Assalamualaikum...
Mood : Muhasabah diri...
Byknye diri ni terlalai..
Mungkin aku tersalah langkah...
Ya Allah.. tuturlah kata-kataku... langkahku agar semakin hari semakin dekat ku padaMu..
Aku takut akan azabMu ya Allah.. Aku pasti itu ya Allah ='(
Oleh itu....
Wahai Lelaki.. Mengertilah aku............................kerna seorang wanita..
Kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku
Kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku
Kerana aku wanita
air mata teman setiaku
kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
Kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku
Kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu
Kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
Kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
Kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya..
WAHAI ADAM,
Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.
Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.
Love Note : Makin hari makin tertanya2 walau saya cuba tuk melupakan...
Apa istimewanya kami wanita wahai lelaki?
Jika kamu inginkan kami, buatlah n bertindaklah dgn cara yg berhemah..
Bukan dgn cara yg boleh membuatkan kami terjurus kpd dosa..
Kami insan yg lemah.. Kami xnak hanyut dgn mainan lelaki..
Ya Allah, aku keliru..
kenapa semakin hari dtg n datang..
Datang ibarat silih berganti...
Adakah ini ujian?
Utk melihat akankah aku hanyut bersama lelaki?
Nauzubillah...
Hanya yg aku pinta padaMu Ya Allah..
Siapakah yg terbaik ya Allah..
Tunjuklah yg terbaik dimataku..
lebih2 lg ia adalah terbaik di mataMu..
Amin..
........................................................
Kenapa semua ini terjadi padaku?"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)



No comments:
Post a Comment