Friday, October 28, 2011

:: Ya Allah,Rindunya Tangisan di Mekah ::

Assalamualaikum..


Ya ALLAH...
bila teringatkan Mekah, video ini la sebagai peneman saya..
Walau xpenah bertemu mata dgn imam Mekah iaitu Sheikh Abd Rahman As Sudais, ckup la sekadar mendengar suara beliau.. 
Dgn mendengar alunan suara pn pasti hati tenang n air mata  pun terus mengalir..
Ya Allah, ampunlah dosa2 ku..
 Setiap hari saat aku melakukan dosa.. 
Hinanya aku disisi Mu.. =(
Sama2 la kita amin kan doa qunut...




Love Note : Alhamdulillah sedang meng'upgrade'kan kekuatan dalaman.. =)

Monday, October 24, 2011

:: Istikharah Cinta ::

Assalamualaikum..
Malam2 ni saya rasa terpanggil plak nk upload 1 video ni sblm tidur..
tuk tatapan semua yg bakal membina mahligai impian..
InsyaAllah.. 
salah satu lagu yg dpt membri bimbingan kpd sesiapa yg ingin mencri pasangan hidup di dunia dan akhirat...


Istikharah cinta by Sigma.. =)

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi :)
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu :)
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman :)
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia :)
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu


conclusionnya...

"Sesungguhnya aku menCINTAimu kerna AGAMA yg ada padamu, dan jikalau AGAMA itu hilang pada dirimu, maka hilanglah CINTA ku padamu.."

"Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan dgn pnjg lebar, namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu dgn keteranganku sendiri.."




Love Note : Mood saya skrg semakin baik.. Ya Allah terima kasih kerna bagi peluang tukku terus hidup di dunya ni lg tuk terus bertaubat dan membaiki segala kelemahan diri.. Ya Allah.. dgrlah rintihan kami.. Aku takut ya Allah akn azabnya ketika mencabut nyawa.. Walau aku diberi hidayat dan petunjuk serba sedikit merasainya, namun aku tahu ia blum cukup perit sebagaimana yg sebenar.. Allah.. aku takut azabMu.. Azab api nerakaMu.. Azab dikubur.. Azab ketika hendak mati, Terutama azab jika aku tergolong bsama golongan di neraka ya Allah.. Nauzubillah! :'(


Semoga aku dikurniakan sebuah keluarga yg bahagia dan diredhai sebelum aku meninggalkan dunia yg fana ini untuk meneruskan hidup di alam lain.. ya Allah.. aku pasti aku takut akan MATI..!! ='(
Cukupkan amalku ya Allah? Aku tenang bila aku bercakap dgnMu begini.. Aku tahu, amat susah untuk aku melihat dirimu di akhirat nnt. Malaikat yg ingin melihatMu juga perlu berlapis beberapa lapisan untuk bercakap dgnMu.. aku bagaimana ya Allah? di manakah aku ketika itu? Allah............ ='(


Sunday, October 23, 2011

:: Cintailah PemberianNya ::


Assalamualaikum.. 

"Lelaki soleh yang benar-benar soleh tidak bermain kata-kata manis pada wanita-wanita sebelum tiba masanya. Anda tahu kan bilakah masa dan ketikanya untuk meluah kata cinta, berjanji setia, bermanja bermesra, kan? Ya, bila cinta bersemi dari akad yang sah." ♥


Ya Rabb,
Jika ada 2 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya,
Jika adg 10 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya,
Jika ada 100 pilihan & diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya..

Dan jika hanya ada 1 pilihan & tidak ada dia dalam pilihan itu,
Maka, aku pun akan menerimanya sbg PEMBERIAN TRBAIK dari-Mu,
Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan,
Buatlah aku setia pada pilihanMu,
Buatlah aku menyayangi pilihan yang Kau amanahkan..

Love Note : Ya Allah, kini aku berserah hanya padaMu..
Aku tidak lg mampu untuk berfikir dan merancang..
Kerna smua telah tertulis di Luh Mahfuz...
Semua yg dtg hanya datang drMu..
Aku hanya berdoa padaMu,,

Hanya pintaku..
Dekatkan dia jika dia terbaik padaku..
Jauhkanlah dia jika dia bukan untukku...
Kurniakan aku seorang lelaki yg terbaik untukku,
Yang sentiasa mendorong / membimbingku kearah kebaikan..
Yang selalu menurut perintah n suruhanMu..
Yang dapat membawa keluarga n aku ke SYURGAMu YA ALLAH.. =(
Bagilah aku kekuatan.. untuk menempuh hari.. kian hari kian berat ujian yg dtg ke atsku..

Aku tahu ujianMu tidak akan membebani seseorang itu melainkan ssuai dgn kesanggupannya..
Ya Allah aku terima ujianMu dgn ikhlas..
Dgn pengharapan di sana nanti aku dikurniakan ssuatu dariMu...
Ya Allah.. cintaku padaMu xpenah lesap..
Ku harap juga cintaMu padaku tidak pnh hilang...
Ya Allah.. terima kasih.. ='(

Tuesday, October 18, 2011

:: Hari Kehidupanku ke 22 ::

Assalamualaikum.. =)

Walau da seminggu lbh berlalu terasa nk update jugak..


Special thanks to all my family and friends yg sudi bg 
wish my birthday berserta dgn doa2 korang..
Walau benda tu org rasa simple je, tp saya appreciate sgt2.. 
Kata org, kata2 tu ibarat doa.. 
So thanks a lot for ur prays guys! =')
Moga Allah sahaja balas jasa baik korang.. Aminn..

Bagi kawan2 yg baik hati lagi cakna bg saya presents tu korang mmg sweet sgt2..
Yerla umur da 22 da tua da xterasa pn ad org nk bg presents..
Thanks to my cousins mlm b4 my bestday tu pegi stabaz..
detiknya b4 kul 12am tu Fathanah hadiahkan sy gelang tu..
comel kan? heheee... ada nama saya.. =) suka sgt2!
Rasa nk menitik ke airmata ni.. tp tahan je.. =)
InsyaAllah saya akn jaga baik2 hadiah korang bg tu..


Bagi kwn2 yg bagi saya Mira yg bg chocolates kat chocolate fair
and Syahir bg sy waffles kat stabaz (terpaksa bayar :)) 
tu korang pn sweet lg baik hati gitu..
Mcm tahu2 je saya ni makan banyak..
Terima kasih bagi perut saya ni kenyang..
Hari kehidupan saya pn makin ceria.. =)

Love Note : Saya sayang korang semua! :-* U made my day!



Monday, October 17, 2011

:: Fahamilah Wanita Wahai Lelaki ::

Assalamualaikum...

MoodMuhasabah diri...
Byknye diri ni terlalai..
Mungkin aku tersalah langkah... 
Ya Allah.. tuturlah kata-kataku... langkahku agar semakin hari semakin dekat ku padaMu..
Aku takut akan azabMu ya Allah.. Aku pasti itu ya Allah ='(
Oleh itu....
Wahai Lelaki.. Mengertilah aku............................kerna seorang wanita..


Kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku
kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku
Kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku
Kerana aku wanita 
air mata teman setiaku
kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
Kerana aku wanita 
aku damba pertolongan darimu Adam
peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku
Kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu

Kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
Kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
Kerana aku wanita
aku memang sangat peka
maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya..


WAHAI ADAM,
Kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu buruk pada pandangan kami.
Andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
Jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.

Love Note : Makin hari makin tertanya2 walau saya cuba tuk melupakan...
Apa istimewanya kami wanita wahai lelaki?
Jika kamu inginkan kami, buatlah n bertindaklah dgn cara yg berhemah..
Bukan dgn cara yg boleh membuatkan kami terjurus kpd dosa..
Kami insan yg lemah.. Kami xnak hanyut dgn mainan lelaki..

Ya Allah, aku keliru.. 
kenapa semakin hari dtg n datang.. 
Datang ibarat silih berganti...
Adakah ini ujian? 
Utk melihat akankah aku hanyut bersama lelaki?
Nauzubillah...

Hanya yg aku pinta padaMu Ya Allah..
Siapakah yg terbaik ya Allah.. 
Tunjuklah yg terbaik dimataku..
lebih2 lg ia adalah terbaik di mataMu..
Amin.. 
........................................................

Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)


Saturday, October 08, 2011

:: Bukalah Hijab antara Kami Ya Allah ::

Mood : Berfikir dan terus berfikir...

Ya Allah...............................
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui.. Maka tunjuklah aku petunjuk yg sebenar Ya Allah..
Aku insan yg lemah Ya Allah...

Aku sedang bersedih ya Allah...
Walau dia hadir secara tiba tiba ya Allah..
Aku merasa sebsr gunung pertanyaan bermain di mindaku..


Dari mulutnya yang berbicara................ aku resah...
Dari kata-katanya................ aku  keliru...
Dari mimpi-mimpiku.............. aku terasa kosong...
Dari kelakuannya di alam maya.............. aku ragu...

Adakah...
Aku bukan untuk dia?
Hati dia bukan utk aku?
Aku redha Ya Allah.. 

Namun..
Aku lihat hatinya pada si dia..
Aku lihat kesungguhannya utk si dia..
Aku merasa betapa dia memerlukan si dia..
Adakah aku hanya peneman..
Peneman utk mengubat hatinya yang lara kerna Cinta..

Tapi..
Aku xpernah menyesal..
Aku xpernah kecewa..
Aku xpernah marah...
Aku xpernah membenci dia..

Malah...
Dia mengajarku erti semua ini..
Memberikan aku pengajaran di antara kita..
Andai benar apa yg terbuku dibenakku..
Aku pasrah.. 
Aku doakan dia slalu..
Walau aku xpernah mengetahui sejarah silamnya bersama si dia..
Aku lihat dia pasti dpt pengganti yg terbaik..
Kerna aku xpernah layak bersamanya..




Ya Allah, aku wanita yg lemah..
Wanita yg xlayak bergelar solehah..
Tapi aku terus cuba n mencuba utk mjadi  wanita yg terbaik utkMu..
Bukan utk dia..

Xsemesti kita dpt apa yg kita sayang..
Ya Allah.. jauhilah aku dgn permainan syaitan yg melalaikan..



Adakah ini Cinta?
 Kini Cinta aku pada Allah.. bukan utk manusia...
Bagi lah aku masa wahai lelaki..
Jauhilah aku.. 
Peliharalah pandanganmu wahai lelaki..
Aku wanita yg senang hanyut..
Aku mohon kekuatan Ya Allah..
Jika aku tidak kuat, kau utuskan lah aku
seorang lelaki yg halal bgku.. 
yang rela bersamaku di waktu susah, hiba dan sakit ..
yang rela menerima kekuranganku..
yang rela berjuang tuk mendapat Redha Allah..

Allah.. kau buka kanlah hijab antara kami...
agar aku bisa melihat.. keikhlasan dia........
Amin.. 
='(

:: Seorang Wanita Bergelar Ibu ::

"Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki."




Cukup indah ciptaan manusia..
cukup kagum bila tgk video ni..
Allahu Akbar.. 
di sini lah bermulanya kita diciptakan..
disini lah bermula2 kehidupan seorang manusia bernama hamba Allah..
Harap saya diberi kekuatan utk menjalani kehidupan seorang wanita.. 
dan bakal yg bergelar seorg ibu..insyaAllah..
Semoga saya diberi peluang n umur yg panjang utk menjadi seorang ibu..
Itulah fitrah naluri seorang perempuan yg semulajadinya bersifat penyanyang..
Moga saya dikurniakan anak anak yg soleh n solehah..
Suami yg soleh..bisa mendidik kami semua ke jalan Allah..
Keluarga yang bahagia.. dan diredhai Allah... 
Amin.. =')

Wednesday, October 05, 2011

:: Semua Yang Baik Dtg Dari Allah ::

Assalamualaikum..

Mood amat busy skrg dgn kerja praktikal skrg di Jabatan Muzium Malaysia.. Perlu siapkan diary sheet n report n mcm2 lg.. Ya Allah bg la aku kekuatan.. Jgn biarkan aku bersama dgn perasaan malas dan lalai.. Allah.. penatnya saya..

Terima Kasih Allah setelah sekian lama saya panjatkan doa di Makkah sampai la di Malaysia, saya tlh diberi kekuatan utk berubah.. Terima Kasih kawan2 kerna setia di samping saya walau byk nye liku terpaksa saya redah bersama2 mereka. Moga Allah sahaja balas jasa mereka.. Aminn... =)

Mood practical : Penat teramat coz terpaksa bangun awal pg. Basahi dgn air sejuk bak dr gunung.. Plg bahagia ketika berhadapan dgn Allah ketika insan lain masih dibuai mimpi.. Allah.. xdapat sy ungkapkan dgn kata2.. =')

Tiada halangan utk berpakaian sebegitu.. Bekerja ttp bekerja. Saya kena kuatkan semangat n kuat utk berhadapan dgn pelbagai rintangan itu.. Namun saya juga perlu menjaga pandangan dr pihak tertentu. Saya akn terima dgn hati terbuka.. Jauhkanlah kami drp salah sangka n fitnah ya Allah...

Tak de halangan nk drill pape pn!

Walau purdah diketatkan pemakaiannya di sini,
 namun still bleh digantikan dgn face mask!
 Pape pn halangan, saya bisa mengharunginya andai Kau bersamaku..

i love my senior sisters! Kak Fana n Kak Dida! =)
 (at muzium negara, celebrating riang ria aidilfitri)

Berkatilah mereka Ya Allah.. 

Love Note : Sesunguhnya praktikal ini mengajar kami erti persahabatan dan 
menjadikan diri ini semakin matang utk melalui rintangan 
dan halangan demi utk mencapai keredhaanMu.. 

Ya Allah, peliharalah kami di bawah jagaanMu.. 
Sesungguhnya mereka lah temanku yg sentiasa bersamaku.. Aminn.. =)



Istiqamahlah wahai Aisyah..

Wednesday, September 28, 2011

:: Mahalnya Setitik Air Mata Utk Allah ::





Keep crying n crying! :(
i miss mekah so much.. 

Ya Allah.. byknye dugaan n ujian yg Allah bg. 
Mungkin ujian ini xsehebat ujian kpd hamba2 Mu yg lain...
Ya Allah bglah aku kekuatan.. 
Jadikan aku seorg wanita yg kuat, cekal, bijak n mampu
 menghadapi liku2 hidup di dunia yg fana ini..
Bg la aku petunjuk ke jln yg diredhaiMu..
Hindarilah dan jauhkanlah aku drp api nerakaMu di Akhirat kelak..
Golongkan aku bersama golongan2 yg beriman..
Tempatkanlah aku di tempat yg abadi yakni Syurga..
Ya Allah, sesungguhnya engkau yg Maha Pemaaf, maka maafkan dosa2 aku..
Ya Allah, jika ia terbaik buatku, kau dekatilah ia aku.. 
Ya Allah sesungguhnya aku tidak kuat menempuh ujian ini andai tidak bersamaMu.. 
Ya Allah.. Perkenankanlah doa2 aku..
Amin..

Wednesday, September 21, 2011

:: Ya Allah,Hindarilah Aku Drp Segala Ilmu Pukau ::

Assalamualaikum..still in phobia.. Last Thursday..Ya Allah.. kdg2 byk kali terpikir kenapa n kenapa semua ni terjadi.. Myb bleh dijadikan ia sebagai pengajaran kpd saya.. Ya Allah.. =( Tp bersyukur sbb saya xterlajak perahu.. Alhamdulillah..

Bermula dr tmpt praktikal mahu ke subang jaya. Berpisah dgn kak fana di dlm kl sentral. Selesai bersalaman smua mulalah jejaki keluar dr kl sentral alone. Ya Allah mmg sblm ni da byk kali kluar sorang2 tp kali ni rasa sedikit nervous.. i wonder why..

Mula mencari bus ke subang mewah as my sister said before.. berjalan ke sana sini mcm xtentu hala so ramai org mula memandang ke arah saya,, myb pelik tgk my dress up saya kot. hmm.. ptg2 balik keje mmg penat. Pikul plak beg laptop. Fuhh.. mujur xbawak laptop.. so ringan la sket beg,, =)

Bus subang mewah da 2x melepas.. uik.. so nk dijadikan cite mai la amoi ni cam promote something likes bukak n menang.. so... bla bla aku terus ikut amoi tu smpai ke danau desa dgn teksi sorang2.. Bayar pn duit sndiri punya.. lagi best sbb sya beriya2 pegi bank draw duit nk byr teksi tu.. so alhamdulillah la sbb xdraw duit byk2 just rm50 je..

So bla bla bla (malas nk taip)... ikut la amoi tu ke opis nye melalui tangga yg suram sbb da pkul 7lebih nk magrib da.. So trus msg kak fana n my kwn if xcol or msg 2jam lg nk suh diorang trus col polis..Naik2 je opis diorang smua chinese i guess..

So bla bla bla her boss plak bg explanation about that contest.. My kawan da col byk kali suh keluar dr opis tu incase jadi pape kat saya. Saya plak mcm xde deria just dgr n setuju n ikut je.. Luckily my dopok coll n paksa saya keluar untill la mcm saya tersedar yg saya ni da bertindak jauh dr biasa.. uihh.. Takut sgt2 seriously!

Conclusionnya if i join that contest kena bayar 7000.. Banyak tu !! Tabung haji pn kena kumpul bape tahun baru dpt 7000.. Huh.. Bleh pi umrah skali lg klo duit tu.. So Alhamddulillah la sbb my kawan pksa saya suh kuar dr opis tu n time tu tipu la boss n amoi tu,, Ckp my kawan nk dtg n dgr skali explanation drp diorang.. Lastly my kawan dtg, but bukan nk dgr pn just nak pick me n send me back to Subang.. Mula2 amoi tu ikut sampai kete, then my kawan marah sama amoi tu then amoi tu blah..

So kena bebel la jap.. Mmg saya jenis cpt kesian kan org.. ikut ckp org. tp kali ni berbeza sbb first time ikut some1 yg xknal sampai jauh camtu.. Mujur la segala bnda2 xbaik xterjadi pada diri saya.. Alhamdulillah.. Moga Allah jadikan peristiwa tu sebagai ingatan tuk saya supaya xterlalu mmpercayai n berfikirla bijak sblm bertindak.. Ya Allah.. Aku bersyukur.. amin..

Love Note : Sampai Subang around 11pm at casa subang.. Happy dpt jumpa adikku tersayang Nur Atikah.. i love her so much! im proud of her! she's a good muslimah n sometimes im jealous with her.. Ya Allah lindungilah kami sekeluarga! =(

Wednesday, September 07, 2011

selamat hari raya.. maaf zahir n batin =)

selamat hari raya.. maaf zahir n batin =)

Answer here

Tuesday, August 23, 2011

:: Makanan Utk Hati Seorang Hamba Allah::

Assalamualaikum.. Allhamdulillah masih lg berada di bulan Ramadhan yakni 10malam terakhir di mana ramai umat Islam mula berpusu2 dan melumba melakukan ibadat utk memperolehi pahala / keredhaan Allah sekaligus dpt mencari serta mendakap mlm Lailatul Qadar..

Subhanallah.. Sayu dan hiba melihat hamba2 Allah bersungguh2 mengerjakan ibadat. Semoga Allah meredhai segala amalan2 kita semua. Alhamdulillah.. Umat Islam masih lg berpegang pada tali Allah pada zaman skrg walaupun zaman kian moden n berteknologi tinggi, tetapi hati seorang hamba Allah masih lg mencari2 makanan utk hatinya yg masih lg dahaga akn redha / pahala/ ketenteraman drp Allah taala. Dimana hati kita kian hari kian tercalar dan noda hitam pula akn terus membiak di dlm hati kita bila dosa2 kecil apatah lg dosa besar yg tlh kita lakukan tanpa kita sedari / sedari dlm seharian..

Utk mencuci hati, kita perlulah tahu cara tuk mencegah supaya noda2 hitam / dosa2 itu terus bersih dan akhirnya hati, jiwa n iman kita sebersih hati seorg Mukmin yg sebenar..InsyaAllah.. Aminn..

Bulan suci Ramadhan seringkali disebut syahrul maghfirah, bulan ampunan. Alasannya, di bulan ini banyak amal shalih yang berkhasiat sebagai ‘detergent’ yang ampuh mencuci noda-noda dosa dari tubuh kaum muslimin. Salah satunya adalah shaum Ramadhan. Rasulullah SAW menegaskan bahwa shaum Ramadhan yang dilakukan dengan benar akan menyapu bersih dosa-dosa sampai hilang tak berbekas.

Penjelasan Rasulullah SAW tersebut merupakan kabar gembira bagi umat Islam yang melaksanakan shaum Ramadhan. Umat Islam akan semakin bersemangat mengisi bulan penuh berkah ini dengan amalan-amalan yang diwajibkan dan disunahkan. Tujuannya tentu saja mendapat limpahan ampunan Allah SWT, sehingga mereka keluar dari bulan Ramadhan dalam keadaan suci, bersih dari noda-noda dosa.

Di dalam hadits yang shahih dijelaskan sebagai berikut,

(عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ )

Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa melakukan shaum Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosa kecilnya yang telah lalu.”
(HR. Bukhari no. 38, Muslim no. 760, An-Nasai no. 2170, Ibnu Majah no. 1631, dan Ahmad no. 7130)

(عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ )

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: 
“Barangsiapa melakukan shaum Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosa kecilnya yang telah lalu dan dosa-dosa kecilnya yang akan datang.” 
(HR. Ahmad no. 8775. Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani menyatakan sanadnya hasan. Al-Hafizh Zainuddin Al-‘Iraqi menyatakan sanadnya shahih)

Love Note : Masih lg mahu menaip n terus sharing ats semua ilmu yg diperolehi oleh ustaz2/ imam di tmpt saya. InsyaAllah di lain waktu / hari akn terus update dgn ilmu2 khususi yakni ilmu tuk akhirat.. InsyaAllah.. Semoga Allah membetulkan niat kita n memperolehi kebaikan di ats segala kebaikan yg kita lakukan di muka bumi ini di akhirat nnt. 

Semua yg baik datangnya drp Allah, dan segala kekurangan / keburukan dtgnya drp saya sendiri.. 
Wassalam.. =)


Thursday, August 11, 2011

:: Berikan Aku Hidayah, Ya Allah! ::

Assalamualaikum... Salam Ramadhan.. =)
Alhamdulillah.. Dapat melaksanakan kewajiban sebagai umat Allah utk berpuasa selama 10hari / fasa yg pertama.. Sepanjang bulan ni, byk juga lah membaca rencana2 / videos yg begitu manafaat dr kwn2 yg lain. Amat tersentuh. Terima Kasih ats dakwah / nasihat sesama muslim. Walau diri ini btul2 hina, saya terus akn bljr n terus belajar tuk menjadi insan yg lbh baik di mata masyarakat n lbih2 lg di sisi Allah.. amin..


Byk btul kesalahan saya. Mungkin saya manusia yg perlu byk belajar. Bulan Ramadhan tahun ini btul2 bermakna. Ya Allah.. terima kasih byk2.. Kesan dr umrah baru2 ni amat byk impaknya. Mungkin secara sedikit demi sedikit. Saya perlukan waktu tuk trus berubah.. Amin.. Hanya Allah yg tahu apa yg terbaik utk hambanya. 



Saya juga banyak mendapat tazkirah2 dr Ustaz di masjid Pasir Puteh ni pada slps Subuh. Alhamdulillah rasa bersyukur dibesarkn di kampung. Keduniaan xdipandang. Akhirat yg dicari. Itulah pandangan saya bila ternampak ramai umat Islam menuju ke masjid. Moga setiap langkah ke masjid dpt menghapuskan dosa2 kecil sehinggalah dosa2 bsr.. Amin.. Disertakan niat tuk beribadat, moga Allah memberikan kita pahala. Ya Allah.. berikanlah aku hidayah...


Rasa teruja n dengki sangat2 bila melihat saudara Sham Kamikaze tlh mdpt hidayah dr Allah melalui imam Mekah iaitu Sheikh Abd Rahman As Sudais yg dtg ke Malaysia baru2 ni dan juga dr kawan baiknya sendiri. Moga hijrah saudara Sham itu memberikan kita 1000 pengajaran tuk terus berubah. Walau Hidayah hanya Allah bg kpd org dikehendaki, maka kita hendaklah selalu berdoa moga Allah memilih kita. 




Bayangkan kita menjadi hamba Allah yg btl2 beriman...?? Ya Allah nikmatnya dunia xlagi dipandang kerna nikmat akhirat itu yg dicari2.. Betul la kata org, manusia dahagakan dunia hanya berdoa kesejahteraan di dunia tp manusia yg dahagakan nikmat Syurga slalu berdoa kedua2 nya termasuklah dimatikan setelah beriman kpd Allah...


Perubahan : InsyaAllah.. walau tanpa solat istiqarah, mlm itu sblm tido saya tlh berniat n alhamdulillah saya tlh mdapat mimpi itu.. Moga mimpi itu dr Allah bknnya dr mainan syaitan.. Ya Allah.. bantulah aku.. Bila mau start ni?? Berilah aku kekuatan tuk berhadapan dgn masyarakat luar. Sesungguhnya perubahan ini hanya antara aku dan Tuhanku.. Perubahan tuk mendpt keuntungan akhirat. Bukan keuntungan dunia..




Love Note : ‎ Aurat / Maruah > Jika anda berada di hdpn Baginda SAW, adakah Rasulullah akn tersenyum atau sebaliknya? Jika sebaliknya, bagaimanakah pula peluang wanita seperti ini utk mendapat syafaat Nabi SAW di akhirat kelak? Nauzubillah.. (Buku Untukmu Wanita, Ust Zaharuddin)

Thank u ummi bg byk buku2 ilmiah tuk kami.
 kami bangga mempunyai seorg ibu mithali buat kami sekeluarga. 
moga semua ilmu agama yg umi n abah bg dpt memberikan umi n abah syafaat dr Nabi kelak. amin.. :)

*mood : sedang delete post by post yg zaman lampau.. insyaAllah..


Tuesday, August 09, 2011

:: Saya Kembali Dgn Header Yang Comel! ::

Assalamualaikum.. da sebulan lebih menyepi.. tade benda nak post. Byk benda berlaku tp xlarat nak bukak lappy then menaip.. lebih2 bulan pose ni 2x ganda pemalas. Tp pagi ni rajin sket. mandi awal then curik jap lappy abah. hehe lappy sendiri da rosak bila la mau pegi repair. Duit gaji da tinggal sket.. Kuat btul shopping da nak abes gaji.. hoho! =)

Antara hasil kerja budak design yg xabes belajar photoshop! hehe

mule2 nak amek pokok sunflower yg colorful tu. tp tibe2 rasa cam semak je. crowded abes!

tadaa! tibe2 da ciap lepas one step kat ats tu. hehe

So hasil drp semangat membara dr lps je subuh smpai kul 9pg maka terhasil la header yg begitu comel.. hehe.. Sekejap je padahal cume nk search pic comel2 so take times la sket.. Header kali ni berbeza dr yg sebelum2 ni sbb :

1) Ada kucing : Motif apa ad kucing ni? ke kucing ad blog? oh tidak2.. ni sbb empunya blog amat shukakan kucing! hehe.. dgn adanya kucing maka automatiknya ia jadi comel walau hanya sekor. hehe

2) Pinky / Greeny Modern Wallpaper : So bila digabungkan wallpaper kena la tau concept. (macam nk buat design la).. So kali ni nak sentuh modern sket. Walau xminat pink, tp still nak ada pink. Naluri pink gitu..

3) Kontra Color : Futuristic? xdela sangat. tp concept skang more to kontra color. Term tuk fesyen ni lupa la plak. tp senang2 org panggil kontra la ye.So bila pink n green dicombinekan so ad nmpak cantik x? Imagine je korang pakai baju pink n kain ijau pucuk pisang (cantik da bomb) =)

4) Ayat2 keramat : Ni mesti ada punya kat header. Tulis je pape asalkan xcurik org punya tagline or trademark.. =)

So senang je kan buat header. Antara MALAS atau RAJIN je. Klo nak senang copy paste je pic comel as header korang xpayah edit banyak2. =')

Love Note : So xde istilah budak design or bkn bdk design xreti photoshop. Dulu pn xpenah bljr photoshop. Lps je year 1 bljr photoshop rasa masyuk plak. Tp byk da lupa sbb time masuk lab duk tgk lecturer je.. Tp Alhamdulillah la dpt jugak bljr! ='P


Thursday, June 30, 2011

:: Rahsia Cinta Yang Abadi Antara Kami ::

Assalamualaikum...

Allah berfirman : "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kpd apa2 yg diingini, iaitu wanita2, anak2, harta yg banyak dan jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang2 ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tmpt kembali yang BAIK (SYURGA)." (Al Imran 3;14)



Alhamdulillah, walau hanya berlalu hanya 5 hari, malah ia cukup memberikan kesan kpd saya. Mungkin Allah mahu menilai n merancabg yg lebih terbaik bg saya. Saya hanya memikirkan yg positif walau hasutan syaitan maybe sengaja nak menaikkan amarah saya. Biarlah ia berlalu.. saya sedia memaafkn. yang pasti saya sudah KUAT! =)


Menurut ayat di atas, objek cinta manusia hanya berputar sekitar hal hal yg disebutkan dalam ayat tersebut. Lelaki menginginkan wanita n wanita menginginkan lelaki.. Tetapi yang ada di sisi Allah, jauh lebih baik dan yg lebih utama.. Walau kita sudah mengetahui hakikat sebenar ini, tp hati masih xmampu tuk menerima semata2 tuk mengikuti nafsu semata2..


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. 
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)


Alhamdulillah... jutaan byk2 terima kasih kpd Allah kerna perkenankan doa saya semasa menunaikan umrah baru2 ni.. Semakin hari semakin saya mendekatinya, mungkin sblm ni hanya mencuba tp hati xmampu mendekatinya.. Kali ni saya mencuba lg.. Cuba tuk merubahkan diri yg terbaik. Niat tuk berubah, hati kenalah istiqamah.. Tuk terbaik, baik saya dekatkan diri dgn family n berada di rumah sahaja..

Biarlah Allah yg menentukan cinta kami.. Cinta kami biarlah tuk Allah sekarang.. Mungkin sy sudah menyedari.. Cinta mmg melalaikan.. Cinta sesama manusia yg belom kekal milik kita.. Malu sgt kat Allah.. Menyatakan cinta kpd seseorg sewenang2 nya.. Mengeluarkan ayat2 cinta yg pastinya cinta sesama manusia adalah palsu kecuali cinta terhadap Allah.. Mengaibkan diri sendiri menunjukkan cinta terhadap pasangan.. Ya Allah.. malu sgt2.. Kerna Allah la kami hidup, kerna Allah la kami bersama.. Kerna Allah la kami kembali... Yang pasti kerna Allah la segala galanya..

Berilah kami yg terbaik.. terbaik dr segala aspek.. kehidupan dunya supaya kami mmbekalkan diri ni dgn ibadat2 yg blom tentu cukup tuk membawa kami ke kehidupan di akhirat pasti yg kekal abadi.. Sesungguhnya kami takut akn mati. takut akn memasuki kubur yg gelap yg belom tentu ada cahaya yg menyinari kami di sana nnt.. Ya Allah.. perbetulkan niat hati kami.. jgn kau pesongkan  kami sesudah kau memberi jalan kpd kami.. Sesungguhnya engkau tahu apa yg terbaik buat kami n kami redha segala dgn pemberianMu.. Aminn..

Carilah cinta yang sejati yang ada hanyalah padaNya
Carilah cinta yang hakiki yang hanya padanya yang Esa
Carilah cinta yang abadi yang ada hanya padaNya
Carilah kasih yang kekal selamanya yang ada hanyalah pada Tuhanmu

Didalam mencari cinta yang sejati banyaknya ranjau kan ditempuhi
didalam mendapat cinta yang hakiki banyaknya onak yang diredahi

Namun janjinya kepada hambaNya , 
tidak pernah dimungkiri dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada Tuhanmu kerna Dialah cinta hakiki..


Love Note : Xsabar nak pegi wedding my fren ex naim dlu on this saturday, dalam diam2 da nak kawin.. bestkn? daripada bising2 hebahkan cinta si bf / si gf , lbh baik diam je.. lagi sweeet n surprise mcm si ASHRAF MUSLIM!!  btw, congrate FATIHAH! =)

Wednesday, June 29, 2011

:: Jejak ke Madinah,Makkah,Brunei | Part 3 ::


Day 5 Madinah


Hari ni hari last kat Madinah.. Pagi2 lepas solat Subuh terus berciap2 n packing tuk ke Mekah plak. Sblm ke Mekah kena la pegi ziarah Makam Nabi n Raudhah plak kali kedua sebagai tanda hormat n kita nk meninggalkan Madinah.. time ni nak menangis rasa.. Yes.. I do.. Menangis kuat tp dalam hati. Mata mmg merah n berair. Alhamdulillah hari ni Allah lg skali bg kami peluang tuk solat sunat di raudah walau dgn ramainya org2 arab tolak menolak nk solat n sentuh makam nabi n khalifah kita. Bg umi solat dulu. Sy n tikah kawal org xbg org pijak kapala umi. Kat sini xkira sape smua nk pijak n langkah je. Maybe adat n culture lain2. So xbleh dipersalahkan sape2..

Kat dpn Makam Nabi n slps solat sunat terus mengangkat tangan berdoa. Berdoa tu baru sy merasakan betapa kerdilnya sy. Betapa hinanya saya di sisi Kekasih Allah. Betapa byknya dosa saya xterkira dr kecil hingga besar. Saya minta doa akn diberikan syafaat kpd saya di Akhirat kelak.. amin.. ='( Di sini sy doa habis-habisan setakat yg termampu agar Allah perkenankan impian saya.. aminn.. ='(

Selesai je terus balik n solat di hotel zohor n asar. Disebabkan da ziarah td, so xle la pegi lg ke masjid tu tuk solat. Slps packing semua siap2 tuk ke Makkah. Perjalanan ke Makkah plak jauh jugak sbb Makah sebenarnya dekat dket dr airport Jeddah.

So dlm 4,5jam jugak la.. Dlm perjalanan tu stop di Bir Ali tuk berihram sebelum melakukan tawaf umrah di Mekah. So kena miqat dulu la di masjid ni. Solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat ihram n niat skali. So bermula la Ihram. Kena jaga pantang larang dlm ihram. Semasa ihram la byk cubaan nk garu kepala la, nk sentuh lubang hidung la.. So kena beware la ye.. Langkah selamat tidoo je laa time berihram dlm bus n terukan journey ke Mekah..lama jugak.. Sblm tido perlulah kita bertalbiah "Laibaikallahummalaibaik.laibaikalasharikalakalabbaik..." start je berihram n sepanjang perjalanan ke Tanah Haram.

Sekitar pukul 7lebih.. Maybe da mgrib da time ni.. sebelum tu makan dulu.. best sgt2 makan kat sini sbb skali lg dpt makan roti arab.. hehe mujur abangah ada dpt ckp arab n pesan makan pn senang.. thank u!

My eldest brother..ARIF with Sunset =)

My lil sist n 2 brothers..abangah n arif... udah kenyang bak?

saya pn cnfuse apasal leh senyum camtu.. kenyang sgt kot. hehe

uwaaa.. licin abes.. i miss this moment so much.. Ya Allah.. =(

Makan2 kasi kenyang.. sat lg kena tawaf plak.. =)

Dlm bape jam after tu dah sampai ke Makkah. Dari jauh nmpak menara jam plg tinggi di dunia.. Hati da resah sgt2 nk pijak Tanah Haram ni. Terkenangkan dosa berlambak2 ni dgn harapan Allah ampunkan segala dosa2 kami. After baca doa masuk ke Tanah Haram n melihat bangunan2 di Makah, kami terus dibawa ke Hotel Sulaimania. Hotel ni kira2 10minit ke Masjidil Haram. So xde la jauh sgt n xperlu melintas jalan semua. Slps je makan malam n masukkan beg di bilik, kami semua terus bergerak ke Masjidil Haram tuk melakukan tawaf umrah.

Menurut keimanan umat Islam, Haram sheriff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk mencerminkan al-Baytu l-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islam mempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah.

Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain.Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail , telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah. 

Nabi bersabda bermaksud " SOLAT di masjidku ini lebih utama dari 1,000 kali solat di TEMPAT LAIN kecuali Masjidil Haram. Solat di Masjidil Haram LEBIH UTAMA daripada 100,000 Solat di tempat lain.  

Sekiranya kita solat 10 rakaat sahaja di Masjidil Haram, kita akan dapat pahala sebanyak 1,000,000 kali berbanding solat di Malaysia. Ianya memerlukan kita solat di sini selama 227 tahun 11 bulan.

Dlm perjalanan ke masjid tu jugak bercampur baur... Bila masuk je terus tercari cari mana kaabah tu.. ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR.. Rasa kerdilnya diri bila pandang rumah Allah tu.. Semua org memandang kaabah rasa terharu.. Mahupun yg sedang solat, berzikir, wirid, bace al quran, minum air zam zam semua memandang ke arah kiblaat. Itu da cukup membuktikan besarnya kuasa Allah.. Mengalir air mata bila memandang kaabah.. 

Sebelum turun dr bus.. byk betul kete.. tp jem kejap je. tu plg best kat Mekah.. =) 


So kitorang terus ke lampu hijau tuk mulakan tawaf umrah 7pusingan.. Setiap pusingan ada doa yg tersendiri.. Buku panduan umrah sedia tergantung di leher so senang dibca n dibawa.. Ketika mula tawaf sekitar pukul 11pm ramai org tersesak2 melakukan tawaf.. Perlukan byk bersabar n kami jugak byk terpisah akibat drp rempuhan org blkg. So tinggal sy, tikah n umi je.. Yang lain maybe da ke dpn or ke blkg..Tawaf ttp dilaksanakan sehingga la abes..

Bila selesai tawaf terus menunaikan solat sunat tawaf n berdoa di Multazam.. InsyaAllah dgn izin Allah..segala doa harap Allah makbulkan.. amin..Selesai je berdoa terus minum air zamzam.. Seperti di Madinah jugak disediakan air zamzam free.. Bleh minum sehabis banyak mana n bleh bekalkan skali byk mna pn air zamzam ni.. Kebiasaan kami slalu bwk botol air tuk isi air zamzam.. So lebih senang sket bila selesai solat terus minum. Xperlu ulang alik nk amek air.. 

Multazam ialah berdoa di antara pintu kaabah n hajar aswad di sebelah kiri picca ni.. di situla antara salah 1 tmpt termakbul berdoa.. Alhamdulillah kami skali lg diberi peluang tuk berdoa di situ dgn senang skali.. yg penting kena la SABAR.. InsyaALLAH ALLAH sentiasa memberi kebaikan kepada org yg berSABAR..

Cuaca kat sini ok la sket dr Madinah.. Panas tp haba tu kurang sdikit.. Tmpt solat kat sini bercampur.. Berlandaskan pagar kecil n shelves tmpt ltk Al Quran je antara tmpt solat pmpn n lelaki. Ad sesetengah tu tmpt solat campur n bezakan dgn barisan sahaja.. Akibat tmpt solat ni terbuka, so econ xrasa sgt la. Kena la byk bersabar. Tp ada 1 tmpt baru siap sepenuhnya econ. Tp hari ke3 last baru tahu tmpt tu n sempatlah merasa.. hehe.. 

Pernah 1 hari tu rasa cam panas sgt bdn.. Habus 1 gelas air zamzam basuh muka.. Air zamzam tu plak air sejuk n ada yg suam.. Ntahla kenapa.. Maybe byk dosa hari tu xpn ujian yg Allah bg..Subuh, Zohor Asar Magrib n Isyak cuaca (haba) sama sahaja .. Byk kan bersabar.. hmm =)

Ya Allah.. aku sudah berdiri di depan rumah Mu.. Terimalah Tawaf n Taubat hambamu yg hina ini.. ya Allah.. =( sebelum tawaf, makesure air smayang still ada.. =)



Slps selesai minum air zamzam terus menunaikan SAIE sebanyak 7 pusingan jugak.. trus bergerak ke Bukit Safa melalui pintu Safa dan berdoa. Naik di atas Bukit Safa dan mengadap kearah Kaabah dan bertakbir 3 kali. Berniat untuk Saie turun menuju Bukit Marwah. Bukit Safa binaan bukit batunya tinggi jika di bandingkan dengan Bukit Marwah, binaan bukitnya hanya mendatar. Apabila memandang kearah dalam masjid Al Haram dari Bukit Safa kita boleh melihat Kaabah, tapi dari Bukit Marwah tidak dapat melihat Kaabah. Selesai 7 kali ulang alik bermakna sejauh 2,940 meter bersamaan 2.9 km. Permulaan Saie ialah berjalan dari Bukit Safa ke Bukit Marwah di kira 1 kali, dan dari Bukit Marwah ke Bukit Safa di kira 2 dan diulangi sehingga 7 kali. Saie berakhir di bukit Marwah.

Alhamdulillah selesai je saie betul2 penat.. Itu menunjukkan kita semua tentang Sejarah Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail yang tercari-cari sumber air snn dahaga yang teramat sangat selepas melahirkan nabi Ismail a.s. Jarak antara safa dan marwa sekitar 300-400 meter dan mungkin lebih sedikit. Sejarah itu terlakar membuktikan ketabahan seorang isteri yang ditinggalkan oleh Suaminya iaitu Nabi Ibrahim atas perintah dari Allah Taala. Siti Hajar berlari-lari sebanyak 7 pusingan di antara safa dan marwa mencari air untuk diri dan anaknya Ismail yang kehausan. Lalu Allah mensyariatkan Saie antara Safa dan Marwa bagi mengenang kembali kisah yang tersebut di atas tadi..



selepas je tawaf, kena la saie plak.. 7 pusingan jgk kiri n kanan... ramai btul malam tu time saie.. ish2.. semua da berpisah.. last2 tinggal saya n tikah je.. hehe.. utk bersaie da bleh batalkan i smayang, tp yg lain still kena jaga..


Terus bertahalul / cukur / potong sedikit rambut bg perempuan.. Alhamdulillah dah hapus sudah segala pantang larang ketika bertahalul,, Sblm mmbuang rambut tu disunatkan mmbaca doa.. Diibaratkan bahawa dgn potongan rambut tu dgn agar Allah mghapuskan dosa2 yg lampau.. Selesai je semua sekitar 3am.. Balik jap ke hotel bape minit lps tu terus azan pukul 3lbh..Terus ke masjid walau dgn penatnya melakukan tawaf umrah td. Selesai je solat subuh terus membaca Al Quran n hari tu terus balik ke Hotel tuk makan sekitar pukul 5am mcm kat Madinah jugak. Otw balik ke hotel byk sgt burubg merpati kat situ.. Best main kejar2 n bg makan klo ad beras tuk dibagi.. Suasana time subuh betul2 nikmat sgt berada di sekitar MasjidilHaram.. Sperti berada di Syurga... ALHAMDULILLAH..
Slps bersaie, tahalul / cukur.. alhamdulillah.. sudah abes pantang larang .. =)

selepas habis je tawaf umrah hampir 2,3 jam, terus balik hotel.. mengantok sgt2.. =)

berpicca sat.. =) muka mengantok! tp happy dapat tawaf.. bersemangat sgt2 demi Allah..


Love Note : Andai sy diberi peluang sekali lg ke sana, pasti saya akn buat apa yg terkurang semasa pergi dahulu.. Plg best dpt baca Quran sambil memandang kaabah.. sayu sgt hati ni.. Kalaulah dosa Allah hapuskan smua, amek la nyawa sy ketika itu.. Mybe dosa saya terlalu byk sehingga Allah bg sy peluang utk terus bertaubat n membaiki kesilapan2 yg lalu...

Tiba2 teringat 1 perkara.. saya pernah cakap dulu dlm 1 entry tp da delete.. Saya juga berniat mahu ke Mekah utk menunaikan umrah, hanya sedetik niat tu, Alhamdulillah Allah Maha Mendengar.. Allah Maha Mengetahui setiap niat yg kita lafazkn n apa yg terbaik tuk hambaNya.. Ya Allah, bagi la kami peluang tuk ke Tanah SuciMu... Amin...


Camera : by Handphones, Sony, Canon n Nikon



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...