Tuesday, March 27, 2012

:: I am Hot. Then Please Stay Away from Me ::

Assalamualaikum.. 
Salam 4 Jamadil Awal..

Hot bukan makna cantik..
Tapi hot sebab api neraka ye..

" Semakin hari semakin jauh saya kepadaNya..
Ya Allah, apa tlh saya lakukan...?
Dulu telah lama saya buang perasaan ini, namun sekarang ia kembali lg...
Sungguh, saya benci sangat2 perasaan ini.." ;(

Hari ni nak berbicara sket tentang cinta sesama insan..
Sudah lama xbercerita cinta manusia ni..
Izinkan saya..

Kepentingan ISTIKHARAH...

Mmg penting sgt istikharah ni utk segala amal kita kt dunia ni walau da kita lakukan atau masa akan akan datang yg akan kita lakukan..  Bukannya hanya fokuskan pada pasangan hidup.. Jodoh? Allah da tetapkan utk kita semasa kita 4 bulan lg di dlm perut ibu... Tugas kita? Perlu sedikit usaha, perlu berdoa dan selebihnya tawakal.. 

Saya ada beberapa kisah utk dijadikan sedikit teladan dan pengajaran tuk muslimat di luar sana tentang kepentingan ISTIKHARAH..

1) Seorang lelaki bleh dikatakan seorang athlete di U**. Amat digemari oleh ramai muslimah myb dgn keterampilannya sedikit ISLAMIC walau terpaksa sedikit social tp masih lg menjaga batas2.. InsyaAllah.. Lalu lelaki ini tlh mengenali seorang perempuan bernama Humaira'.. Humaira dahulunya xbrapa ISLAMIC walau dia juga berasal dr skolah agama. 1 day, dia ada pasangkan niat tuk membuat perubahan dlm hidupnya kerna dia merasakan ssuatu yg tidak lengkap dgn dirinya.. Terasa juga dia tlh lama tersasar dari tujuan hidunya kat dunia ni. Terasa juga malu sgt2 pada diri sendiri, keluarga dan terutama pada Allah.. Niat perubahan Humaira' tlh menarik minat oleh lelaki ini dan lelaki ini cuba dekatinya n ada niat tuk peristerikannya.. 

Humaira' berasa serba salah kerana dia baru mengenali lelaki ini. Dan dia hanya menganggap lelaki ini tidak serious n myb lelaki ini saje2 kot. Then lepas tu senyaplah hubungan mereka sebagai kawan selama 9 bulan. Alhamdulillah selama 9 bulan itu, serba sedikit Humaira tlh berubah especially dgn pakaian yg begitu menunjukkan dia btl2 menutup aurat berbanding dahulu. Alhamdulillah.. Plg membanggakan, dia berubah tanpa paksaan dan sokongan sape2 termasuk lelaki itu dan semunya kerana kerelaan dirinya sendiri dan yg pasti semuanya HIDAYAH datang dari Allah.. Alhamdulillah wa syukurillah.. ;')

 

Bukan hanya perubahan pakaian, Humaira' juga tlh mengenakan niqab kerana dia merasakan dirinya akan lebih dekat pada Allah dan dia juga belajar tuk menyerahkan 100% dirinya hanya pd Allah.. Dia ingin istiqamah dalam pemakaian niqab kerna salah 1 sebab dia lbih selesa dan sekaligus dia dpt menjaga pergaulan / ikhtilat terutama dgn lelaki.. Dan yg penting, dia merasakan begitu SELAMAT dan wajahnya juga akan dia paparkan utk bakal SUAMI nya sahaja..

Mmg akui Humaira' mmg seorang da jarang berkawan dgn lelaki since skolah rendah lg. Dia hanya seorang pengawas perpustakaan, dan seorang yg pendiam. Sehingga lah masuk ke sekolah menengah agama, dia berubah menjadi seorang yg 'bising' kerna semunya BANAT (perempuan) kot.. Ya Allah, malu plak.. =) 

Tup2, bila habis membuat practical training di sebuah tmpt governement, Humaira' tlh sambung belajar tuk semester akhir di universitinya. Dia begitu gembira kerana dapat bljr as usual di tmpt bljrnya.. Allah,, hanya Allah sahaja mengetahui perasaannya.. Tapi kegembiraan tu tak lama kerna 1 day, dia tlh terserempak dgn lelaki itu kembali. Humaira sedikit kaget. Ya Allah, mmg dia tlh membuang segala memori ttg lelaki itu, tp imannya LEMAH.. Astagfirullah al azim.. hanya itu yg dia ungkapkan.. 

Slps perjumpaan yg xdisengajakan itu, lelaki itu kembali contact Humaira atas dasar terkejut dgn perubahan Humaira yg begitu drastik.. Humaira cuba utk jauhi lelaki itu kerna dia mahu memegang prinsipnya iaitu tiada lelaki ajnabi yg perlu ada dlm hatinya. Dia kena kuat, kuat tapi laki ni mmg pandai berkata2 plak.. aduh.. Keislamikan nya mmg menarik minat, kerna mmg itulah citarasanya utk mencari bakal suaminya.. Namun sikit demi sedikit Humaira cuba menerima lelaki ini kerna melihat kesungguhan lelaki ini..



Humaira' juga kali pertama tlh mengambil langkah utk beristikharah. Dia takut dia akan mbuat keputusan yg salah. Dia takut hatinya akan jauh pd Allah. Dia takut dia tertipu.. Tapi Humaira' hanya diamkan diri dan semuanya dia berserah pd Allah pada sujud istikharahnya.. Alhamdulillah selama sebulan Humaira beristikharah, Allah mula membuka hijab padanya.. Humaira merasakan ssuatu yg tidak berapa sedap hati dgn lelaki ini.. Humaira juga byk kali bertanya kepastiaan kpd lelaki tu tapi hanya dibalas dgn tengkingan dan dibalas Humaira tlh menuduhnya. Ya Allah, salahkan Humaira bertanya? Kerna dia xmahu memfitnah siapa2.. 

Humaira berasa sedih kerana serba sedikit lelaki itu tlh berubah.. " Knp Humaira perlu bersedih? Hmm.. Allah da tunjukkan kpd Humaira kan siapa dia yg sebenarnya? Tapi Humaira lemah sgt.." itulah ayat2 yg selalu bermain dlm pemikirannya dan serba sedikit dlm menguatkan diri Humaira.

Slps beberapa bulan Humaira mengambil keputusan utk meninggalkan lelaki itu. Nak peristerikn Humaira? Tapi masa panjang lagi, Humaira xnak terjebak dgn perasaan yg sia2 dan habiskan airmata hanya seorang lelaki yang ntah dia or tak yg akan menjadi bakal suaminya.. Humaira' kerap menangis selepas kejadian itu setiap dalam solatnya terutama dlm solat dhuha dan tahajudnya. Kerana itulah salah 1 waktu yg Humaira berasa amat dekat dgn Allah.. Humaira berasa bersyukur.. Dia dapat kembali dekat dgn Allah slps sahaja meninggalkan lelaki itu..

Humaira terpaksa kuat. Dia belajar utk kuat, pasrah dan redha... Alhamdulillah, Humaira semakin kuat. Dan Humaira juga tlh kembali menjalani hidupnya dgn normal. Allah. terima  kasih kerna kembalikan hatiku utk Mu... =) Happy bkn kepalang Humaira slps diberikan kekuatan... Dia merasakan dia tlh diberikan nikmat yg terbaik oleh Allah iaitu KESABARAN...

Bukan perpisahan sahaja yg Humaira perlu hadapi, tetapi ada 1 lagi perkara yg tersembunyi di sebalik lelaki itu.. Humaira tidak merasakan apa2 lg terutama perasaannya kpd lelaki itu. Kerna ALLAH tlh mencampak jauh dan tlh buang perasaaan nya pdnya. =)


Rupanya dgn kekuasaan Allah, Humaira tlh mengetahui rupa2 nya lelaki itu tlh BERTUNANG hampir 5bulan sblum perkenalannya kali kedua. Humaira sedih? Tak... Humaira lgsung tidak sedih.. Apatah lg marah.. Cuma dia merasakan TERTIPU.. Tapi hakikatnya Humaira berasa bersyukur. Knp? Lelaki beginikah akan Humaira terima utk dijadikan SUAMI?

Ohh! Semestinya tidak! Seorang tidak jujur, berbohong dan tidak setia! Nauzubillah..
Kesimpulannya, apa yang saya ingin katakan, knp Allah membukakan hijab dia tlh bertunang pada ketikanya perasaan Humaira tidak lg pada lelaki itu?

Itu adalah kerana Allah tlh menjanjikan bahawa, Allah akan menunjukkan kebenaran pada kita ketika kita betul2 bersedia dan kuat tuk menerimanya.. Cuba bayangkan bila dia mengetahui hakikat itu ketika dia bersedih? Nauzubillah.. Indahnya kuasa Allah.. dan sekarang Humaira hidup seperti sediakala dan masih bersendiri.. Humaira juga cuba tidak mengulangi kesilapan itu.. Humaira cuba menjadikan itu 1 pengajaran dan cubaan utk kali pertama stlh dia melakukan perubahan...

Tapi hari ini, perasaan itu kembali pada diri Humaira.. Humaira cuba menjauhi, insyaAllah dia sedang mencuba.. Walau Humaira tlh menaruh minat pd seorang lelaki ini, dia akan mengenangkan kembali akan peristiwa lampau. Dia xmahu dikecewakan 2x.. Wahai lelaki yg ingin mengenali Humaira, jika benar kamu mencintainya, jumpa lah walinya. Bukan flirt2 di facebook.. 

Humaira juga byk menerima private msg dr lelaki terutama strangers atas dasar terpikat dan ingin dekati dgn diri Humaira. Dan ada juga yg bertanyakan masalah2 agama pd Humaira. Ya Allah, Humaira merasakan itu 1 bebanan yg cukup bsr dan amat kerdil utk Humaira menjawab persoalan itu. Humaira cuba yg terbaik walaupn dia bukannya dari jurusan agama di U**. 

Sejak dari tu juga, Humaira tlh menerima byk risikan daripada strangers dan juga seorang lecturer di U nya sendiri. Ya Allah, Humaira menolak 100% semua risikan itu kerana dia hendak menumpukan hanya dgn pelajarannya kerana semester ini amat penting baginya.. Ada juga lelaki yg ingin mengajak Humaira bekerja bersama2, tp smua ajakan itu Humaira tolak dan berdiam diri. Dia xperlu melayani lelaki2 begitu.. Bencinya!

Sehingga risikan terakhir dari seorang lelaki si M.S.I, Humaira amat tertarik dgn cara risikan dan berfikir tuk menerimanya.. Humaira xpernah ada hati dgn lelaki ini tp saat itu bagaikan Allah tlh mencampakkan hatinya utk lelaki itu.. or syaitan? mybe.. Nauzubillah... 

Namun Humaira terpaksa diam. Diam kerananya xpasti.. Allah.. Dia terus beristikarah utk lelaki itu seperti biasa.. Sekarang, hati Humaira berbelah bahagi. Dia ingin menjaga segala ikhtilat. Dia xmahu segalanya berakhir seperti dahulu.. Kini, Humaira serba sedikit mendapat hijab.. Hijabnya? Biar Allah sahaja yg tahu.. Segala kepastiaan akan Humaira ketahuinya..


Humaira juga selalu bertanyakan pada dirinya.... : 
 : Jika lelaki itu boleh DEKATI Humaira dgn Mudah, pasti sebelum atau pada masa yg SAMA dia juga dekati perempuan yg lain kan?
: Jika lelaki itu SMS/ CHAT dgn Humaira', pasti sebelum atau pd masa yg sama dia juga SMS/CHAT dgn perempuan lain kn?
: Kwn Humaira pn ada cakap, " Humaira awak mmg xleh kawan dgn lelaki sbb once awk berkawan, lelaki tu cepat tergoda / terpikat dgn awak..."

So how?

Humaira xmahu semua tu berlaku, walau masa yg sama Humaira juga pernah SMS/CHAT dgn lelaki itu, kerana pada masa itu Humaira tlh berkenan dgn lelaki itu.. Lelaki lain juga ada yg cuba2 dekatinya dgn chat2 kt fb, tp smua xdilayani kerna hatinya sudah dipetik... Tapi matlamat xmenghalalkan cara kan..? Sekarang, Humaira akan serahkan kembali pd istikharah dan tahajudnya tuk persoalan ini....

Humaira cuba mencari kebenaran, dan kebenaran pasti Allah tunjukkan padanya.. Dia perlu bersabar. Wahai M.S.I, kalau btl2 inginkan Humaira, jadiikanlah dia halal bg mu.. Humaira xnak dia bersama2 lelaki itu terjebak dlm maksiat hati ini.. Humaira tahu lelaki itu ramai kawan perempuan, Humaira xjealous cuma jika benar dia inginkan perubahan, lakukanlah kerna Allah.. Sejauh mana lelaki itu cuba sembunyikan, akan ketahui juga kerna Allah itu xkan menganiaya perasaan hambaNya yg lain.

N for the last, Humaira akan menunggu, tuk melihat sejauh mana kebenaran lelaki itu...
Humaira pn xmengenali lelaki itu secara keseluruhannya lg..
Humaira masih trauma n takut tersalah pilihan lg..
Xjujur? playboy? main2 saje? wallahulam.. mohon jauh!
tp hati Humaira masih sama, tp Humaira perlu bersedia utk ujian yg setrusnya..
Kuatkanlah hati ini ya Allah...



Ya Allah, jatuhkan dann labuhkanlah cintaku pada lelaki yg juga mencari2 cintaMu..
Serahkanlah cinta ini hanya pd lelaki yg btul2 ingin jadikan aku halal bgnya..
Allah, jauhkanlah dan buanglah perasaan ini andai lelaki itu bukan utkku..
Aku redha, pasrah n aku tahu pasti ada 1000 hikmah di sebalik itu..

Maaf andai perkataan yg digunakan terlalu skema disebabkan masa xseberapa 2am.. 
Got migraine this morning until now... For 2nd times buat rukhsah solat zohor td.. Alhamdulillah da ok sket but still need to take some medicines then sleep...
Mood : Unwell n Keep Waiting!
Wassalam.. =)

Tuesday, February 28, 2012

:: Di Sebalik Mimpi : Aku Masih Sombong ::

Assalamualaikum...

Aku mencari-cari.. dimanakah fail amalan ku... Dimana?? Fail-fail amalan terus jatuh dan jatuh dari ats.. Belum sempat ku mendangak ke langit, fail amalan terus jatuh dan jatuh.. Tidak ada masa utk aku berfikir.. Yang terfikir di mana fail amalanku...??

Orang ramai terus mencari fail amalan masing2... Tidak ku jumpa.. Cuma fail itu hanya tentera nombor masing2.. Iya, nombor itu.. Aku mmg ingat akn nombor itu... Fail-fail amalan tertimbun2.. Belum puas ku cari, fail amalan lain pula jatuh dan bertimbun.. Manusia lain? Aku xsempat bersuara bertanyakan di mana fail amalanku.. Semua manusia sibuk mencari fail amalan masing2..

Oh.. itukah fail amalan ku?? Aku terus mengambil.. Nombor itu seakan2 no.aku... Aku dakap fail amalan ku lalu jantungku berdebar2... Ya Allah, bagaimanakah nasibku di sini...? Semalam baru aku berfikir, bagaimanakah perasaan org mati sebelum bertaubat? Ya Allah, kembalikan aku di dunia.. :(

Aku terus membuka fail amalanku.. Hanya tentera peratus amalanku di samping nota2 kecil mungkin amalan2 baik n jahatku di dunia.. Di akhir fail itu tentera 92%... Ya Allah, airmata ku mengalir.. Bagaikan di dunia aku mendapat keputusan exam yg menggembirakan iaitu cemerlang.. Ke syurga kah aku..??

Aku menutupi kembali fail amalan ku.. Aku menatap kembali fail amalanku.. Bagaikan xpercaya.. Aku xsolehah, aku jahat di dunia, aku mcm2 lg aku berfikir lalu mataku kembali menatap nombor di fail itu.. Ya Allah, ini bukan fail amalanku..!! :(

Terus ku buang fail amalan itu, lalu kembali mencari2 fail amalanku dgn lbh berhati2.. Masih ad manusia lain yg belum berjumpa fail itu.. Aku terus dan terus mencari lalu aku mendapati fail aku di lantai itu.. Perasaan yg sama, tp lebih gemuruh.. Ya Allah, kali ni mungkin aku akn melihat peratus amalanku.. Ku buka perlahan2..

Ya Allah.........

Jantungku bagai di tusukk!! Inikah peratus amalan baikku di dunia selama 23 tahun??

20%...????


Ya Allah, aku nk menangis xmampu... Aku terus berfikir neraka.. Ya Allah... ampunlah dosa2 ku........... Kembalilah aku di dunia,,, Kalau aku tahu begini nasibku, akan ku sujud padamu tanpa berfikir 2x.. Ya Allah, aku terus membaca nota2 kecil di fail amalanku itu.. Seolah2, aku perlu ke neraka dahulu, sblm ke syurga.. Ya, aku tahu, setiap umat Islam akan ke syurga akhirnya tp perlulah ke neraka dahulu utk mghapuskan dosa2 yg mereka buat ketika di dunia... Aku terus menangis dan menangis.................


Sampaikan aku terbangun dari mimpi pagi td... Ya Allah, hidup lagikah aku..? Air mataku mengalir sambil berfikir adakah itu petanda bahawa aku perlu segera bertaubat lagi? Taubat setiap hari xrugi.. Tapi betapa sombongnya aku padaNya membuatkan aku malas.. MALAS!! :(




                  --------------------------------------------------------------------------------------



Ya Allah, sombongya aku.. Walau da dpt berapa kali petunjuk, aku masih di takat ini.. Masih lg leka.. Masih lg malas.......... Ya Allah.. terima kasih kerna Kau sgup bagiku petunjuk walau aku masih lg begini hina di pandanganMu... Aku perlu bertindak sekarang.. Jika x, bila lagi... Aku xmahu pisang berbuah 2x.. Aku xmahu berada di tempat td sehinggakan aku menyesal seumur hidup di neraka itu kerna xdpt kembali ke dunia utk bertaubat.. Kali ni, aku xkisah apa org nk bercakap mengenai aku..

Mmg aku takut akan diperkatakan org ttg perubahanku skrg, tp inilah aku.. Aku ada sebab semua ni bermula aku balik umrah tahun lepas... Aku bersyukur pd Allah.. Aku maafkan semua org yg perkatakan ttg diriku.. Moga mereka juga akn mendapat hidayah dr Allah.. Aamiin.. Maafkan aku, kerna aku korang xselesa aku berada di kalangan kalian.. Mitak maaf.. Mungkin kadang2 aku perlu bergerak seorang.. Tapi aku ttp berbangga mempunyai seorang kawan di sisi.. Mungkin dialah atau kamilah akan bergerak bersama2 ke syurga Allah.. Aamiin..............................................

                     ---------------------------------------------------------------------------------------

Bercerita mengenai mimpiku.. betul ke karut, wallahualam..
Ambil yg positif, perlu diambil utk membina dan mendekatkan lgi aku padaNya..xrugikan?
Semua yg baik dtg dr Allah,
Yang hina dan lemah dtg drp saya sendiri..
Wassalam..
Nur Aisyah Mohamad Adnan
28 Februari 2012


Tanpa Ilmu boleh pulang kepada Allah swt

Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah kepada Ku (Allah) dengan reda dan diredai, maka masuklah hamba Ku, masuklah ke dalam surga Ku. (Al Fajr 89:27-30).

Sebenarnya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah,.. semudah memejamkan mata atau menarik nafas. Setiap saat pun kita boleh kembali kepada Allah. Di mana sahaja kita boleh kembali kepada Allah, hanya yang diperlukan adalah keyakinan, keikhlasan dan kerelaan.


Kawan muslimatku.. jagalah AURAT mu.. 
Bukan membungkus auratmu.. Saya menasihati bukan kerna saya terbaik dan paling hebat dalam menjaga aurat, tapi kerna ingin kamu ke syurga Allah.. Malah saya lbh berbangga kalau perubahanmu lebih hebat dan istiqamah berbanding diri ini..
Wassalam..

Wednesday, February 22, 2012

:: Status Yang Diangkat ke Langit ::

Assalamualaikum.. 
Hampir sebulan lebih xupdate blog.. 
Sebab final sem da, so kena fokus betul2 da..
Alhamdulillah mlm ni spend 10 minit je ngan blog.. 
Mlm ni xnk nk bercerita sgt tp nak share ngan 1 carpen ni hasil penulisan saudara Bahruddin Bekri... 
Btul2 best n suka baca hasil penulisannya yg sblm2 ni.. 
Jom baca sama2.. Moga kita dpt 1001 manafaat drp carpen ni..

* Moral of the story will be added at the end of this story..
Baca dulu 5 minit kwn2! =)
_______________________________________________________________________





'Maryam, terima kasih belanja saya makan. Sayang sangat dengan awak XOXO'

Itu status yang saya tulis pada wall facebook Maryam. Kawan baik saya, kawan baik yang sentiasa menggembirakan dan menceriakan saya.

'Terima kasih kepada awak juga. Ada masa kita keluar shopping lagi. XOXO'

Saya tersenyum lebar membaca komen Maryam. Ya, baru petang tadi kami berdua keluar membeli-belah, menonton wayang dan menikmati Tutti Fruti. Semuanya kerana, Maryam akan keluar negara pada esoknya, bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Sesuatu yang saya hanya boleh impikan. Namun saya tetap mendoakan dia berjaya.

Berbekalkan keceriaan petang tadi, semangat saya bermain Facebook ikut meninggi. Pada ketika saya tersenyum penuh semangat itulah, saya terbaca sesuatu yang membuatkan senyuman saya hilang. 

Benar, perempuan yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat daripada nafsu lelaki, tidak juga menjanjikan hatinya baik, dan benar ia tidak menjanjikan dirinya akan bahagia. Tetapi perempuan yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya bebas daripada dosa membuka aurat.

Membaca status Facebook dia, membuat hati saya tiba-tiba mengembang, seperti ekor kucing yang kembang ketika bertemu lawan. 

Entah mengapa, tindakan pertama saya adalah segera membetul-betulkan rambut yang menutup mata saya. Tetapi masih juga ia lepas bebas. Getah di atas meja saya capai, ikat dirambut terus jadi 'ekor kuda'. Sepatutnya hati saya puas kerana berjaya menjinakkan rambut saya yang asyik mahu menutup mata, tetapi bukan hal rambut itu yang mengganggu, namun status facebook itu yang membuat geram saya menyala-nyala. 

Bukan saya tidak kenal siapa yang menulis status itu. Selain Maryam dia juga adalah kawan baik saya, namanya Nadina. Ketika itu kami bertiga sangat rapat dan ke mana-mana sahaja bertiga. Dahulu, wah dia bukan main lagi fesyennya. Bajunya adalah seketat-ketat baju yang ada, seluarnya juga biar nampak paha. Rambutnya walaupun Melayu, tidak pernah saya lihat hitam. 

Anehnya, entah bagaimana dia boleh berubah bertudung litup sampai ke pinggang. Wajahnya tidak ada lagi bedak tebal dan bibirnya cukup sekadar pelembap bibir. 

Memanglah, itu bagus dan saya tidak ada apa-apa dengan perubahan dia, tetapi perlukan status-status facebooknya asyik berdakwah? Asyik menyentuh berkenaan aurat. Kalau sekali dua, tidak mengapalah, tetapi kalau sudah sehari empat lima kali? Nampak benar mahu menyindir. 

Geram betul hati saya. Kalau mahu menutup aurat, tidak perlulah buat status menyindir. Lalu, dengan geram saya yang tidak tahu mahu dihala ke mana, terus saya tergoda menulis komen di bawah status itu. 

'Kalau kita dahulu ada kawan yang rambutnya merah, baju seluar ketat tiba-tiba tulis status pasal tutup aurat, apa hukumnya ustazah? Bolehkah kita kata dia riak atau munafik?'

Selepas menekan 'enter', hati saya berasa sangat puas. Melebar senyum saya, sama lebarnya dengan daun keladi. 

Seketika itu juga telefon saya berbunyi dan tertera nama 'Nadina'. Selepas memberi salam dan menjawab salam, dan selepas bertanya khabar dan menjawab khabar, terus Nadina kepada niat hatinya menelefon saya. Saya tahu pasti ia ada kaitan dengan komen saya pada statusnya. 

“Saya mohon kepada kamu, usahlah buka masa silam saya. Aib saya itu, sudah membuat malam-malam saya jadi perit, jadi sebagai kawan saya mohon usahlah kamu tambahkan perit malam-malam saya.” 

Saya tersenyum kecil. Tetapi dalam masa yang sama, mendengarkan suaranya yang merayu membuat hati saya lembut dan serba-salah. Tetapi pada ketika mata saya menatap statusnya, hati saya kembali keras dan tajam. 

“Bukan mahu buka aib kamu, tetapi saya meluat betul lihat status-status kamu yang 'macam baik'. Kamu tidak takut jadi riak?” Puas betul hati saya berkata begitu. Entah apa sebabnya, tidaklah saya tahu. 

“Terima kasih kerana mengingatkan. Ternyata kamu memang sayang saya. Saya akui saya memang masih belajar, dan banyak saya tidak tahu. Saya masih jahil. Mungkin kamu benar. Tanpa saya sedar, saya menulis dengan rasa riak. Namun, perkara besarnya, walau sejahat manapun kita, walau sekeji manapun kita, selagi mana agama kita Islam, menganjurkan berbuat baik itu perlu. Itulah yang saya perbuat. Walaupuh saya tahu diri saya hina, tetapi bukan bermakna saya tidak layak untuk berkongsi pesan.” 

Itu kata-kata dia. Saya senyum. Saya tahu apa yang perlu saya jawab. Saya segera menaip sesuatu pada google, dan saya terjumpa hadis ini. 

“Maksud Hadis Nabi SAW: “Pada hari kiamat seorang dihadapkan dan dilempar ke neraka. Orang-orang bertanya, ‘Hai Fulan, mengapa kamu masuk neraka sedang kamu dahulu adalah orang yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah perbuatan munkar?’ Orang tersebut menjawab, ‘Ya, benar. Dahulu aku menyuruh berbuat ma’ruf, sedang aku sendiri tidak melakukannya. Aku mencegah orang lain berbuat munkar sedang aku sendiri melakukannya.” (HR Muslim)

Tanpa bertangguh, segera saya membacakan hadis itu kepada dia. Beruntung sungguh zaman sekarang ada internet, semua manusia boleh sekelip mata menjadi ustaz dan ustazah. Ada juga yang menggelarkannya ustaz dan ustazah internet, elektrik dan google. 

Nadina diam. Saya tersenyum nipis. Saya kembali menyambung, “Kamu menyuruh orang berbuat baik tetapi, bagaimana dengan diri kamu sendiri? Adakah sudah baik?” 

Dan pada ketika saya berfikir dia sudah mengaku kalah, dia kembali berkata, 

“Maafkan saya, saya memang betul jahil berkenaan hadis itu. Terima kasih kerana mengingatkan. Mendengar hadis itu, saya memahaminya sebagai, dahulukan perbuatan baik itu sebelum bercakap berkenaannya. Itu yang saya usahakan, sedaya upaya cuba lakukan. Saya usaakan juga tidak bercakap berkenaan perkara yang saya tidak lakukan. Sekiranya kamu melihat percakapan saya mendahului perbuatan saya, tegurlah saya.” 

Sekarang saya pula hilang kata-kata. Rasanya ada sesuatu dalam hati saya, mahu saya ucapkan tetapi entah mengapa saya tidak mampu menjadikan ia sebagai sesuatu yang objektif. Pada ketika itulah, Nadina menyambung dengan nada yang takut-takut, 

“Berkenaan hadis itu, rasa bersalah pula pandai-pandai memahaminya begitu. Nanti saya tanyakan lagi kepada ustaz berkenaan tafsirnya. Tidak berani saya mahu mentafsirnya sendiri. Namun, saya juga sebenarnya terkesan dengan kata-kata Hassan Al Banna, sekiranya semua manusia menunggu dirinya sempurna bagi berbuat kebaikkan, maknanya tidak akan ada pendakwah.” 

Jelas, Nadina khuatir kerana dia mengerti, dia kurang ilmu sehingga nada suaranya takut-takut. Dan saya pula terus mencari di Google, mahu memastikan yang Nadina tidak sekadar bercakap berkenaan Hassan al Banna dan saya menemukan petikan lengkapnya. 

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu. bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.seandainya seseorang itu hanya akan dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Hassan al Basri.

“Bukan Hassan al Banna, tetapi Hassan al Basri!” Saya tersenyum lebar dan terdengar juga gelak kecil saya. 

“Maafkan saya, salah saya.” Pantas Nadina menjawab. 

Itu membuatkan saya berasa semakin menang ke atas Nadina. Anehnya tetap sahaja geram dalam dada saya semakin mengembang, namun tetap juga saya tidak ada hujah sambungan. Akhirnya saya berkata, “Saya bukan tidak suka status kamu, tetapi buatlah secara berhikmah. Saya berasa disindir-sindir.” 

“Maafkan saya. Selepas ini saya cuba menulis status yang lebih baik.” 

Entah ke berapa kali dia meminta maaf. Hakikatnya, hati saya sedikit lembut dengan permintaan maafnya. Namun, tetap ada sesuatu yang tidak beres dalam hati saya. 

“Kalau kamu tulis status biasa-biasa sahajakan boleh. Buatlah macam manusia normal,” cadang saya pula. Yalah, meluat benarlah saya membaca status-statusnya itu. Sepertinya dia adalah ustazah robot. 

“Bukan apa, saya cuma terfikir, setiap kali saya menulis status, ia adalah status terakhir saya. Jadi apa yang saya mahu orang baca berkenaan diri saya sekiranya saya sudah tiada di dunia? Setidak-tidaknya status terakhir itu mampu memberi pahala kepada saya.” 

Saya tergelak kecil mendengar kata-kata Nadina. Sampai begitu sekali kompleks fikirannya. Lalu saya menjawab, “Mengapa awak tidak delete sahaja akaun facebook awak? Lagi senang. Tidak perlu mahu fikir berkenaan status apa yang mahu ditulis.” 

Nadina diam, dan saya berasa sudah menjadi juara. Perlahan-lahan dalam hati saya terbit kata-kata, “Padan muka kau!” 

“Terima kasih atas cadangan. Saya fikir, ia adalah cadangan yang terbaik. Terima kasih sekali lagi. Nanti saya fikirkan.” 

Itulah kata-kata akhir Nadina yang sempat saya dengar, sebelum dia memberi salam, dan sebelum saya berasa sangat menyesal. 

Status akhir. 

Esoknya, pada ketika saya membuka facebook, pertama sekali yang saya baca adalah status Nadina. 

'Di tepi sebuah pantai ada banyak tapak sulaiman yang terdampar dibawa arus ombak. Seorang anak kecil berusaha mencampakkan kembali tapak sulaiman itu ke laut, bagi memastikan ia terus hidup. Seorang lelaki tua memerhatikannya lalu berkata,

“Buat apa kamu campak ke laut? Kamu tidak akan mampu mencampakkan semuanya ke laut. Ada beribu-ribu. Buat penat kamu sahaja.”

Anak kecil itu terus tekun dengan kerjanya sebelum memandang lelaki tua itu.

“Memang saya tidak mampu, tetapi setidak-tidaknya perbuatan saya ini bermakna kepada seekor tapak sulaiman ini,” kata anak kecil itu sambil mencampakkan tapak sulaiman di tangannya ke laut.

Itulah hidup kita manusia, memanglah kita tidak mampu berbuat baik kepada semua perkara, tidak mampu berbuat baik kepada semua manusia, tetapi tetapkan dalam hati bagi terus berbuat kebaikkan. Setidak-tidaknya, akan ada seseorang yang melihat tindakkan kita itu bererti kepada dirinya.”

Boleh tahan juga panjang status Nadina. Kemudian saya membuka pula PM saya dan ada PM Nadina. 


“Assalamualaikum. Semoga hari kita berada dalam reda Allah. Selepas memikirkannya, saya tidak jadi menutup facebook saya. Ini kerana, saya tidak menjadikan diri saya mudah dihubungi. Saya tidak ada blog yang bagi menulis, tidak ada pejabat, tidak ada laman web. Hanya ada facebook dan hanya itulah ruang dan peluang saya. Jadi saya mahu menjadi budak kecil yang mencampakkan tapak sulaiman ke laut. Mungkin sahaja, tindakan saya dalam facebook langsung tidak bererti kepada semua manusia, tetapi saya yakin ia sangat bererti untuk malaikat yang berada di bahu kiri kanan saya.”

Saya terdiam. Berulang-ulang kali jugalah saya membaca PM Nadina sambil tersenyum-senyum, dan hati berkata, “Ada juga orang seperti ini di dunia.” 

Namun akhirnya senyuman saya pudar pada saat membaca status terbaru pada akaun facebook Nadina. 

“Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un. Baru mendapat khabar, teman baik kita Maryam binti Syukur sudah kembali kepada Penciptanya. Beliau kemalangan semasa menuju ke lapangan terbang. Al Fatihah.”

Berdegup kencang jantung saya dan segera saya ke akaun facebook Maryam, dan pada status terakhirnya saya membaca, 

Kata-kata yang saya ambil daripada status Nadina,
'Benar, perempuan yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat daripada nafsu lelaki, tidak juga menjanjikan hatinya baik, dan benar ia tidak menjanjikan dirinya akan bahagia. Tetapi perempuan yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya bebas daripada dosa membuka aurat.' 

Pada ketika itu jugalah air mata saya mengalir seperti tidak akan mahu berhenti. Itulah status terakhir Maryam, dan apa yang saya bualkan dengan Nadina, terus kembali terulang di telinga.

                 _______________________________________________________________________

Moral of the story :

Tolong jangan hancurkan harapan seseorang untuk berubah ke arah kebaikan even sedikit je kata kata yang boleh menjatuhkan semangatnya. ingatlah, bukannya senang seseorang nak kuatkan dirinya menuju redha Allah, jalan yang penuh dugaan dan cabaran. So, tolong hargai niat dia dan jangan pandang dia dgn pandangan yang hina. ingatlah, dia sedang mujahadah. sedang mencuba :’)

Happy tgk my lil bro da nk berubah..
Walau dulu  keadaannya mcm innocent, tp kdg2 kita terjatuh jugak.. 
Tp Alhamdulillah, mungkin Allah nk bg kita pengajaran n peringatan 
bahawa jalan yg kita pilih tu xsemestinya benar n betul.. 
Apa2 pn kna berbalik pd jalan Allah jugak.. 
Baru best n tenang kan? Last but not least dgn member2 sekeliling sendiri yg da mula berubah.. 
Yok.. sama2 kita berubah.. Manusia mmg xsempurna, tp kita kena lah belajar dan belajar.. Ilmu ini luas..  Xde limitnya.. Dlm hadis pn ada bgtau "Selagi kita byk belajar n  belajar, selagi itulah kita akn berasa byk lg ilmu yg kita xpelajari.. kn? Agreed with this hadis..
Kita manusia mmg hakikat mjadi hambaNya di dunia ni.. 
So tiap hari kena la berusaha n berusaha..! 
Ingatan tuk families, kwn2 n di smping tu nk bg kekuatan tuk diri sendiri jugak!


Islam itu nak menjadikan wanita cantik..tapi pelik kenapa ramai lagi wanita
yang tidak mahu mengikut syariat islam yang indah ini...

"Aurat - tutup kemaluanmu..
Tutupla aurat yg sebenar2..
Tutup smua kecuali muka n tapak tgn..
Pakaian jgn jarang n ketat.. Seluar pn jgn ketat..
Baju makesure ttup punggung, tudung tuh tutup dada"

[ayat2 ummi ku sntiasa di ingatan dr dulu lg.. 
tp itu bkn perintah ummi, tp perintah Allah]


Aurat ni bukan hukum dr manusia.. tp dari Allah..
Tahukah kamu sape Allah itu?
Dialah Tuhan, yg menciptakan kamu..
Tidak bersyukur kah kamu dilahirkan di dunia ini dgn izinNya..
Ikutlah perintahnya.. Jauhilah laranganNya..
Ya Allah, bg lah hidayah kpd mereka, aku ingin mereka merasa, betapa
nikmat n hebatnya hidup di bwh naunganMu yg sebenar....
Bukannya hidup dgn perasaan yg berbolak balik seperti zaman hinaku dahulu..
Jika diberi 2 pilihan, aku lebih rela memilih jalan skrg drp jalan dahulu..
Alhamdulillah...

Quote Imam Muda Fattah :

Seriously...Mereka yang sudah mengambil kemanisan rumah tangga sebelum sampai waktunya, 
Allah akan cabut bila sudah berumah tangga...
 [ Ya Allah, tidak!! Hilanglah sakinah dlm rumah tanggaku nnt]
Berpelukan, berdating dgn lelaki ajnabi, berpegangan tangan..dan segala yg di mana selayaknya dilakukan oleh mereka yg sudah berkahwin..
 [ Jauhilah aku.. jgn HAMPIRI ZINA!]
Ianya seperti kelopak bunga.
Belum sampai waktunya, kita sudah memetiknya satu persatu.. [belajar tuk jd Mawar Berduri]
andai semua kelopak dipetik, maka apa yang tinggal pabila kita sampai waktu kita berhak ke atasnya????

"Ala...ustaz ni..ade member saye kawin, sebelum ni dating semua, jiwang jea"
'Mereka akan lebih jiwang kalau tak buat camtu sebelum kahwin'
"Ala..ustaz ni, standardla tu.Hidup otak mesti tebukak.Jangan jumud sangatlah"
"Sebab otak kau tebukak sangatla penceraian berlaku 15 minit sekali.Bila sebelum kahwin, i want live with u until forever ever..Lepas kahwin, "err..correction.Maybe until next year only"

SMI ~ Sendiri mau ingat
SMP ~ Sendiri mau pikir..
LPLS ~ Lu pikir la sendili ma...
Barakallah..barakallah..barakallah..<3kerana sayang ku katakan begini..=)

Love Note : 

Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis untuk melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya..

Maaf terbicara pnjg sudah..
Moga kita semua hidup dibwh redhaNya..
Wassalam, Ma'asalamah =)


Monday, January 02, 2012

:: Malam 2012 Penuh Keberkatan, InsyaAllah! ::

Assalamualaikum wbt...... 
Moga kita semua sentiasa dibwh jagaan Allah.. InsyaAllah..

Alhamdulillah... Sy panjat setinggi kesyukuran kpd Allah SWT kerna dgn izinNya dapat juga saya bersama 2 org sahabat ke Shah Alam hadiri malam yg penuh gemilang iaitu "Jom Santai GeMS" bersama Ustaz Azhar, Sham Kamikaze, Shahir af, Zizan, Bro Hezry, Imam Muda Asyraf and ramai lg..

Dengan semangat yg 'membara' sbb before ni saya slalu miss ceramah ustaz terutama kuliyyah2 di masjid Al Falah di Subang, tp xde rezeki xdpt nk hadiri.. 1st ceramah ustaz yg sy attend, tu pn buat kat UIA baru2 ni.. Terima kasih sgt kt pihak penganjur... =)
Alhamdulillah, skali lg iaitu kali kedua dpt jgk hadiri lbh2 lg dpt bawak 2 org sahabat bersama.. Syukur sgt2..

 Bertolak dr UIA dari kul 4pm.. ambil masa sejam saje tunggu bus rapid, tp alhamdulillah pukul 6pm smpai di Kl Sentral n amek Ktm ke Shah Alam.. Sampai je Shah Alam da berkumandang azan, time tu da cuak sbb takut termiss solat berjemaah.. amek teksi turun btul2 di dataran Shah Alam.. Time tu xsibuk lg jalan so amek masa dalam 10minit je n sampai kat sana..

Sampai je sana, solat mghrib berjemaah da mula. Terus ke padang n solat maghrib.  Solat Isyak dan banyak lg acara2 yg menarik sebelum tiba detiknya pukul 12tgh malam dengan sorokan TAKBIR dan beserta alunan ASMA AL-HUSNA.. 
Alhamdulillah sejuk rasa permandangan malam tu.. Belum pernah saya melihat hampir 80ribu umat Islam bersatu pd 1 malam insyaAllah akn mendapat 1 keberkatan drp Allah.. Mudah-mudahan... Rasa kat medan perang pn ada.. Tiba2 terdetik.. 

Part paling menyentuh hati semasa doa slps solat isyak.. 

Ya Allah, siapakah gerangan ustaz tu.. Betul2 nak tahu sape.. Doa beliau mmg agak simple.. tp menusuk kalbu.. sehingga menitisnya air mata ni n serba sedikit dapat menyedarkan saya betapa lekanya n kurangnya saya terhadap muhasabah diri n dlm hidup kita seharian, kpd ibubapa, and terhadap umat Islam yg lain terutama di Palestin, Lybia, Indonesia, Mesir, dan semestinya di negara kita sendiri Malaysia..
Hmm.. i cant say anything.. hanya perkataan "amin" saja saya dpt sampaikan kpd mereka di luar sana.. Mudah- mudahan Allah mengaminkan doa2 kita semalam.. InsyaALLAH..

..........................................................................................................................................

Sedikit kenangan yg berharga bg saya dan mereka yg hadir iaitu 
pada DETIK MALAM 2012.. 

Maaf kamera cap ayam saje.. 
"xpe.. asal jgn jadi najis.." maaf kasar sket..ana guna trademark ustaz jap.. =)

First session.. After Maghrib prayer..

Tekun semua mendengar.. Happy dpt duk depan..

Sahabat a.k.a kakak2 saya..
 Kak Fana, me and Kak Dida.. Thanks for accompany me! =)

Cenyum je kami termampu..
 Kena tahan gelak plak sbb buat lawak je si zizan n ustaz tu..

Get ready for Isyak!

Amek pic sambil shaking.. sbb ustaz n zizan bt lawak time ni.. blur abes.. =)

Muslimin n Muslimat yg hadir.. 80k!

Ada yg sanggup berdiri tu kt khemah.. xknl erti lenguh da..

Zizan n Ustaz..

Lighting terlebih plak.. =)

Before countdown... Ustaz Akhil Hay n 1 of audience..

and at 0000am on 1st January 2012....
Takbir!! Allahu Akbar! (3x)
and bacaan Nama2 Allah beramai2 dgn begitu semangat sekali..

Kesimpulannya, im proud to be there.. tuk menjayakan program yg bermakna ni.. 
And special thanks tuk all organizers yg buat event ni.. Mabruk!

Paling menyedihkan time nak balik xtahu nk kuar camne n sesat.. and my aunty hampir sejam tunggu dalam kete.. Hmm bersalah sgt2 rasanya smlm.. Sorry ciknah! =)

Luckily my cousin ada kat area situ rupanya n he showed us the way.. Alhamdulillah..
Sampai di umah aunty dalam kul 2am sebab jem and dgn keadaan kelaparan yg sgt2 sebab xmkn dari pagi sbb weekend tp hanya berbekal mknan1kpg roti 70sen beli kat kl sentral sahaja.. Gerai kat dataran plak penuh dgn muslimin n muslimat smpaikan nak tgk makanan yg jual pn xnampak n makanan habis dgn cepat sekali.. Hebat and terpegun jugak.. Mybe smua tgh lapar.. Last2 makan dadih je..Syukur!

 Malam tu before we sleep, masak megi then tidur dgn xnyenyaknya.. i wonder why...but.. Subhanallah.. Perasaan terharu sgt2 dgn malam td masih lg di dalam hati ni.. 

HANYA MEREKA YG HADIR SAHAJA MENGETAHUI KENAPA.. 

Maaf sekadar perkongsian.. 
Sesungguhnya semua kelemahan dtg dari saya sendiri dan yg baik itu semuanya dari Allah SWT..

Wallahualam.. Syukran..

Friday, December 16, 2011

:: Muhajadah Seorang Hamba Allah ::

Assalamualaikum.. 
Semoga kwn2 ku sentiasa Allah rahmati.. Amin..

Terutama kawan2 ku yang masih setia di sisi ini..
Sentiasa menemani diriku tiap ku sedih dan gembira..
Kak Farhana dan Kak Adida.. I love them so much..

Our memory in Perlis 25-11-2011
........................................................................................................

Malam Jumaat yg begitu tenang dan dingin...
Sedang asyik mendengar lagu nasyid epilog silam by Haiqal, 
air mataku mula berguguran jatuh ke pipi.. 
Ya, hatiku mmg sensitif sekarang...
Air mata ku xkan ku gugurkan tuk perkara sia2 lagi..
Air mataku sensitif kerna aku mula sedar siapa aku di sisiNya nnt..
Walaupun baru sekejap td aku berhadapan dengan seorang manusia
Ya Allah jantung ku berdenyut kencang skali..
Astagfirullah al azim.. lemahkah aku..
bila berhadapan hanya dgn seorang manusia?


"Dunia tidak lama lagi akan hancur, kiamat bila2 masa akn tiba..
 di mana kah aku ketika itu?
Selamatkah aku? Adakah aku tergolong dlm golongan yg dimurkaiMu? "
 soalan ini sering bermain di fikiranku..

Fikiranku mula melayang lagi, aku mula teringat ttg masa silamku..
Ya Allah.. Dosa-dosa ku banyak tak terkira.. Sungguh!
Layakkah aku ya Allah di syurgaMu?
Impianku begitu tinggi tuk di singgahsanaMu tapi
adakah ujian / dugaan yg aku terima seberat dugaan n ujian seperti hamba2 mu
di zaman nabi dahulu kala?
Mereka disiksa, didatangi pelbagai jenis penyakit,
di ancam musuh, kemusnahan harta benda..
Tapi aku? 
Ujian yang Kau bagi tukku hanyalah sebesar zarah..
itupun aku sering mengeluh..

Aku tahu,
CintaMu hanyalah tuk orang yg sering didatangi ujian yg berat,
 maka Cintailah aku ya Allah..
Adakah begini layak aku berada di sisiMu?

Tapi tiap kali aku sedar, adakah tindakan ku 
juga sensitif dan terus bertaubat nasuha sepertimana air mata ku ini?
Namun jauh di sudut hatiku,
Aku bersyukur kerna aku telah bangun dari mimpi yang lena..
Tapi adakah syukur aku cukup dan kuat tuk menghapuskan dosa2 aku?

Aku tahu.. 
Aku seorang wanita yg lemah..
Aku bertaubat padaMu ya Allah..
Tapi aku sedang belajar..
Belajar tuk meniti titian yg kian rapuh..
Aku akan berusaha Ya Allah..
Walau aku tahu byk dugaan yg akan aku tempuhi..
Kerna jalan menujuMu mmg susah,
kerna Syurga itu begitu INDAH..
Disitulah impianku yang ABADI..

Ya Allah.
istiqamahkanlah diriku..
Hindarilah aku dari perasaan RIAK, TAKABBUR, UJUB dan 
semua sifat mazmumah ya Allah..
Aku tahu semua hidayah datang dariMu.. bukan datang dari ku..
Perlu kita ketahui, Allah lbh dahulu mendahului dan mengingati kita,
Kalau Allah xgerakkan kita tuk beramal, kita xkan beramal kan?
Ini maknanya kita kena lah bersyukur kerna Allah tlh gerakkan kita utk beramal..
Aku akan sambut hidayah Mu Ya ALLAH..


Sekadar peringatan sesama wanita..
ingatlah hadis2 ini wahai sahabatku muslimat :

“ Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan perbanyaklah 
beristighfar kerana aku melihat kalian adalah
 yang paling banyak menghuni neraka "
(HR.Bukhari dan Muslim).

Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda

“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya 
adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam 
neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya
 adalah golongan WANITA.”

Jelas sungguh hadis ini, xperlu kita ragui lagi, bukan jua niatku utk rendahkan
 martabat wanita di depan lelaki kerna aku aku bergelar wanita... 
Sesungguhnya, prinsip wanita dan lelaki sama sahaja di sisi Allah..
Siapa yg BERTAQWA, DIA LAH YG PALING TINGGI DI SISI ALLAH..
Adil bukan? Subhanallah..


Apa yg nak di sampaikan mengenai hadis di atas tu sekadar peringatan kerna 
WANITA yg KELUAR dari FITRAH lah mengundang mereka masuk ke neraka..
Kerana PESONA dan DAYA TARIK wanita lah mengundang mereka masuk ke neraka...
Kerna AURAT kau PANDANG TEMEH lah yang mengundang mereka masuk ke neraka


Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan
 tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda : 

“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” 
(Imam Muslim)

Oleh itu wanita, simpanlah SENJATA PESONA itu di depan lelaki
seberapa yg terdaya olehnya, kasihanilah mereka.. 
supaya mereka xterjerumus ke dalam malapetaka dan kemaksiatan. 
Jgn pula kita mengundang KEMURKAAN ALLAH yg begitu DASYAT
 seperti berlaku pd zaman2 nabi dahulu kala..
Nauzubillah.. :(

Akan ku berpesan-pesan sesama hamba2 Mu,
terutama wanita yang masih leka dek nafsu duniawi..
Aku penah melalui jalan2 yg penuh dosa itu,
Bukan niat ku ingin riak dan ujub,
tapi sekadar pengetahuanku terhadap jalan hitam itu masih ada..


Wanita solehah itu AURAT DIJAGA,
PERGAULAN dipagari,
Sifat MALU pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya.

Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada KEMANISAN BICARAnya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya BERMAIN LIDAH,
 MEMUJUK RAYU bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada BARANG KEMAS atau perihal orang lain,
Tapi pada PERJUANGANNYA meningkatkan MARTABAT AGAMA.

NAFSU mengatakan wanita cantik dengan PARAS RUPA 
yg indah bak permata yg menyeri alam,
AKAL mengatakan wanita cantik atas KEMAJUAN dan
KEKEBALANNYA dalam ilmu serta pandai dari segala aspek.

HATI menyatakan kecantikan wanita hanya pada AKHLAKNYA,
Itupun seandainya hati itu BERSIH untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan KECANTIKAN LUARAN ,
kerana satu hari nanti ianya akan LAPUK di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah KECANTIKAN DALAMAN ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat RAHMAT ILAHI.

Wahai wanita jangan berbangga dengan ILMU DUNIAWI yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas KEKURANGAN DIRIMU,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu.

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan JODOHMU,
Kerana MUSLIMIN yg BIJAKSANA itu tidak akan 
terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya.


Bersyukurlah diatas apa yang ada .
Serta berusaha demi KELUARGA ,BANGSA DAN AGAMA.

Salam perjuangan untuk SAHABATKU.
Wanita solehah.

“Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah”

Love Note : 

Mohon maaf penggunaan "aku" di atas jika mengundang sedikit kekasaran..
  Mungkin penggunaan "aku" lebih selesa di gunakan 
bila kita memohon di dpn Allah bukan?

Semua yang baik datang dari Allah, semua keburukan datang dari saya sendiri..
Mmg saya xpandai berkata-kata indah,
 cukuplah sekadar tinta ini datangnya ikhlas dari hati saya ini..

Ramai kawan2 pertanyakan bagaimana perubahan boleh berlaku..
Semua datang dari Allah.. 
insyaAllah saya akn berkongsi jika Allah pertemukan kita lg..
Biiznillah...

Selamatkanlah diri kamu dari neraka walaupun hanya
 ( bersedekah) dengan secebis kurma. (Imam al-Bukhari)


Buku dalam proses nak abeskan, tapi xabes2 lagi nak khatam sbb tebal sgt 600ms..
InsyaAllah bermanafaat.. Moga dipermudahkan..
Bagi lah kekuatan hati dan kekuatan jiwa..
Aku xmahu lg TERTIPU dgn bicara manis manusia..
Peace no war!


Wallahualam..
Ma'asalamah...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...