Assalamualaikum sahabat2 saya semua =)
Sebelum mata ini tertutup, sebelum roh ini terbang.. izinkan saya share 1 artikel..
semoga dgn artikel ini kita memperolehi kekuatan dr Nya..
Kekuatan utk menahan diri ini.. dr terjebak segala dosa n maksiat...
Begitu juga dgn segala PENIPUAN manusia..
Begitu juga dgn segala PENIPUAN manusia..
Allahu Akbar.. ='(
10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA ♥♥
click for enlarge
Dengarlah pesananan ini wahai sahabatku..1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta
dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.
Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,
tahanlah dirimu untuk berbahagia
sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya, binalah
asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin
hanya PALSU, yang hakikatnya
adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang
terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang
patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah
dengan cara berdating, cukuplah sekadar
engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu
untuk bercinta sehingga yakin cinta
tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,
kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
✿Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ✿
Moga dapat memberikan pengajaran kepada kita semua yang sering alpa, leka & lalai dengan mainan & nikmat dunia. Sesungguhnya iblis & syaitan laknatullah sangatlah bijak untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam a.s..
Sesungguhya iblis pernah bersumpah :
Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka."
(Surah Shaad : 82-83)
Iblis menjawab,
"kerana engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka & dari belakang mereka, dari kanan & dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati mereka bersyukur (taat)."
(Surah Al-A'raf : 16-17)
click for enlarge
...Love Note...
JIKA BENAR LELAKI ITU MENCINTAIMU
Dia tidak akan MENYENTUHMU sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MEMANGGILMU SAYANG sebelum menikah denganmu
Dia tidak akan MELIHAT AURATMU sebelum menikah denganmu
Dia takkan menyebabkanmu LALAI DARI MENJADI HAMBA ALLAH YANG BAIK : )
Kita kena INGAT!!
CINTA bukan pada ‘couple’
CINTA juga bukan pada ‘I love you'
CINTA tak terletak pada ‘I miss you’
Dan CINTA bukan pada ‘can I touch you?
Kerana itu semua CINTA nafsu semata-mata
Bicara CINTA suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan
Ketika itulah tujuan CINTA menjadi kerana ALLAH
Allah Taala berfirman :
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
(Al-Israa' : 32)
Wallahualam... =)


























