanya kepala yg ttup tp dada terbukak.. Sedangkan smua ni jugak tlh djelaskan dlm surah annur juga supaya melabuhkan tudung anda ke leher n dada anda...


Semakin mahal harga baju, semakin 'telanjang' baju itu.. setuju x? Xkisahla designers tu omputih or sape2, tp kita sblm nk beli baju tu kena la pandai pikir n memilih.. sstgh baju tu smpaikan nmpak ap yg xspatutnya di lihat.. kwn sesama perempuan pn malu melihat bnda itu, apatah lg klo lelaki yg melihtnya.. emm.. sy pn penah xpikir time nk beli baju, asal nmpak cantik trus amek n bayar.. lps tu bru tahu baju tu jarang n ketat.. so kat sini pn da bazirkan duit beli smua tu.. emm..


LOVE NOTE :  Sekian.. tepuk dada, tanya la iman masing2.. Smua benda dlm entry kali ini sy tujukan kpd diri saya sndiri.. saya juga wanita sama sperti di luar sana.. sering lupa, lalai n sy sgt2 hina disisi Nya =( Saya sedar dunia sudah hampir ke akhirnya, sama2 la kita berusaha wlau hnya sedikit, kerna usaha yg sdikit itulah dpt mbawa kita kpd sisi Allah.. insyaAllah =)

:: Perlu Ke Menunjuk2 Cantik ::

Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?

Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik. Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'? Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.

Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula. Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.

Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya. Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.

Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.

Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.

Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.

Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.

Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)

Perlukah jadi cantik?

Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.

Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.

Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik. Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu. Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.

Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery,Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.

Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK. Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri. Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik. Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.

Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.

Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta. Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita. Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.

Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.

Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam. Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik. Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia. Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

LOVE NOTE : Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.


:: Im A Loner ::

Thank u Mc Sue for tagging me this funny stuff..
Dpt 'sengih' sket ptg ni =)
Enjoy!


RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!


IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Ayya Girl - JYJ (korean)


HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Never Say Goodbye (korean) - always say welcome! =)


WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Lets Go Party (2NE1) - xpenah nk pi party pn!


HOW DO YOU FEEL TODAY?
I Dont Care (2NE1) - mmg xkisah pn.. xde perasaan! =)


WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
HeartBeat (2PM) - betul2! kita hidup sbb our hearts still berdnyut! hehe


WHAT'S YOUR MOTTO?
I Hate You (2PM) - xde masa nk hate org.. xbaik!


WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Empty ( JYJ) - hehe..smpai hati..


WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Be My Girl ( JYJ) - hehe.. of course ill be your daughters forever!


WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Without Saying (U r Beautiful,Korean) - xterkata woo! hehe


WHAT IS 2 + 2?
Promise (U r Beautiful,Korean) - janji gituu!


WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Still As Ever (U r Beautiful,Korean) - i love u friends!


WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Crazy Love (DBSK,Korean) - xde la smpai crazy! ish3


WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Because of U (After School, korean)


WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Diva (After School,Korean) - amboi! divaa gituu! hehe


WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Again n Again (2PM) - hebat giler klo saya dance cam 2PM..xmcm pompuan da.. hehe



WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Mystery ( Beast,Korean) - shuhh!


WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
Bad Girl (Beast,Korean) - saya nk jadi pompuan baik ye! =)


WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Shock (Beast,Korean) - betul2! 


WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Heaven (BigBang,Korean) - Yeah! nak msuk syurga!


WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Day after Day (BigBang,Korean) - =)


WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Choosey Lover (DBSK,Korean) - all of them are my lovers!


WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Im A Loner (Blue,Korean) - of course not!

Dgn ini saya mengetag mctiey, miera aziz, dayat, k dida, kak fifi, kak kay... 
n smua Followers saya n smua readers yg view this entry!
Thank You!

Wednesday, March 23, 2011

:: Transformasi... Susah Ke Tak? ::


Perempuan solehah itu... 
tika berusalah, dia Mariam
tika berilmu, dia Aisyah
tika tersepit, dia Asiah
tika tersiksa, dia Sumaiyah
tika miskin, dia Fatimah
tika berharta, dia Khadijah

“Hikmah itu sesuatu yang hilang dari orang yang beriman, maka sesiapa yang menemuinya, maka dialah yang paling berhak ke atasnya” – Hadis

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami


Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya


Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)


Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”


3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
dalam kehiHadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dupan global.

Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.
Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.
Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.
“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.
Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid)

Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.
Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “… perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.


Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.


Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.
Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi


Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.


Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya.

“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).

LOVE NOTE : i wish i can be like before.. amin.. insyaAllah.. =)

sekarang bulan 3 2011..
Pic ni time kat Matrik UIA PJ..  still pakai tudung labuh lps kluar dr sekolah agama..
skang juz wear tudung biasa.. i wish i can be like before.. saya tgh mencuba..
insyaALLAH one day saya akn berubah.. ini JANJI saya padaNya..
kerna Lillahi Taala.. =)

thanks to all my friends for encouraging me... =)

this song sy nk dedicate tuk smua wanita islam di luar sana! =)

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah
Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati ... *oh suami ku~pandai2 je tambah.. hehe
by AMAR..


Thursday, March 17, 2011

:: Why You Should Work Smart Not Hard ::


As salam readers!
Why You Should Work Smart Not Hard?
Because smart work means you’re more likely to reach your goals. Sadly, it’s all too possible to work hard without any recognition and without achieving success. Sure, you might be up to date with all your emails … but that might not bring you any nearer to winning a promotion, or to starting your own business.
Plus, when we’re working hard, other areas of our life get neglected. Maybe you’re working long hours but eating poorly and never exercising. It might not seem like such a bad choice now, but when you run into health problems a few years down the road, you’re going to wish you’d found a better balance.
* camni ke rupa kalo da kena migrain.. rasa2 teruk lg.. hehe

Working too hard can have a really negative effect on your quality of life, too. Long hours and the pressure to keep doing more can lead to stress, burn out, depression, or just that miserable feeling of is this all there is to life?
So just keep it your work smart! untill u will get a migraine like me! ='(
Migraine attacks may be triggered by:
  • Alcohol
  • Allergic reactions
  • Bright lights
  • Certain odors or perfumes
  • Changes in hormone levels (which can occur during a woman's menstrual cycle or with the use of birth control pills)
  • Changes in sleep patterns
  • Exercise
  • Loud noises
  • Missed meals
  • Physical or emotional stress
  • Smoking or exposure to smoke
Other symptoms that may occur with the headache include:
  • Chills
  • Increased urination
  • Fatigue
  • Loss of appetite
  • Nausea and vomiting
  • Numbness, tingling, or weakness
  • Problems concentrating, trouble finding words
  • Sensitivity to light or sound
  • Sweating
    Love Note : After pegi clinic this morning, doctor kasi nasihat sama saya suh sy continue pakai spec tiap2 ari n take a long rest! Arghh! Xsuke pakai spec! Sejak darjah 6 lg pakai, power xnaik2.. klo truskan pakai nnt power cmfirm naik lg.. Emm.. Nak je suruh scan kepala saya ni tgk kalo ad pape.. Xsedap hati laa! ='(

Wednesday, March 16, 2011

:: Can't You See I'm Busy? ::

now..its already 0210am...
iklan japp..
mood : sedih my teddybear da putus tgn..latest dua2 tgn da kudung, xde masa nk jahit balik!

Submission da nak dekat.. this friday da kena submit all reports, boards.. Mujur la models kena submit next monday on 21st March! =) So weekend ni leh pulun2 buat models! InsyaAllah saya buat yg terbaik! Arasso! Yg penting aku kena present tuk internal portfolio and external folio nnt! takut! mengapa saya madam?porkee!


Bila bz.. Meja study automatik bersepah! Keje designer mmg bersepah!

penat2 study baik bace berita sat.. Byk list homeworks! Half works already done!

menu mlm ni : maggi tomyam.. dah berkurun xmakan.. bila start nk mkn, mcm ni la jadi nya.. buat maggi pn da lupa. byk ltk air la plak~ berat saya makin lama makin turun.. emm..

see my calendar! today > 1604 submission > 18 - 28hb.. balik umah??

Today's  diareee : Klas bi pg td turn saya kena present final.. mmg mata bengkak tido kul 5am mlm tu bngun2 kul 8am..
Ptg plak klas ungs until 315pm.. Pastu kuar pi hardware beli autocolor, sand paper, brush nk cat nnt.. Plg aku bangga naik motor kuar dr UIA..berbju kurung plak tu.. first time tuu! Thanks Yas sudi bawak saya! =)
Ptg tdo jap tuk save energy for tonight... so now kena la stay up! gambatte!!

LOVE NOTE :  Sakit pinggang semakin hari semakin teruk.. adakah sbb duk lama ats krusi? Mybe gak sbb almost 10 - 15 hours spend masa duk dpn laptop buat design! Duduk plak bongkok2 mcm nenek!

Bertahan! Lupakan masalah lain.. lupakan semua! Tp Allah n Umi Abah ttp kena ingat!
 Focus on ur works first! Susah2 Dahulu, Senang2 Kemudian! Aip2 Captain! 
wassalam!


Tuesday, March 15, 2011

:: Terciptanya Aku Drp Tulang Rusuk Kirimu ::





Duhai tulang rusuk kiri,
bila kamu memakai tudung,
itulah kurniaan
itulah rahmat
datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat ,
bila kamu mensyukuri rahmat itu,
kamu akan diberi kekuatan
untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan
yang diinginkan Allah SWT.

Duhai tulang rusuk kiri .
ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan...
ketika ditiup sangkakala yang kedua,
pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas,
yang tanahnya dari logam yang panas,
tiada rumput mahupun tumbuhan...

Duhai tulang rusuk kiri,
ketika tujuh mentari didekatkan di atas kepala kita dalam keadaan gelap gempita,
ketika seluruh manusia ketakutan,
ketika ibu tidak mempedulikan anaknya,
anak tidak mempedulikan ibunya,
sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh,
lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang,
masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya...

Duhai tulang rusuk kiri,
pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak,
bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya,
ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,
ada yang berbentuk seperti haiwan,
ada yang berbentuk seperti syaitan,
semuanya menangis...
menangis kerana hari itu Allah SWT murka..

Duhai tulang rusuk kiri,
belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar
yang panas
membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab...

Duhai tulang rusuk kiri,
bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini,
entah dengan apa nanti kita akan jawab
bila kita ditanya oleh
Yang Maha Perkasa,
Yang Maha Besar,
Yang Maha Kuat,
Yang Maha Agung. . . .
Allah SWT.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...