Monday, October 22, 2012

:: Kita Yang Teristimewa ::


Assalamualaikum wbt.. Salam 6 Dzulhijjah!
Moga kita semua sentiasa di dalam naungan kasih sayangNya..

--------------------------------------------------


Renungkanlah.. Mengapa memperdagangkan diri merata2?
Mengapa menjaja cintamu untuk hiburan semata2?
Bukankah lebih baik menjual jiwamu kepada Tuhan?
Kerana Dia pasti sudi membeli jiwamu itu,
Dengan harga yang paling mahal…
 
Cinta itu suatu kuasa..
kerana ia terletak dalam hati, raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri…

" Hati ini sering tertanya-tanya...
Suatu perjalanan yg belum pasti di mana dan bagaimanakah pengakhiran hidupku..
Kaki ini dipinjam olehNya.. Tapi sebanyak manakah aku gunakan utk menghampiriNya?
Kaki ini ada tahap kayuhannya,
Kadangkala laju bagai ingin mengejar sesuatu bila aku mabuk dgn cintaNya..
Kadangkala sederhana bagai hanya keterpaksaan tuk sampai ke suatu destinasiNya…
Kadangkala kaki ini berhenti, kerana terlau penat dengan mehnah ujian dariNya.."

-----------------------------------------
Kita Yang Teristimewa..
> (Surah Al-Imran :10)

Dalam gema Islam.. Kita adalah insan yang terpilih.. disebut dalam Al-Quran dengan mulia. Hargailah peluang itu sebaiknya..

Saat ia bermula.. Alhamdulillah.. mari kita ucapkan kalimah syukur ini berkali2.. Hayati bait2 maknanya.. Maka ia akan turun ke hati.. Hati pasti akan tenang.. Allahu Akbar… biarkan ia bergema di dalam hati.. Bersyukur kerana 1 rahmat besar diizinkanNya turun kpd kita, iaitu dilahirkan sebagai seorang yg beragama Islam…

Ana seorang perempuan. Dan juga seorang yg beragama Islam. Maka ana ialah seorang muslimah. Ada orang membantah, katanya "aku tidak warak jadi xlayak digelar muslimah..!" Usahlah sensitif sangat, kerna muslimah itu perkataan arab, iaitu bermaksud perempuan yang beragama Islam.. Term "muslimah" ni tidak ada kaitan pun dengan warak atau tidak warak. Lainlah jika perkataan "mukminah". Iaitu perempuan yang beriman dan warak... Allah, jauhnya diri ini dibandingkan dengan maksud itu..

Untungnya menjadi Perempuan..

Pertama, kerana paras rupa anak perempuan biasanya cantik. Ya, semua ciptaan Allah cantik2 semuanya kerna Allah mmg suka akan kecantikan.. Anak perempuan juga biasanya manja dan juga inginkan perhatian. Selain itu, ibubapa juga tidak pernah terlepas pandang melihat dan memilih pakaian yang menutup aurat utk anak2 perempuannya..
Bila rujuk balik sirah2 baginda, lihatlah bagaimana Rasulullah amat mengasihi anak perempuannya iaitu Saidatina Fatimah r.a.. Baginda mendidik anak2nya itu dengan penuh kasih sayang, Sehingga sesudah berumah tangga pun, Rasulullah saw masih lagi mengunjungi anakanda kesayangannya itu dan mengambil berat terhadapnya.. Allah.. Rasulullah saw is the best man ever!

Jika Fatimah menangis, baginda cepat2 menyeka air matanya. Jika Fatimah penat membuat kerja rumah, baginda slalu ada utk menhiburkan hatinya. Kesan drpd kasih sayang baginda yang bertimbal balik antara anak dan bapanya itu, Fatimah membesar menjadi seorang wanita yang hebat! Kerna beliaulah wanita yang paling kuat membantu suaminya, Saidina Ali ketika berperang dan berdakwah..

 Sesetengah orang akan berkata "zaman dahulu xpelah, zaman skrg suami isteri kerja. xde masa nak tolong 1 sama lain.." Bagi ana, bekerja atau tidak bukan 1 asbab yg utama. Semua adalah dari kita, dari akhlak kita. Walau sesibuk mana pun kita sebagai isteri bekerja luar dari umah, namun bila akhlak itu sudah tersedia ada dalam diri, kita akan berusaha utk membantu suami. Bagaimana? Berusahalah..

 
1. Balik kerja, mungkin akan berusaha balik awal daripada suami.. (kalau balik asing2)
2. Bila suami balik, berusaha utk menyambutnya di pintu rumah. Bukan balik2 terus tidur...
3. Sepenat manapun kita, berusahalah utk tersenyum di hadapan suami. Suami yg balik tension2 pun insyaAllah akan terubat sket bila melihat senyuman si isteri.
4. Berusaha menyediakan makanan/minuman tanpa permintaan daripada si suami.. Mungkin cara ini si suami akan merasakan dirinya dihargai dan dilayani..

Dan seterusnya.. boleh tambah apa sahaja cara2 yg boleh membawa rumah tangga kita ke arah lebih mawaddah wa rahmah.. (atas tu hanya idea ana, xkawen lg xtahu byk sgt)

Bila kita buat semua tu, xde satu sebab pun yang kita inginkan, kecuali ingin ke syurga bersamanya.. Malah Allah SWT juga telah berjanji bahawa Fatimah akan memasuki syurga.. Masha Allah! Adakah kita mampu seperti Saidina Fatimah? adakah ana mampu? Ya! Kita pasti mampu.. Kita mampu jadi sehebat Fatimah.. 
Bagaimana? Contohilah sahaja ketaatan kpd ayahanda, suami, dan Allah! Jalan bahagia di akhirat sentiasa terbentang di mana-mana sahaja..



Usah Menjadi Punca Maksiat

Fitnah yang kekal... Wanita yang dikagumi adalah wanita yang bijak menjaga diri dengan cara melindungkan aurat di sebalik pakaian takwanya. Aurat tidak boleh ditayangkan sewenang-wenangnya kerna menutup aurat itu wajib sejak kali pertama datang haid. Perintah wajib itu sudah termaktub lama dalam Al-Quran.

Fitnah adalah ujian. Ujian daripada wanita kpd lelaki. Ingatlah selalu bahawa lelaki diciptakan 1 nafsu yang kuat. Ia tidak boleh dibendung kecuali oleh iman yang benar2 kuat juga. Jika anda sebagai gadis sunti datang menayang tubuh yang cantik, lelaki mana yang akan menolak?

Melihat facebook zaman skrg, "Saya mendapati ada sesetengah contest2 mengupload gambar...menggunakan model perempuan..dengan cara yang mudah...upload gambar 'secantik' yang mungkin, dikumpulkan contestant, dan bertanding gambar siapa yang paling banyak LIKE... Dan bermulalah wanita wanita memberi link gambar dengan kata2..'itew masuk contest..hope uolzz like gambar ni k.."   Kadang2 siap PM..Allah T_T" # Imam muda fattah

*Wanita..jangan terlalu
mudah untuk mendapat kemasyhuan dunia dengan cara yang salah...biarpun beribu like yang anda perolehi...itu tidak menaikkan maruah anda..*
~Saya melahirkan harapan lebih tinggi daripa gunung everest...TOLONGLAH..jangan biarkan diri anda dieksploitasi..dan membiarkan orang lain bersiul mengeksploitasi anda..~ TOLONGLAH.HENTIKAN.TOLONGLAH.
 
Dulu mungkin juga ana jahil, tetapi bila terbiasakan diri mendengar kuliah2 dari ustaz, Allah.. teruknya diri.. Bila melihat zaman sekarang, kadang2, teringat juga zaman2 dulu.. Tugasnya skrg, kita hendaklah menasihati mereka, bukan melihat tanpa melakukan sesuatu.. Kalau boleh, nak je semua masuk syurga bersama2..! Aamin..
Mudah Hanya Bagi Yang Inginkannya..
 
Seorang yang bernama wanita sebenarnya mudah sahaja hendak masuk syurga, dengan hanya taat kpd Allah dan suami (jika sudah berkahwin). Tetapi perempuan jugalah golongan yang paling ramai memasuki neraka. Ingatlah, ketika Nabi dibawa ke mikraj ke langit, baginda melihat sekian ramai manusia bernama perempuan itu dihumban ke dalam neraka oleh tindak tanduk mereka ketika hidup di dunia.. Salah satunya ialah kerana mereka enggan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram dan lelaki ajnabi..

 -------------------------------

Bila kita melihat sahabat, adik beradik, isteri yang berdosa, pandanglah mereka dengan kasih sayang. Dakwah itu sendiri bermula dengan kasih sayang.Walaupun kita marah, marahlah dengan kasih sayang. Kita tidak bersetuju dengan mereka, janganlah sampai kita pula menutup pintu taubat untuk mereka. Kerana yang boleh sahaja Allah memberi hidayah pada mereka.. dan mungkin sahaja mereka mempunyai amalan tersendiri.. yang dinilai Allah sebagai kebaikan, dan mungkin sahaja amalan itu bisa menghapuskan dosa mereka. Setiap manusia punya bahagian masing2. # Imam Muda Fattah

Tutup aurat pasti selamat dunia dan akhirat. Ana xsanggup melihat keluarga, sahabat2 yang dekat mahupun yang jauh dan tidak ana kenali, terjerumus dalam api neraka. Tinggallah amalan jahilliah.. Jika kita sayang dan inginkan syurga, cubalah tinggal zaman kejahilan kita...  Nasihat tuk diri ni juga. kerna ana juga seperti kalian semua..

Sebarkan kasih sayang dalam berdakwah. Bukan bermaksud tak boleh marah. Tetapi marah itu juga harus berdasarkan kasih sayang kita.. Ukhwah fillah abadan abada...

----------------------------------

Air mataku menitis memikirkan perihal diri...
Dengan 1titisan air hujan turun dan jatuh di atas kepalaku..
Aku mendongak.. aku terlupa bahawa Dia masih di atas sana..
Mengharapkan doa dan hajat dariku.. Allahu Akbar..
Dengan hanya melihat langit yang masih cerah walaupun mendung, 
burung2 berkicauan seperti ingin menghiburkan aku, 
aku kembali damai...

Aku ingin hidup secerah mentari, yang menyinar di taman hatiku.. 
Aku ingin seriang kicaun burung, yang terdengar di jendala kehidupan.. 
Aku ingin segala2nya damai, penuh mesra membuah ceria.. 
Aku ingin menghapus duka dan lara, melerai rindu di dalam dada,,

-------- Lupakan kesenangan dunia yg kadangakala buat kita terlalai seketika..
Harta bukan segalanya... ---------
 
Jom sama2 berselawat ke atas nabi..

 اللهم صل على محمد وعلى آله وصَحْبِهِ وسلِّم
 "Rasulullah dalam sirahMu.. Ku temu tulusnya cinta..
Demi umatMu berkorban jiwa.. Sehingga hujung nyawa"  (T.T)

Hukhuk! Moga diri ini kembali sihat! Take a rest!
--Wallahua'lam--
Selamat berbuka!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...