Wednesday, January 05, 2011

:: Dokter KeCihatan 1 ::

Kali ni bukan nk buat karangan tp nk jd Dokter Kecihatan jap sbb nk share la jugak 1 product ni yg agak femes iklan kat TV3 dulu n skarg xtau la iaitu BIO OIL..! penah tgk iklan dia x? tp iklan dia agak xberape nk nyerlah sbb dlm 1minit pn xsempai kot.. xtau pape motif iklan tu.. so agak kesian la kat situ sbb product dia boleh tahan la OK sgt2!

BIO OIL! 



Bio-Oil® ialah produk pakar penjagaan kulit yang membantu untuk memudarkan kesan parut dan warna ton kulit yang tidak sekata. Formulasi terkini didalam Bio-Oil® yang mengandungi PurCellin Oil™, sangat berkesan untuk pelbagai masalah kulit termasuklah penuaan kulit dan kulit kering.

KEGUNAAN :

1) Memperbaiki kesan parut


Bio-Oil membantu memperbaiki  semua jenis kesan parut. Bio-Oil juga sangat efektif dalam menjaga keanjalan tisu parut di sendi dan kawasan pergerakan yang lain.


2) Membantu memperbaiki kesan regangan kulit

Bio-Oil sangat efektif dalam membantu memperbaiki kesan regangan kulit. Bio-Oil membantu meningkatkan keanjalan kulit. Justeru kebarangkalian penghasilan kesan regangan kulit yang baru dapat dikurangkan.

3) Mencegah Kesan Regangan Kulit akibat kehamilan

Dianggarkan bahawa 75-90% wanita berkemungkinan mendapat kesan regangan kulit ketika mengandung terutamanya pada trimester kedua dan ketiga. Kebarangkalian berlakunya kesan regangan kulit berbeza mengikut jenis kulit, bangsa, umur, diet dan kelembapan kulit.

4) Membantu mengurangkan tona kulit tidak sekata
Bio-Oil membantu mengurangkan kesan tona kulit tidak sekata yang disebabkan oleh perubahan hormon, pencerah kulit atau terdedah kepada cahaya matahari. Dilihat sebagai tompok gelap di muka atau badan, tona kulit tidak sekata ini menjadi lebih ketara semasa kehamilan, menopos atau selepas terdedah kepada cahaya UV yang tinggi.

5) Penuaan kulit
Kulit kendur dan berkedut sering dikaitkan dengan usia dan disebabkan oleh kelemahan sistem kolagen serta elastin di dalam dermis. Kandungan Bio-Oil yang pelbagai membantu melembut, melicin dan menghaluskan kulit serta mengurangkan kedutan dan kenduran kulit. Bio-Oil juga melembap kulit, memperbaiki tekstur, tona, mengurangkan garis halus dan kedut.

6) Kulit kering

Bio-Oil membantu mengembalikan minyak natural dalam kulit yang hilang akibat beberapa faktor seperti:
Kekerapan mandian/ pembersihan menggunakan sabun yang kasar
Perpeluhan yang berlebihan
Keadaan atmosfera termasuk pendedahan berlebihan di bawah matahari dan angin
Penggunaan alat pemasan dan penyaman udara.
Diet yang tidak seimbang dan/atau pengambilan air yang kurang

P/s : Byk bace testimoni yg agreed n suke this product sgt2 sbb totally berkesan tau!

“Terima kasih kepada produk yang bertindak seperti apa yang dijanjikan!”
“…Saya rasa terpanggil untuk memberitahu mengenai betapa hebatnya Bio-Oil!"
“Saya hanya berharap agar saya mendengar mengenai Bio-Oil lebih awal.”
“Begitu hebat sekali!”

.. So conclusion nya perlu lah GUNA DGN CARA YG BTL iaitu slalu amalkan n gunakan dgn kuantiti yg sdikit tuk avoid drpd oily skin..! baru la berkesan tau.. so HAVE A TRY yap! =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...