Wednesday, June 29, 2011

:: Jejak ke Madinah,Makkah,Brunei | Part 3 ::


Day 5 Madinah


Hari ni hari last kat Madinah.. Pagi2 lepas solat Subuh terus berciap2 n packing tuk ke Mekah plak. Sblm ke Mekah kena la pegi ziarah Makam Nabi n Raudhah plak kali kedua sebagai tanda hormat n kita nk meninggalkan Madinah.. time ni nak menangis rasa.. Yes.. I do.. Menangis kuat tp dalam hati. Mata mmg merah n berair. Alhamdulillah hari ni Allah lg skali bg kami peluang tuk solat sunat di raudah walau dgn ramainya org2 arab tolak menolak nk solat n sentuh makam nabi n khalifah kita. Bg umi solat dulu. Sy n tikah kawal org xbg org pijak kapala umi. Kat sini xkira sape smua nk pijak n langkah je. Maybe adat n culture lain2. So xbleh dipersalahkan sape2..

Kat dpn Makam Nabi n slps solat sunat terus mengangkat tangan berdoa. Berdoa tu baru sy merasakan betapa kerdilnya sy. Betapa hinanya saya di sisi Kekasih Allah. Betapa byknya dosa saya xterkira dr kecil hingga besar. Saya minta doa akn diberikan syafaat kpd saya di Akhirat kelak.. amin.. ='( Di sini sy doa habis-habisan setakat yg termampu agar Allah perkenankan impian saya.. aminn.. ='(

Selesai je terus balik n solat di hotel zohor n asar. Disebabkan da ziarah td, so xle la pegi lg ke masjid tu tuk solat. Slps packing semua siap2 tuk ke Makkah. Perjalanan ke Makkah plak jauh jugak sbb Makah sebenarnya dekat dket dr airport Jeddah.

So dlm 4,5jam jugak la.. Dlm perjalanan tu stop di Bir Ali tuk berihram sebelum melakukan tawaf umrah di Mekah. So kena miqat dulu la di masjid ni. Solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat ihram n niat skali. So bermula la Ihram. Kena jaga pantang larang dlm ihram. Semasa ihram la byk cubaan nk garu kepala la, nk sentuh lubang hidung la.. So kena beware la ye.. Langkah selamat tidoo je laa time berihram dlm bus n terukan journey ke Mekah..lama jugak.. Sblm tido perlulah kita bertalbiah "Laibaikallahummalaibaik.laibaikalasharikalakalabbaik..." start je berihram n sepanjang perjalanan ke Tanah Haram.

Sekitar pukul 7lebih.. Maybe da mgrib da time ni.. sebelum tu makan dulu.. best sgt2 makan kat sini sbb skali lg dpt makan roti arab.. hehe mujur abangah ada dpt ckp arab n pesan makan pn senang.. thank u!

My eldest brother..ARIF with Sunset =)

My lil sist n 2 brothers..abangah n arif... udah kenyang bak?

saya pn cnfuse apasal leh senyum camtu.. kenyang sgt kot. hehe

uwaaa.. licin abes.. i miss this moment so much.. Ya Allah.. =(

Makan2 kasi kenyang.. sat lg kena tawaf plak.. =)

Dlm bape jam after tu dah sampai ke Makkah. Dari jauh nmpak menara jam plg tinggi di dunia.. Hati da resah sgt2 nk pijak Tanah Haram ni. Terkenangkan dosa berlambak2 ni dgn harapan Allah ampunkan segala dosa2 kami. After baca doa masuk ke Tanah Haram n melihat bangunan2 di Makah, kami terus dibawa ke Hotel Sulaimania. Hotel ni kira2 10minit ke Masjidil Haram. So xde la jauh sgt n xperlu melintas jalan semua. Slps je makan malam n masukkan beg di bilik, kami semua terus bergerak ke Masjidil Haram tuk melakukan tawaf umrah.

Menurut keimanan umat Islam, Haram sheriff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk mencerminkan al-Baytu l-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islam mempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah.

Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain.Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail , telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah. 

Nabi bersabda bermaksud " SOLAT di masjidku ini lebih utama dari 1,000 kali solat di TEMPAT LAIN kecuali Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram LEBIH UTAMA daripada 100,000 Solat di tempat lain.  

Sekiranya kita solat 10 rakaat sahaja di Masjidil Haram, kita akan dapat pahala sebanyak 1,000,000 kali berbanding solat di Malaysia. Ianya memerlukan kita solat di sini selama 227 tahun 11 bulan.

Dlm perjalanan ke masjid tu jugak bercampur baur... Bila masuk je terus tercari cari mana kaabah tu.. ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.. Rasa kerdilnya diri bila pandang rumah Allah tu.. Semua org memandang kaabah rasa terharu.. Mahupun yg sedang solat, berzikir, wirid, bace al quran, minum air zam zam semua memandang ke arah kiblaat. Itu da cukup membuktikan besarnya kuasa Allah.. Mengalir air mata bila memandang kaabah.. 

Sebelum turun dr bus.. byk betul kete.. tp jem kejap je. tu plg best kat Mekah.. =) 


So kitorang terus ke lampu hijau tuk mulakan tawaf umrah 7pusingan.. Setiap pusingan ada doa yg tersendiri.. Buku panduan umrah sedia tergantung di leher so senang dibca n dibawa.. Ketika mula tawaf sekitar pukul 11pm ramai org tersesak2 melakukan tawaf.. Perlukan byk bersabar n kami jugak byk terpisah akibat drp rempuhan org blkg. So tinggal sy, tikah n umi je.. Yang lain maybe da ke dpn or ke blkg..Tawaf ttp dilaksanakan sehingga la abes..

Bila selesai tawaf terus menunaikan solat sunat tawaf n berdoa di Multazam.. InsyaAllah dgn izin Allah..segala doa harap Allah makbulkan.. amin..Selesai je berdoa terus minum air zamzam.. Seperti di Madinah jugak disediakan air zamzam free.. Bleh minum sehabis banyak mana n bleh bekalkan skali byk mna pn air zamzam ni.. Kebiasaan kami slalu bwk botol air tuk isi air zamzam.. So lebih senang sket bila selesai solat terus minum. Xperlu ulang alik nk amek air.. 

Multazam ialah berdoa di antara pintu kaabah n hajar aswad di sebelah kiri picca ni.. di situla antara salah 1 tmpt termakbul berdoa.. Alhamdulillah kami skali lg diberi peluang tuk berdoa di situ dgn senang skali.. yg penting kena la SABAR.. InsyaALLAH ALLAH sentiasa memberi kebaikan kepada org yg berSABAR..

Cuaca kat sini ok la sket dr Madinah.. Panas tp haba tu kurang sdikit.. Tmpt solat kat sini bercampur.. Berlandaskan pagar kecil n shelves tmpt ltk Al Quran je antara tmpt solat pmpn n lelaki. Ad sesetengah tu tmpt solat campur n bezakan dgn barisan sahaja.. Akibat tmpt solat ni terbuka, so econ xrasa sgt la. Kena la byk bersabar. Tp ada 1 tmpt baru siap sepenuhnya econ. Tp hari ke3 last baru tahu tmpt tu n sempatlah merasa.. hehe.. 

Pernah 1 hari tu rasa cam panas sgt bdn.. Habus 1 gelas air zamzam basuh muka.. Air zamzam tu plak air sejuk n ada yg suam.. Ntahla kenapa.. Maybe byk dosa hari tu xpn ujian yg Allah bg..Subuh, Zohor Asar Magrib n Isyak cuaca (haba) sama sahaja .. Byk kan bersabar.. hmm =)

Ya Allah.. aku sudah berdiri di depan rumah Mu.. Terimalah Tawaf n Taubat hambamu yg hina ini.. ya Allah.. =( sebelum tawaf, makesure air smayang still ada.. =)



Slps selesai minum air zamzam terus menunaikan SAIE sebanyak 7 pusingan jugak.. trus bergerak ke Bukit Safa melalui pintu Safa dan berdoa. Naik di atas Bukit Safa dan mengadap kearah Kaabah dan bertakbir 3 kali. Berniat untuk Saie turun menuju Bukit Marwah. Bukit Safa binaan bukit batunya tinggi jika di bandingkan dengan Bukit Marwah, binaan bukitnya hanya mendatar. Apabila memandang kearah dalam masjid Al Haram dari Bukit Safa kita boleh melihat Kaabah, tapi dari Bukit Marwah tidak dapat melihat Kaabah. Selesai 7 kali ulang alik bermakna sejauh 2,940 meter bersamaan 2.9 km. Permulaan Saie ialah berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah di kira 1 kali, dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa di kira 2 dan diulangi sehingga 7 kali. Saie berakhir di bukit Marwah.

Alhamdulillah selesai je saie betul2 penat.. Itu menunjukkan kita semua tentang Sejarah Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail yang tercari-cari sumber air snn dahaga yang teramat sangat selepas melahirkan nabi Ismail a.s. Jarak antara safa dan marwa sekitar 300-400 meter dan mungkin lebih sedikit. Sejarah itu terlakar membuktikan ketabahan seorang isteri yang ditinggalkan oleh Suaminya iaitu Nabi Ibrahim atas perintah dari Allah Taala. Siti Hajar berlari-lari sebanyak 7 pusingan di antara safa dan marwa mencari air untuk diri dan anaknya Ismail yang kehausan. Lalu Allah mensyariatkan Saie antara Safa dan Marwa bagi mengenang kembali kisah yang tersebut di atas tadi..



selepas je tawaf, kena la saie plak.. 7 pusingan jgk kiri n kanan... ramai btul malam tu time saie.. ish2.. semua da berpisah.. last2 tinggal saya n tikah je.. hehe.. utk bersaie da bleh batalkan i smayang, tp yg lain still kena jaga..


Terus bertahalul / cukur / potong sedikit rambut bg perempuan.. Alhamdulillah dah hapus sudah segala pantang larang ketika bertahalul,, Sblm mmbuang rambut tu disunatkan mmbaca doa.. Diibaratkan bahawa dgn potongan rambut tu dgn agar Allah mghapuskan dosa2 yg lampau.. Selesai je semua sekitar 3am.. Balik jap ke hotel bape minit lps tu terus azan pukul 3lbh..Terus ke masjid walau dgn penatnya melakukan tawaf umrah td. Selesai je solat subuh terus membaca Al Quran n hari tu terus balik ke Hotel tuk makan sekitar pukul 5am mcm kat Madinah jugak. Otw balik ke hotel byk sgt burubg merpati kat situ.. Best main kejar2 n bg makan klo ad beras tuk dibagi.. Suasana time subuh betul2 nikmat sgt berada di sekitar MasjidilHaram.. Sperti berada di Syurga... ALHAMDULILLAH..
Slps bersaie, tahalul / cukur.. alhamdulillah.. sudah abes pantang larang .. =)

selepas habis je tawaf umrah hampir 2,3 jam, terus balik hotel.. mengantok sgt2.. =)

berpicca sat.. =) muka mengantok! tp happy dapat tawaf.. bersemangat sgt2 demi Allah..


Love Note : Andai sy diberi peluang sekali lg ke sana, pasti saya akn buat apa yg terkurang semasa pergi dahulu.. Plg best dpt baca Quran sambil memandang kaabah.. sayu sgt hati ni.. Kalaulah dosa Allah hapuskan smua, amek la nyawa sy ketika itu.. Mybe dosa saya terlalu byk sehingga Allah bg sy peluang utk terus bertaubat n membaiki kesilapan2 yg lalu...

Tiba2 teringat 1 perkara.. saya pernah cakap dulu dlm 1 entry tp da delete.. Saya juga berniat mahu ke Mekah utk menunaikan umrah, hanya sedetik niat tu, Alhamdulillah Allah Maha Mendengar.. Allah Maha Mengetahui setiap niat yg kita lafazkn n apa yg terbaik tuk hambaNya.. Ya Allah, bagi la kami peluang tuk ke Tanah SuciMu... Amin...


Camera : by Handphones, Sony, Canon n Nikon



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...