Aku mencari-cari.. dimanakah fail amalan ku... Dimana?? Fail-fail amalan terus jatuh dan jatuh dari ats.. Belum sempat ku mendangak ke langit, fail amalan terus jatuh dan jatuh.. Tidak ada masa utk aku berfikir.. Yang terfikir di mana fail amalanku...??
Orang ramai terus mencari fail amalan masing2... Tidak ku jumpa.. Cuma fail itu hanya tentera nombor masing2.. Iya, nombor itu.. Aku mmg ingat akn nombor itu... Fail-fail amalan tertimbun2.. Belum puas ku cari, fail amalan lain pula jatuh dan bertimbun.. Manusia lain? Aku xsempat bersuara bertanyakan di mana fail amalanku.. Semua manusia sibuk mencari fail amalan masing2..
Oh.. itukah fail amalan ku?? Aku terus mengambil.. Nombor itu seakan2 no.aku... Aku dakap fail amalan ku lalu jantungku berdebar2... Ya Allah, bagaimanakah nasibku di sini...? Semalam baru aku berfikir, bagaimanakah perasaan org mati sebelum bertaubat? Ya Allah, kembalikan aku di dunia.. :(
Aku terus membuka fail amalanku.. Hanya tentera peratus amalanku di samping nota2 kecil mungkin amalan2 baik n jahatku di dunia.. Di akhir fail itu tentera 92%... Ya Allah, airmata ku mengalir.. Bagaikan di dunia aku mendapat keputusan exam yg menggembirakan iaitu cemerlang.. Ke syurga kah aku..??
Aku menutupi kembali fail amalan ku.. Aku menatap kembali fail amalanku.. Bagaikan xpercaya.. Aku xsolehah, aku jahat di dunia, aku mcm2 lg aku berfikir lalu mataku kembali menatap nombor di fail itu.. Ya Allah, ini bukan fail amalanku..!! :(
Terus ku buang fail amalan itu, lalu kembali mencari2 fail amalanku dgn lbh berhati2.. Masih ad manusia lain yg belum berjumpa fail itu.. Aku terus dan terus mencari lalu aku mendapati fail aku di lantai itu.. Perasaan yg sama, tp lebih gemuruh.. Ya Allah, kali ni mungkin aku akn melihat peratus amalanku.. Ku buka perlahan2..
Ya Allah.........
Jantungku bagai di tusukk!! Inikah peratus amalan baikku di dunia selama 23 tahun??
20%...????
--------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah, sombongya aku.. Walau da dpt berapa kali petunjuk, aku masih di takat ini.. Masih lg leka.. Masih lg malas.......... Ya Allah.. terima kasih kerna Kau sgup bagiku petunjuk walau aku masih lg begini hina di pandanganMu... Aku perlu bertindak sekarang.. Jika x, bila lagi... Aku xmahu pisang berbuah 2x.. Aku xmahu berada di tempat td sehinggakan aku menyesal seumur hidup di neraka itu kerna xdpt kembali ke dunia utk bertaubat.. Kali ni, aku xkisah apa org nk bercakap mengenai aku..
Mmg aku takut akan diperkatakan org ttg perubahanku skrg, tp inilah aku.. Aku ada sebab semua ni bermula aku balik umrah tahun lepas... Aku bersyukur pd Allah.. Aku maafkan semua org yg perkatakan ttg diriku.. Moga mereka juga akn mendapat hidayah dr Allah.. Aamiin.. Maafkan aku, kerna aku korang xselesa aku berada di kalangan kalian.. Mitak maaf.. Mungkin kadang2 aku perlu bergerak seorang.. Tapi aku ttp berbangga mempunyai seorang kawan di sisi.. Mungkin dialah atau kamilah akan bergerak bersama2 ke syurga Allah.. Aamiin..............................................
---------------------------------------------------------------------------------------
Bercerita mengenai mimpiku.. betul ke karut, wallahualam..
Ambil yg positif, perlu diambil utk membina dan mendekatkan lgi aku padaNya..xrugikan?
Semua yg baik dtg dr Allah,
Yang hina dan lemah dtg drp saya sendiri..
Wassalam..
Nur Aisyah Mohamad Adnan
28 Februari 2012
Tanpa Ilmu boleh pulang kepada Allah swt
Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah kepada Ku (Allah) dengan reda dan diredai, maka masuklah hamba Ku, masuklah ke dalam surga Ku. (Al Fajr 89:27-30).
Sebenarnya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah,.. semudah memejamkan mata atau menarik nafas. Setiap saat pun kita boleh kembali kepada Allah. Di mana sahaja kita boleh kembali kepada Allah, hanya yang diperlukan adalah keyakinan, keikhlasan dan kerelaan.
Kawan muslimatku.. jagalah AURAT mu..
Bukan membungkus auratmu.. Saya menasihati bukan kerna saya terbaik dan paling hebat dalam menjaga aurat, tapi kerna ingin kamu ke syurga Allah.. Malah saya lbh berbangga kalau perubahanmu lebih hebat dan istiqamah berbanding diri ini..
Wassalam..


.jpg)












